SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-12 PADA 27 SEPTEMBER 2012




SOALAN-SOALAN BERTULIS YANG DIBANGKITKAN
DALAM MESYUARAT KEDUA PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-12
OLEH ADUN MAHARANI, YB DR MOHAMMAD BIN TASLIM
27 September 2012

BIL
SOALAN-SOALAN BERTULIS
JABATAN
PORTFOLIO

1.

Sebuah mercutanda baru sedang dibina di Bulatan Sulaiman Muar. Adakah tender dikeluarkan scara terbuka dan kos keseluruhan secara terperinci.?


Jabatan Kerja Raya

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya

2.

Apakah jenis pembangunan baru dan usaha yang telah dibuat oleh Kerajaan Johor keatas Pulau Pisang  untuk memastikan ia menjadi hak mutlak kita atau Kerajaan Singapura yang membuat pembangunan baru dalam  kawasan tersebut ?


Pejabat Menteri Besar

YAB Menteri Besar

3.

Nyatakan keluasan dan  status tanah sepanjang lebuhraya PLUS dalam negeri Johor dan berapakah jumlah cukai yang dipungut oleh kerajaan Negeri setakat ini ?


Pejabat Menteri Besar

YAB Menteri Besar

4.

Kes-kes remaja terlanjur  semakin meningkat di negeri ini, berapakah Pusat Penempatan yang disediakan oleh Kerajaan negeri untuk melindungi remajaq ini.`


 Jabatan Kebajikan Masyarakat

 Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat dan Kesihatan Negeri


5.

Minta penjelasan mengenai sistem ganjaran yang dipraktikkan oleh Syarikat Pelupusan Sisa Pepejal (SWM Environment) terhadap pekerjanya dari segi kadar upah, cuti, perubatan, pinjaman perumahandan pencen..

 Pihak Berkuasa Tempatan

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan

NAMA Y.B.   : DR MOHAMMAD BIN TASLIM
KAWASAN    : MAHARANI

0