Memaparkan catatan dengan label HI-TEA. Papar semua catatan
NISA' MUAR : SANTAI BERSAMA YATT HAMZAH
Posted in: HI-TEA, NISA'SANTAI BERSAMA YATT DI MUAR TRADERS HOTEL
AHAD 20 MEI 2012
Nisa' Muar telah mengadakan Program Santai Bersama Yatt Hamzah di Muar Traders Hotel pada hari Ahad 20 Mei 2012 yang lalu. Program khusus untuk muslimat ini telah berlangsung dengan jayanya.
Majlis diisi dengan pertunjukan Busana Muslimat dan nasyid oleh pelajar PASTI.
Seramai 40 orang ibu tunggal dan mereka yang kurang kemampuan dijemput khas dana diraikan dengan persembahan tersebut serta diberi cenderamata.
Acara kemuncaknya ialah sesi temubual bersama Yatt yang menceritakan detik beliau berubah menjadi seorang muslimah yang mengamalkan Islam sepenuhnya.
Tetamu Kehormat terdiri daripada YB Dr Mohammad Taslim yang merasmikan majlis, YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh (ADUN Sg Abong), Sdr Abu Bakar Ismail (Pengarah MTD Maharani) dan Tn Hj Malik Mohd Diah (Penyelaras PAR Sg Balang).
Anugerah istimewa Ibu Mithali disampaikan oleh Yatt.
Yatt dan puterinya bersama peminat.
Peraga Pakaian Busana Muslimah
Persembahan Nasyid oleh pelajar PASTI Ar Rahmah
Barisan model busana muslimah
Anggun....
Perasmian oleh YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani.
YB Dr Mohammad Taslim bersama YB Dr Sheikh Ibrahim Sallae dan ASdr Abu Bakar Ismail,
Santai........
Biodata Profil Yatt Hamzah
NAMA SEBENAR: Haryati Hamzah
NAMA KOMERSIAL: Yatt Hamzah
TARIKH LAHIR: 13 April 1980
TEMPAT LAHIR: Muar, Johor
STATUS: Berkahwin
SUAMI: Abdul Mutalib Abdul Shukor
ANAK: Suci Hanania Malika, lima bulan
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Kepujian Komunikasi Massa & Pengajian
Media.
KERJAYA: Model, pengacara dan pelakon.
ANTARA DRAMA: Nasi Lemak Kukus, Rencong, Kaber Hero Kaber Zero, Hidayah, Bella dan Ritma Kolej, Rendang Raya Mak Tijah, Slot lagenda Ular Emas
FILEM: Impak Maksima dan Kecoh Betul
Kepala Saya Melekat Di Sejadah – Yatt Hamzah
Pelakon
Yatt Hamzah terkejut apabila kepalanya melekat lebih setengah jam pada
sejadah ketika dia melakukan solat taubat baru-baru ini. Dalam sujud
yang lama itu, Yatt berkata, dia nampak jelas setiap wanita mendedahkan
aurat dipanggang api neraka yang amat dahsyat.
“Yatt menangis sambil menggigil ketakutan menyaksikan azab yang diterima wanita tidak menutup aurat.”
Sebelum
itu dia bersama rakan menghadiri usrah pada 5 April lalu. Usrah itu
berjaya menimbulkan keinsafan dirinya kerana sering mangabaikan solat
selain mendedahkan aurat semata-mata mengejar glamour sebagai artis
popular.
“Setiba di rumah pada petang itu Yatt terus buat solat taubat.”
Peliknya,
kata Yatt, ketika dia melakukan sujud terakhir kepalanya tidak dapat
diangkat. Mau tak mau, kata Yatt lagi, dia terus sujud memohon keampunan
Allah sambil menangis.
Dalam
sujud yang panjang itulah Yatt nampak jelas wanita yang mendedahkan
aurat diseksa Allah di neraka. Tangisan Yatt makin kuat melihat gambaran
neraka yang amat mengerikan itu.
“Yatt nampak semua wanita itu digantung rambutnya pada api neraka.”
“Semua wanita itu meraung minta Allah kembalikan mereka ke dunia untuk bertaubat dan memakai tudung.”
Malam itu kata Yatt dia tertidur di atas sejadah yang dibaluti telekung hingga ke subuh.
http://www.manakedai.net/2012/05/kepala-saya-melekat-di-sejadah-yatt.html
Yatt menyampaikan Anugerah Ibu Mithali Nisa' Muar.
Ibu Mithali diraikan.
Cenderamata untuk Yatt disampaikan oleh
Puan Fatimah Ismail, Ketua Dewan Muslimat PAS Muar.
Urusetia.
Kisah Yatt: http://ohrojak.blogspot.com/2012/04/lagi-artis-berhijrah-kerana-takut-azab.html
HI-TEA BERSAMA YB DATO' SRI IR NIZAR JAMALUDDIN DI BAKRI
Posted in: HI-TEA, Jamuan
KONVOI PENERANGAN PAS PUSAT KE KAWASAN BAKRI , AHAD 19 FEB. 2012:
YB Dato' Sri Nizar Jamaludin mempunyai jadual yang padat dalam siri Konvoi ke Muar dan Bakri. Di Bakri beliau menghadiri Majlis Hi-Tea di Balai Islam Saidina Abu Bakar di Batu 3 Jalan Bakri Muar. Majlis ini adalah sbahagian daripada aktiviti memungut dana untuk PRU13.
YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh,ADUN Sg Abong, selaku tuan rumah mengalu-alukan kehadiran YB Dato' Sri Nizar, YB Dr Mohammad Taslim, YB Er Teck Hwa dan YB Gwee Tong Hiang dan nkepimpinan Pakatan Rakyat yang lain.
Read More

YB Dr Sheikh Ibrahim mesra menyambut ketibaan YB Dato' Sri Nizar ke pekarangan majlis.
Beramah mesra.
Ucapan alu-aluan oleh YB Dr Sheikh Ibrahim.
Amanat YB Dato' Sri Nizar.
Menjamu selera.
Dialog bermula.
Para tetamu khusuk mendengar amanat pemimpin.
Sidang akhbar YB Dato' Sri Nizar bersama akhbar.
HI-TEA BERSAMA DATO' PADUKA HUSAM MUSA DI DUN GAMBIR
Posted in: HI-TEA
MAJLIS HI-TEA DUN GAMBIR
PAS LEDANG telah mengadakan Majlis Hi-Tea pada petang Ahad, 5 Februari 2012, bertempat di pekarangan Pusat Aduan Rakyat DUN Gambir di Pekan Bukit Gambir Muar.PAS DUN Gambir ini diterajui oleh Dato' Mahfoz Mohamed, Pesuruhjaya PAS Johor.Pada sebelah malamnya Ceramah Perdana diadakan di tempat yang sama.
Tetamu Kehormat ialah YB Dato' Paduka Husam Musa,Turut hadir YB DR Mohammad Taslim ADUN Maharani, YB Dr Boo Cheng Hau, Pengerusi DAP Johor merangkap ADUN Skudai, YB Er Teck Hwa, Ahli Parlimen Bakri dan kepimpinan PKR.
Dalam ucapannya Dato' Husam menyentuh tentang pilihanraya yang semakin hampir. Beliau menaruh keyakinan bahawa rakyat Johor mampu melakukan perubahan. Johor merupakan nadi perubahan politik Malaysia sekarang. Menurut beliau Dr Mahathir mahukan pilihanraya dalam bulan Mac ini tetapi pihak kerajaan tidak yakin boleh menang . Bulan April? 4 (si) bulan mati dan bulan Mei Pakatan Rakyat bertambah kuat. Bulan 6? insyaAllah PR menang ! Inilah dilema BN sekarang. Walau bagaimana pun beliau mengingatkan supaya kekalkan perpaduan dan sentiasa bersedia untuk menghadapi pilihanraya.

Amanat Dato' Paduka Husam Musa.
YB Dr Mohammad bersama YB Dato' Husam dan pemimpin PR.

PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT

Jamuan untuk pemimpin - simple tapi menyelerakan.

PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT

Jamuan untuk pemimpin - simple tapi menyelerakan.
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )