MESYUARAT KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR 2010


http://www.iskandarmalaysia.com.my/os/images/jsnac.jpg

Jurutulis Dewan Negeri Johor memaklumkan bahawa Mesyuarat Keempat Bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Yang Ke-12 akan diadakan sebagaimana ketentuan berikut:

      Tarikh    :    Selasa, 16 Mac 2010
                        (selama 1 hari)

      Masa      :    9-30 pagi - 1-00 petang

      Tempat  :   Dewan Persidangan
                       Aras 2, Dewan Negeri Johor
                       Kota Iskandar
                       79000 Nusajaya

      Pakaian   : Lelaki - Pakaian Kebangsaan atau Lounge Suit
                                  berwarna gelap (bersongkok bagi dif-dif Islam),
                     Wanita - Pakaian Kebangsaan atau sarung dan blaus
                                  berlengan panjang atau skirt yang sekurang-
                                  kurangnya paras lutut dan blaus berlengan panjang.

      Soalan-Soalan Mulut dan Bertulis dan Rundingan-Rundingan hendaklah dihantar tidak lewat daripada hari Selasa, 2 Mac 2010, jam 1.00 petang.

     Ucapan-Ucapan Tangguhan Mesyuarat hendaklah dihantar tidak lewat daripada hari Selasa, 9 Mac 2010, jam 1.00 petang.

     Jika Tuan-Tuan dan Puan-Puan mempunyai soalan-soalan untuk diajukan dalam Dewan Negeri Johor sila hubungi wakil rakyat Tuan-Tuan atau hubungi YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani) melalui nombor telefon 012 9349944.

  Terima Kasih






0