MAJLIS KECEMERLANGAN DAN PENYAMPAIAN SIJIL PASTI AL-FALAH, SRI JONG MUAR


PASTI AL-FALAH di Sri Jong, Jalan Abdul Rahman Muar adalah di antara PASTI terawal dilahirkan dalam DUN Maharani. Terletak di tepi jalan besar Jalan Abdul Rahman ia merupakan sebuah rumah yang diwakafkan sbagai PASTI oleh keluarga Sdr Mohd Sab Mohd Amin yang juga Ketua Cawangan PAS Sri Jong Muar. Ia telah memberi khidmat kepada penduduk di sekitar kawasan tersebut.

Iklan pengamilan pelajar baru sesi 2012

Di antara PASTI lain yang berdekatan ialah PASTI At-Taqwa di Parit Amal Jalan Junid Muar dan PASTI Ar-Rahmah di Taman Sri Temenggong Jalan Temenggong Ahmad Muar. Dengan adanya PASTI tersebut maka bilangan pelajar telah menurun tetapi tahun ini masih terdapat 13 orang pelajar berumur 4, 5 dan 6 tahun yang menuntut di situ. Dengan kegigihan Pengurus PASTI, Tuan Haji Mahat dan AJKnya serta sokongan daripaada YDP PAS Muar, Ustaz Abu Bakar Lajat, PASTI ini terus memberi sumbangan kepada masyarakat dalam agenda membina generasi al-quran.

Bangunan PASTI Sri Jong di tepi Jalan Abdul Rahman Muar

Bangunan di atas inilah tempat penghubung PASTI dan masyarakat tempatan. Selain digunakan untuk PASTI di sini juga dijadikan sebagai surau dan aktiviti kemasyarakatan. Pada setiap bulan Ramadhan ia terkenal sebagai tempat menyediakan bubu lambuk percuma kepada orang ramai.

 YB Dr Mohammad Taslim merasmikan Majlis Kecemerlangan 
dan Penyampaian Sijil PASTI Al-Falah

Pada pagi Jumaat 19 November 2011 yang lalu satu Majlis Kecemerlangan dan Penyampaian Sijil telah diadakan di PASTI ini. YB Dr Mohammad Taslim selaku ADUN Maharani dan juga Naib YDP PAS Muar telah merasmikan majlis tersebut. Kesemua pelajar dan ibu bapa hadir pada pagi tersebut dalam suasana meriah.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh pelajar sendiri diikuti dengan persembahan daripada pelajar. Mereka menunjukkan bakat mengalunkan azan, iqamah, menghafai ayat-ayat suci al-quran, menghafal doa-doa harian dan juga bernasyid.Sungguh mengagumkan kebolehan pelajar-pelajar tersebut.

Majlis Penyampaikan Sijil dan Hadiah Kecemerlangan serta penyerahan  wang tabungan pelajar telah disempurnakan oleh YDP PAS Muar, Ustaz Abu Bakar Lajat sendiri.

Pelajar-pelajar berdoa penuh syahdu

Azan berkumandang di pagi tersebut. Guru PASTI yang perihatin
boleh berbangga dengan hasil didikannya.Alhamdulillah.

Pesembahan oleh 13 orang pelajar PASTI Al-Falah

Tuan Haji Mahat, Pengurus PASTI Al-Falah sedang berucap.
Ustaz Abu Bakar Lajat turut hadir untuk menyampaikan Sijil dan Hadiah.

Amanat daripada Pengerusi PASTI.

Hadiah kecemerlagan menunggu pelajar-pelajar


Hadiah-hadiah ini disampaikan oleh YDP PAS Muar,
Ustaz Abu Bakar Lajat. Tabungan pelajar juga diserahkan kembali 
kepada pelajar pada hari tersebut.

0