SOALAN-SOALAN LISAN BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA DEWAN NEGERI JOHOR 27 SEPT 2012





 SOALAN-SOALAN LISAN   YANG DIBANGKITKAN
DALAM MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-12
OLEH ADUN MAHARANI, YB DR MOHAMMAD BIN TASLIM
Khamis 27 September 2012

BIL
SOALAN-SOALAN LISAN
JABATAN
PORTFOLIO

1.


Berapakah keluasan tanah  rezab Melayu dalam negeri Johor sebelum Merdeka (1957) dan sekarang (2012) ?


Pejabat Menteri Besar

YAB Menteri Besar

2.

Dimanakah letaknya Tanah Rezab Melayu dalam negeri Johor dan keluasannya yang telah diubah syarat dan dimana pula letaknya Tanah tersebut yang telah diganti?


Pejabat Menteri Besar

YAB Menteri Besar

3.

Masalah banjir dalam kawasan Bandar Muar masih berlaku. Apakah tindakan Pihak Berkuasa Tempatan untuk menyelesaikan masalah tersebut di Lorong Setia off Jalan Khalidi, Taman Sentosa, No. 124 Jalan Abdul Rahman, Jalan Dato Ahmad, Lorong-lorong di sepanjang Jalan Khalidi ?


Majlis Perbandaran Muar

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan

4.

Apakah status Jalan Dato Ahmad/Lorong Oren  Muar sekarang kerana ada pihak membuat tuntutan keatas sebahagian Jalan tersebut dan menutup laluan yang dikatakan  tanah persendirian  dan ada pihak yang membuat rumah di sebahagian laluan tersebut ?


Pejabat Menteri Besar

YAB Menteri Besar

5.

Sebagai Bandar Diraja rakyat Muar memerlukan sebuah kolam renang bertaraf olimpik , sebuah museum, rumah rehat, menaiktaraf Stadium bertaraf antarabangsa, kawasan riadah baru dan lain-lain.Bilakah kerajaan akan membina prasarana tersebut?


Pejabat Menteri Besar

YAB Menteri Besar

6.

Masalah pelacuran melibatkan warga asing dan tempatan dibeberapa rumah tumpangan  di Muar  seperti di Jalan Sayang, Jalan Hj Abu dan lain-lain sangat berleluasa.Apakah tindakan pihak berkenaan untuk menghentikan aktiviti tidak bermoral ini ?


Pejabat Agama

Pengerusi Jawatankuasa Agama Negeri Johor



NAMA Y.B. : DR MOHAMMAD BIN TASLIM
KAWASAN  : MAHARANI

0