SELAMAT MENYAMBUT HARI PEKERJA 2012


ISNIN 1 MEI 2012
Hari ini hari pekerja, hari cuti umum. Sebahagiannpekerja mengambil kesempatan untuk brcuti panjang hujung minggu ini. Walau bagaimana pun sebahagian kakitangan kerajaan dan swasta terus bertugas pada Hari Pekerja ini. Seperti tahun-tahun sebelumnya YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, menziarahi kakitangan beberapa buah jabatan yang berfungsi pada Hari Pekerja, hari cuti umum. Beliau bersama jawatankuasa DUN Maharani dan YDP PAS Muar, Ustaz Abu Bakar Lajat meluangkan masa pagi ini menziarahi kakitangan di IPD Muar, Polis Cawangan Trafik, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Pusat Pemulihan Akhlah, Hospital Pakar Sultaanah Fatimah, Balai Polis Sungai Abong, Balai Polis Parit Jawa dan Southern Waste Management. Ziarah kali ini dimeriahkan dengan kehadiran bersama YB Gwe Tong Hiang, ADUN Bentayan dan YB Er Teck Hwa, Ahli Parlimen Bakri dan pengiring mereka.

Program ini dimulakan di IPD Muar pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada sebelah tengahari di SWM (Southern Waste Management) di Pt Unas Muar. Sambutan daripada pegawai-pegawai yang bertugas sungguh mesra. Sambil mengiratkan silaturrahim, dapat juga kami memahami tugas-tugas mereka yang sangat mencabar berkhidmat untuk masyarakat.


 Tempat pertama yang kami lawati ialah IPD Muar.
YB Dr Mohammad dan YB Gwee mengucapkannselamat bertugas kepada 
anggota polis yang baru keluar untuk membuat rondaan di bandar Muar.

 Hamper untuk petugas di IPD Muar.

 Lawatan ke Cawangan Trafik Polis Muar


 Jabatan Bomba dan Penyelamat Muar.


 Bomba Muar mempunyai sebuah skylift untuk bangunan empat tingkat.


 Ketibaan YB Dr Mohammad Taslim disambut mesra oleh 
Pegawai Pusat Pemulihan Akhlak Muar

 Hamper sebagai tanda ingatan untuk Tuan Yaacub, Ketua Inspektor
Pusat Pemulihan Akhlak. Terima kasih tuan di atas hidangan teh !

 YB Gwee menyampaikan hamper kepada Tuan Yaacub.


 Terima kasih Tuan Yaacub di atas jamuan yang diberi.


 Lawatan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar.


 YB Dr Mohammad di hadapan Balai Polis Sg Abong Muar.


 Hamper sebagai tanda ingatan daripada kami.


 Selamat Hari Pekerja daripada kami !


 Kami di Balai Polis Parit Jawa Muar.


 Kunjungan terakhir hari ini di SWM Parit Unas Jalan Abdul Rahman.


 Tanda ingatan daripada kami. Terima kasih kerana memberi khidmat cemerlang.


Berbual panjang mendengar penjelasa daripada En Khalid 
tentag tugas mereka dan rintihan pekerja SWM. 
InsyaAllah kami akan sampaikan permasalahan pekerja kepada pihak berwajib.
 

0