MAJLIS KECEMERLANGAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL PASTI AL-FALAH, SRI JONG MUAR


PASTI AL-FALAH di Sri Jong, Jalan Abdul Rahman Muar adalah di antara PASTI terawal dilahirkan dalam DUN Maharani. Terletak di tepi jalan besar Jalan Abdul Rahman ia merupakan sebuah rumah yang diwakafkan sbagai PASTI oleh keluarga Sdr Mohd Sab Mohd Amin yang juga Ketua Cawangan PAS Sri Jong Muar. Ia telah memberi khidmat kepada penduduk di sekitar kawasan tersebut.

Iklan pengamilan pelajar baru sesi 2012

Di antara PASTI lain yang berdekatan ialah PASTI At-Taqwa di Parit Amal Jalan Junid Muar dan PASTI Ar-Rahmah di Taman Sri Temenggong Jalan Temenggong Ahmad Muar. Dengan adanya PASTI tersebut maka bilangan pelajar telah menurun tetapi tahun ini masih terdapat 13 orang pelajar berumur 4, 5 dan 6 tahun yang menuntut di situ. Dengan kegigihan Pengurus PASTI, Tuan Haji Mahat dan AJKnya serta sokongan daripaada YDP PAS Muar, Ustaz Abu Bakar Lajat, PASTI ini terus memberi sumbangan kepada masyarakat dalam agenda membina generasi al-quran.

Bangunan PASTI Sri Jong di tepi Jalan Abdul Rahman Muar

Bangunan di atas inilah tempat penghubung PASTI dan masyarakat tempatan. Selain digunakan untuk PASTI di sini juga dijadikan sebagai surau dan aktiviti kemasyarakatan. Pada setiap bulan Ramadhan ia terkenal sebagai tempat menyediakan bubu lambuk percuma kepada orang ramai.

 YB Dr Mohammad Taslim merasmikan Majlis Kecemerlangan 
dan Penyampaian Sijil PASTI Al-Falah

Pada pagi Jumaat 19 November 2011 yang lalu satu Majlis Kecemerlangan dan Penyampaian Sijil telah diadakan di PASTI ini. YB Dr Mohammad Taslim selaku ADUN Maharani dan juga Naib YDP PAS Muar telah merasmikan majlis tersebut. Kesemua pelajar dan ibu bapa hadir pada pagi tersebut dalam suasana meriah.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh pelajar sendiri diikuti dengan persembahan daripada pelajar. Mereka menunjukkan bakat mengalunkan azan, iqamah, menghafai ayat-ayat suci al-quran, menghafal doa-doa harian dan juga bernasyid.Sungguh mengagumkan kebolehan pelajar-pelajar tersebut.

Majlis Penyampaikan Sijil dan Hadiah Kecemerlangan serta penyerahan  wang tabungan pelajar telah disempurnakan oleh YDP PAS Muar, Ustaz Abu Bakar Lajat sendiri.

Pelajar-pelajar berdoa penuh syahdu

Azan berkumandang di pagi tersebut. Guru PASTI yang perihatin
boleh berbangga dengan hasil didikannya.Alhamdulillah.

Pesembahan oleh 13 orang pelajar PASTI Al-Falah

Tuan Haji Mahat, Pengurus PASTI Al-Falah sedang berucap.
Ustaz Abu Bakar Lajat turut hadir untuk menyampaikan Sijil dan Hadiah.

Amanat daripada Pengerusi PASTI.

Hadiah kecemerlagan menunggu pelajar-pelajar


Hadiah-hadiah ini disampaikan oleh YDP PAS Muar,
Ustaz Abu Bakar Lajat. Tabungan pelajar juga diserahkan kembali 
kepada pelajar pada hari tersebut.
Read More

SELAMAT HARI RAYA AIDIL ADHA 1432H


http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/392711_269958039712591_100000951914995_750502_802301537_n.jpg

SALAM AIDIL ADHA 1432H
daripada
YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani)
AJK Pusat Khidmat DUN Maharani
AJK PAS Kawasan Muar
Seluruh ahli PAS Muar  
Read More

SEHARI BERSAMA ADUN MAHARANI


JUMAAT 28 OKTOBER 2011 : Pagi ini YB Er Teck Hwa ( Ahli Parlimen Bakri) menziarahi YB Dr Mohamad Taslim (ADUN Maharani) di kliniknya membawa keratan akhbar membawa berita tentang banjir kilat melanda Taman Parit Bakar di Jalan Temenggong Ahmad Muar. Muar sedang dilanda hujan sebelah petang beberapa hari ini. Oleh kerana kami tidak berkesempatan menziarahi mereka pada hari tersebut kami mengambil keputusan untuk melawat Taman tersebut dan menanya khabar kepada mereka yang terlibat.  Inilah kerjasama yang sentiasa kami lakukan sebagai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat menyelami masalah rakyat bersama.

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/308691_2048162575044_1573856018_31715561_329668607_n.jpg
Keratan akhbar China Press

Daripada kunjungan ke rumah seorang penduduk Taman Parit Bakar yang terlibat, mereka menyatakan banjir kilat ini akan berlaku  apabila hujan lebat berterusan.Ini adalah disebabkan oleh masalah perparitan .Tambahan pula pembangunan di sekelilngnya menambah masalah kepada mereka.Kami akan memajukan masalah mereka ini kepada pihak Majlis Perbandaran Muar dengan segera.

http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/375161_2048171415265_1573856018_31715572_1451472556_n.jpg
YB Er dan YB Dr Mohammad di rumah  keluarga yang terlibat.


http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/305384_2048169455216_1573856018_31715571_511489026_n.jpg
Kami berbincang......


http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/307201_2048173615320_1573856018_31715574_908367094_n.jpg 
Ucapan terima kasih daripada penduduk terlibat.
Selesai lawatan di Taman Parit Bakar kami bergegas ke Taman Aman Jalan Abdul Rahman Muar. Sebahagian Taman ini di Jalan Aman 6 dan 7 juga kerap dilanda banjir apabila hujan lebat. Masalah ini telah diajukan kepada pihak Majlis Perbandaran Muar. Tindakan telah diambil tetapi masalah banjir masih berulang. Masalah perparitan juga penyebabnya.Tugas kami untuk membuat aduan susulan.Terima kasih YB Er yang cukup prihatin dengan masalah rakyat walaupun di luar kawasannya di Parlimen Bakri. Inilah contoh bagaimana Wakil Rakyat Pakatan Rakyat menjalankan amanah.

Hari Jumaat biasanya YB Dr Mohammad dan sahabat-sahabat menunaikan solat Jumaat di Masjid dalam DUN Maharani mengikut giliran. Inilah masa untuk YB bersilaturrahim  bertemu rakyat dan rakyat bertemu YB dengan mudah dan mesra.Masalah-masalah dapat disampaikan dan cuba diselesaikan. Minggu ini kami solat Jumaat di Masjid Parit Bakar Jalan Abdul Rahman Muar kerana selepas solat kami akan menziarahi seorang penduduk yang tinggal di hadapan masjid ini  yang ditimpa musibah rumah terbakar.
Ketika khatib sedang berkhutbah tiba-tiba seorang jemaah diserang epilepsy.. Alhamdulillah YB Dr Mohammad sempat memberi bantuan kecemasan kepada  anak muda ini dengan bantuan jemaah masjid.Ambulans dari HPSF Muar datang membantu dan pesakit ini segera dibawa ke hospital.


http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/297513_2048084973104_1573856018_31715543_931831829_n.jpg 
Anak muda ini pengsan diserang penyakit epilepsy yang dihidapnya.
 Selepas solat Jumaat YB Dr Mohammad denagan diiringi oleh Pegawai Khasnya Sdr Hamidun Omar, Pengerusi Lajnah Kebajikan, Tn Hj Abdul Rahman Lajim dan Pengerusi Lajnah Ekonomi Sdr Rozi Md Nor menziarahi Encik Abdullah di rumahnya yang terbakar baru-baru ini.Bahagian dapur rumah ini rosak teruk.Beliau tiada di rumah ketika kebakaran berlaku.Jiran-jiran banyak membantu dan dengan pertolongan pihak Bomba kerosakan dapat dikurangkan.

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/373997_2048099573469_1573856018_31715553_1705898819_n.jpg
 YB Dr Mohammad bersama Tn Hj Abdullah dan Sdr Hamidun.
http://a5.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/318502_2048092013280_1573856018_31715546_608809917_n.jpg
 Tuan Rumah, Tn Hj Abdullah, bersama Sdr Hamidun memerhatikan kerosakan
bahagian dapur rumah.

http://a2.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/390438_2048102413540_1573856018_31715554_675538107_n.jpg
 Bahagian dalam rumah rosak teruk.
Sebelum berpisah YB Dr Mohammad dan Tn Hj Abdul Rahman menyampaikan sedikit sumbangan kepada Tn Hj Abdullah sebagai tanda simpati. Mudah-mudahan Allah ganti dengan rezeki yang murah dan rumah yang selesa.
Inilah di antara tugas sebagai seorang YB. Ada kalanya agak sebuk tetapi memberi kepuasan kerana dapat berbakti kepada masyarakat. Tambahan pula dengan bantuan ahli-ahli parti dan ahli jawatankuasa yang komited. Selesai tugas sebagai YB, tugas sebagai doktor pula menunggu.    Tugas sebagai Dr Mohammad pula menunggu di kliniknya, Klinik Mohammad di Jalan Sayang Muar. InsyaAllah beliau sentiasa sedia berbakti untuk rakyat yang memilihnya.
 
Read More