ZIARAH BERSAMA ADUN MAHARANI


SUMBANGAN KERUSI RODA ADUN MAHARANI DI PARIT SAKAI MUAR

ADUN Maharani, YB Dr Mohammad Taslim, bersama rombongannya kali ini yang terdiri daripada isterinya, Hjh Rubiah Raffee, Pengarah Majlis Tindakan DUN Maharani, Sdr Abu Bakar Ismail, Setiausaha PAS Cawangan Sri Jong, Sdr Tupin Ngadian dan Puan Norizan Adnan, membuat lawatan susulan kepada dua  orang warga emas di Parit Sakai Muar dan seorang di Taman Seri Cempaka Jalan Junid Muar. Wartawan The Star , Raja Hamdan Raja Abdullah, turut mengiringi rombongan ini.

Kesusahan mereka mendapat perhatian YB Dr Mohammad yang berusaha untuk menyumbang kerusi roda yang sangat diperlukan oleh mereka. Penduduk  pertama yang dikunjungi ialah seorang warga emas yang patah tulang punggungnya. Beliau telah menjalani pembedahan lebih setahun yang lalu tetapi masih belum boleh berjalan. Kerusi rodanya sudah rosak. Kunjungi kali ini dengan pemberian sebuah kerusi roda baru sangat menggembirakan beliau. Beliau bersyukur kerana kami dapat membantu beliau.


Penyerahan kerusi roda baru.

 
Hjh Rubiah, isteri YB , menghadiahkan seutas tasbih.

 
Tasbih di tangan teman ketika berseorangan.....

Rumah kedua  yang di ziarahi terletak di Taman Seri Cempaka Jalan Junid Muar. Kami disambut oleh Puan Nora yang menjaga ibunya, Puan Maimun, yang menghidap penyakit angin ahmar. Puan Maimun berumur 85 tahun, tidak boleh bercakap, lumpuh sebelah badan dan makan melalui Ryle's tube melalui hidungnya.Beliau mendapat bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM300.00 sebulan. Susu khasnya sahaja berharga RM61.50 sen untuk kegunaan 3-4 hari sahaja. Beliau juga memerlukan pampers. Sebagai permulaan kami membawa pampers dan barangan dapur. Seorang anak Puan Nora akan melanjutkan pelajaran ke IPT yang memerlukan wang yang banyak juga.


Puan Nora menyambut kedatangan Hjh Rubiah, isteri YB.


YB Dr Mohammad memeriksa Puan Maimun yang terlantar di katil.

 
Walau dalam kesusahan Puan Nora sempat menyediakan juadah
minuman petang untuk rombongan kami.Terima kasih Puan Nora.


Silaturrahim tejalin, kemesraan terpaut sebelum berpisah.

Rumah ke tiga yang dikunjungi ialah rumah Encik Salleh di Parit Sakai Jalan Junid Muar.Beliau menghidap penyakit kencing manis dan buah pinggang. Kaki kanaknya kudung dan sedang menjalani rawatan haemidialisis. Beliau hanya mengharapkan bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat kerana beliau tidak bekerja sementara isterinya seorang suri rumah sepenuh masa kerana menjaga beliau. Rumah yang didiaminya ini ialah rumah PPRT.


Encik Salleh dengan kerusi roda sumbangan YB Dr Mohammad,
merenung masa hadapannya.


YB Dr Mohammad bersama isteri dan Puan Norizan menyampaikan 
kerusi roda.


Moga ceria hidup Encik Salleh dan isteri.
 

Sdr Tupin menyampaikan baranga dapur.

0