Memaparkan catatan dengan label banjir. Papar semua catatan

ADUN MAHARANI PANTAU BANJIR DI JALAN MAJIDI MUAR


MASALAH PERPARITAN DALAM BANDAR MUAR


Pagi ini, hari Selasa 31 Mei 2011, YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, dihubungi oleh seorang peniaga Restoran Mui Soon  di Jalan Petrie Muar. Beliau memaklumkan bahawa bahagian belakan restoran beliau dimasuki air akibat hujan lebat yang berulang dalam masa dua minggu ini. Parit di sepanjang Jalan Majidi  di belakang restorannya juga dipenuhi  air. Malam dan awal pagi ini hujan lebat dan ribut melanda beberapa tempat dalam DUN Maharani dan Bakri.


YB Dr Mohammad bersama-sama AJK DUN Maharani telah bergegas ke tempat yang bermasalah dan mendapati parit di sepanjang Jalan Majidi dari simpang Jalan Sulaiman hingga ke bangunan Bank Rakyat lama dipenuhi air. Menurut peniaga di situ sudah 2 minggu air bertakung di situ. Daripada pemerhatian yang dibuat parit yang menghubungkan Jalan Majidi dari bangunan Bank Rakyat lama dan Bangunan Telekom lama tersumbat teruk.

YB Dr Mohammad telah berjaya menghubungi Encik Nazri Abdul Rahman, jurutera Majlis Perbandaran Muar, walaupun beliau sangat sibuk pagi ini kerana masalah ribut yang berlaku malam tadi menyebabkan banyak pokok tumbang dan rumah rosak terkena ribut di kawasan Muar dan Bakri. Malahan rumah dan kawasan beliau juga terlibat sama.

 Encik Nazri di tempat kejadian bersama YB Dr Mohammad.
Kelihatan En. Nazri sedang menghubungi kakitangannya di MPM untuk menyelesaikan masalah ini. Esok pagi dijangkakan kerja-kerja pemulihan akan dijalankan.Inilah tindakan dan gerakerja MPM yang harus dipuji.

Sdr Hamidun, Pegawai khas ADUN sedang menerangkan masalah yang 
dihadapi oleh peniaga di jalan Majidi.

Orang ramai turut gembira dengan kehadiran YB Dr Mohammad dan
Encik Nazri, Jurutera MPM, turun padang menyelesaikan masalah rakyat.
Halaman kedai ini dinaiki apabila hujan lebat. Nampaknya masalah ini akan berakhir.
Tuan Haji Abdul Rahman Lajim, Pengerusi Lajnah Kebajikan PAS Muar
turut turun padang membantu YB.'Inilah punca permasalahannya,' kata beliau.
Cikgu Abdul Rahman Yanti bersama Sdr Hamidun menunjukkan parit yang bertakung air.
 
Masalah ini perlu perhatian segera.......

 
'Parit ini tersumbat,' itulah agaknya kata Cikgu Abdul Rahman.
 



Ini lorong di antara Jalan Petrie dan Jalan Majidi yang telah digali semula 
dan di pasang parit U oleh MPM tidak lam dulu dengan kos RM20,000.00.
Tiada banjir di sini walaupun parit di Jalan Majidi dipenuhi air. 
Terima kasih MPM dan tindakan segera oleh Encik Nazri.
Read More

DUN MAHARANI BANJIR - BANTUAN SEGERA BERSAMA ADUN



MAHARANI dilanda banjir lagi ! Sebahagiannya tempat hang sama dengan musim yang lalu.Rakyat mengharapkan Jabatan yang terlibat dapat mengesan puncanya dan menyelesaikannya.Daripada pemerhatian kami masalah besarnya ialah kerana perparitan yamg tidak diselenggara dengan sempurna.Rumput tumbuh dengan cepat dan subur di dalam parit.Jambatan di Jalan Temenggong Ahmad Muar pula sempit dan air tidak dapat melaluinya dengan cepat menyebabkan air bertakung di sebelah darat jalan.

ADUN Maharani,YB Dr Mohammad Taslim,  dan ahli-ahli Jawatankuasa DUN Maharani telah meninjau kawasan banjir pada hari Jumaat  25 Jun 2010 yang lalu.Bantuan segera kepada 13 buah rumah yang terlibat telah disampaikan pada hari Sabtu 26 Jun 2010.

Hari ini ,Ahad 27 Jun 2010, YB Dr Mohammad berserta isteri,Puan Rubiah Raffee, AJK DUN Maharani dan Muslimat HELWA sekali lagi kami turun padang membantu 27 orang mangsa-mangsa banjir di Kampong Parit Besar Muar dan Kg Parit Parit Samsu Muar.Gambar-gambar di bawah adalah sebahagian daripada rakaman aktiviti pada hari tersebut.

YB Dr Mohammad bersama sebahagian daipada skuad 
DUN Maharani yang perihatin.

Puan Rubiah Raffee,isteri YB Dr Mohammad ,
bersama HELWA turun padang

Wira banjir bersedia membantu di bawah pokok getah yang digenangi air.

Muslimat bersama watawan Sinar Harian (kiri) di pinggir
halaman rumah mangsa banjir.Sedia untuk meredah banjir?

Ini dia HELWA yang tak takut air !

YB Dr Mohammad menyampaikan sumbangan.

Bertanya khabar.Nenek ini terlantar kerana  angin ahmar juga terlibat dengan banjir.
Sabar ya Nek,banyakkan zikir,selawat,tasbih dan takbir....
 
Satu tugasan selesai....teruskan meredah banjir....

'Terima kasih Puan Rubiah'

Puan Rubiah,isteri YB Dr Mohammad, bersama HELWA menyampaikan sumbangan.

Jnilah sumbangan yang dapat kami berikan...

Puan Rubiah dan Muslimat HELWA merakankan gambar kenangan
bersama penerima sumbangan.Berhati-hati....mereka bergambar
di atas jambatan dipenuhi air tu !

Sdr Abdul Razak Sulaiman memberi taklimat kepada wartawan Sinar Harian

Banjir diredah,pastikan bantuan sampai...
Sdr Hamidun Omar bersama YB Dr Mohammad dan isteri
bersedia dengan bantuan.


Menyampaikan bantuan dalam banjir....

Seorang lagi penerima bantuan.
Sdr Ayub (kiri) mengorbankan 4x4 barunya untuk kerja kebajikan.Syabas anak muda !

Kami doakan air cepat surut.
Sumbangan ikhlas kami.Puan Rubiah menyampaikan sumbangan.

Hujan masih turun,kami doakan keadaan akan bertambah baik.InsyaAllah kami akan terus membantu mengikut keupayaan kami.Jika anda ingin membantu hulurkan bantuan anda  kepada kami melalui Pejabat DUN Maharani di Parit Bakar Muar atau ahli-ahli Jawatankuasa kami.

_________________________________________________________________________________
Mangsa banjir dapat bantuan

PARIT BAKAR - Seramai 40 mangsa banjir menerima bantuan berupa barangan keperluan diberikan Pas kawasan Muar.

Lima kampung telah dilanda banjir iaitu Kampung Parit Besar, Parit Raja, Parit Amal, Parit Amat dan Parit Samsu berikutan hujan lebat selama empat jam, Jumaat lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Dr Mohamad Taslim berkata, masalah banjir dipercayai berpunca daripada sistem perparitan yang tidak sempurna.

Menurutnya, keadaan itu menyebabkan parit tidak dapat menampung kuantiti air yang banyak dan melimpah ke kawasan rumah penduduk, di sini.

“Keadaan menjadi lebih buruk apabila pembetungan yang menjadi penghubung di jalan Temenggong Ahmad tersumbat dan menyekat aliran air.

“Keadaan ini menyebabkan rumah yang berada di kawasan rendah terjejas teruk akibat dinaiki air,” katanya.

Beliau berkata, bantuan yang diberikan itu tertumpu kepada mangsa banjir yang rumahnya paling teruk dinaiki air bagi membantu meringankan beban mereka.

“Saya meminta jasa baik pihak terbabit supaya dapat menyelenggarakan parit di kawasan yang dilanda banjir.

“Ini kerana kebanyakan parit di kampung itu telah dipenuhi lalang sekali gus menyekat aliran air,” katanya.

sumber: http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story7887123.asp




Read More

TERIMA KASIH,TERIMA KASIH,TERIMA KASIH 4


Musim tengkujuh telah berlalu,alhamduliullah.Cuaca panas sekarang tetapi jaga-jaga......ku sangka panas hingga ke petang...rupanya hujan di tengah hari.Bersedialah untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

Beberapa bulan yang lalu hujan lebat menyebabkan Kampong Parit Samsu Muar dan Kampong Parit Limbong Muar dilanda banjir kerana perparitan yang tidak di jaga dengan sempurna.YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani, menerima aduan daripada penduduk kampong tentang masalah ini.Pihak Jabatan Perairan dan Saliran Muar telah dihubungi.Kerja menggali parit telah dilakukan tidak lama kemudian.Walau bagaimanapun kerosakan kepada tanaman dan harta benda tidak dapat dielakkan.

Lihat keadaan parit di Parit Samsu Jalan Temenggong Ahmad Muar
ketika banjir.Parit di bawah jambatan ini terlalu cetek.



Jambatan yang sama di atas ketika banjir,diambil dari arah bertentangan

Jalan masuk ke Parit Samsu Darat

Keadaan di jambatan di atas selepas parit digali

Perparitan Parit Samsu selepas digali

Keadaan di jambatan Parit Samsu Jalan Temenggong Ahmad
selepas parit digali.
TERIMA KASIH JPS MUAR

Di bawah ini keadaan di Kampong Parit Limbung Jalan Temenggong Ahmad Muar

Beginilah keadaan di Kampong Parit Limbong Jalan Temenggong Ahmad Muar ketika banjir

Keadaan parit yang dipenuhi air kerana rumput yang tidak dipotong

 Sdr Hamidun dan Tuan Haji Abdul Rahman Lajim meninjau
keadaan di Parit Limbung yang dipenuhi rumput.
 
 
Rumah penduduk di sini dipenuhi air banjir


Keadaan banjir di tepi jalan Parit Limbong Jalan Temenggong Ahmad

Rumah penduduk dikelilingi lautan air
Petani ini kerugian besar akibat banjir.Pokok pisangnya musnah.

 Banjir di atas telah diatasi apabila parit di kampong ini digali.Dalam peristiwa banji sebelum ini ramai penduduk kerugian besar kerana taman-tanaman mati akibat banjir  Pokok-pokok buah-buahan seperti durian mati dan terpaksa ditebang.

Hari ini penduduk Parit Limbung Jalan Temenggong Ahmad Muar mengadu semula kepada YB Dr Mohammad Taslim kerana keadaan parit di situ sudah mula ditumbuhi rumput semula.Mereka bimbang banjir akan merosakkan tanaman mereka sekali lagi jiak tiada tindakan diambil.Mereka mengharapkan pihak JPS Muar akan mengambil tindakan segera. .


Read More