JAMUAN TAHUN BARU CINA DI TAMAN AMAN 2010


Pada hari Sabtu 6 Feb.2010, Persatuan Penduduk Taman Aman, Jalan Abd. Rahman, Muar telah mengadakan jamuan sempena Sambutan Tahun Baru Cina. Ini adalah susulan kepada program Sambutan Tahun Baru Cina di Taman tersebut yang diadakan oleh ADUN Maharani bersama Lujnah  Perpaduan Nasional PAS Kawasan Muar  pada 27 Januari 2009 yang lalu.

Penduduk di sini sebahagian besarnya terdiri daripada kaum Cina iaitu 64% dan Melayu 29%. Mereka tinggal dalam suasana yang harmoni dan muhibah dan bersepakat untuk  sama-sama menyumbang untuk menganjurkan majlis ini.
Encik Tan yang merupakan Pengerusi Persatuan Penduduk Taman Aman telah menjemput YB Dr. Mohammad  Taslim, ADUN Maharani, dan ahli jawatankuasanya untuk hadir bersama bagi memeriahkan majlis tersebut. YB dalam ucapannya mengucapkan terima kasih  kepada penduduk setempat kerana sudi menjemput beliau bersama rakan-rakannya dan mengucapkan tahniah dan syabas kerana kerjasama yang ditunjukkan oleh penduduk ini bagi menjayakan jamuan tersebut.Ini adalah contoh perpaduan sebenar yang diamalkan oleh penduduk Taman ini.

Jamuan halal seperti nasi minyak dengan lauk beriani,mee,mee hoon,kueh muih dan buah-buahan dihidangkan  mulai 6.30 petang hingga ke malam.

 
YB Dr Mohammad , En Tan  dan Sdr Razak berbual mesra bersama penduduk tempatan

  
Menikmati hidangan...
 
  
Penduduk tempatan menikmati jamuan

Uncle ni tersenyum dengan juadah kegemarannya...
 
  
Bermacam-macam juadah terhidang....silakan...
  
  
YB Dr Mohammad dan Sdr Abu Bakar (Pengarah MTD Maharani)
meraikan tetamu
 
  
Gong Xi Fa Cai...........





0