SEHARI BERSAMA ADUN MAHARANI
Posted in: ziarahJUMAAT 28 OKTOBER 2011 : Pagi ini YB Er Teck Hwa ( Ahli Parlimen Bakri) menziarahi YB Dr Mohamad Taslim (ADUN Maharani) di kliniknya membawa keratan akhbar membawa berita tentang banjir kilat melanda Taman Parit Bakar di Jalan Temenggong Ahmad Muar. Muar sedang dilanda hujan sebelah petang beberapa hari ini. Oleh kerana kami tidak berkesempatan menziarahi mereka pada hari tersebut kami mengambil keputusan untuk melawat Taman tersebut dan menanya khabar kepada mereka yang terlibat. Inilah kerjasama yang sentiasa kami lakukan sebagai Wakil Rakyat Pakatan Rakyat menyelami masalah rakyat bersama.
Keratan akhbar China Press
Daripada kunjungan ke rumah seorang penduduk Taman Parit Bakar yang terlibat, mereka menyatakan banjir kilat ini akan berlaku apabila hujan lebat berterusan.Ini adalah disebabkan oleh masalah perparitan .Tambahan pula pembangunan di sekelilngnya menambah masalah kepada mereka.Kami akan memajukan masalah mereka ini kepada pihak Majlis Perbandaran Muar dengan segera.
YB Er dan YB Dr Mohammad di rumah keluarga yang terlibat.
Kami berbincang......
Ucapan terima kasih daripada penduduk terlibat.
Selesai lawatan di Taman Parit Bakar kami bergegas ke Taman Aman Jalan Abdul Rahman Muar. Sebahagian Taman ini di Jalan Aman 6 dan 7 juga kerap dilanda banjir apabila hujan lebat. Masalah ini telah diajukan kepada pihak Majlis Perbandaran Muar. Tindakan telah diambil tetapi masalah banjir masih berulang. Masalah perparitan juga penyebabnya.Tugas kami untuk membuat aduan susulan.Terima kasih YB Er yang cukup prihatin dengan masalah rakyat walaupun di luar kawasannya di Parlimen Bakri. Inilah contoh bagaimana Wakil Rakyat Pakatan Rakyat menjalankan amanah.
Hari Jumaat biasanya YB Dr Mohammad dan sahabat-sahabat menunaikan solat Jumaat di Masjid dalam DUN Maharani mengikut giliran. Inilah masa untuk YB bersilaturrahim bertemu rakyat dan rakyat bertemu YB dengan mudah dan mesra.Masalah-masalah dapat disampaikan dan cuba diselesaikan. Minggu ini kami solat Jumaat di Masjid Parit Bakar Jalan Abdul Rahman Muar kerana selepas solat kami akan menziarahi seorang penduduk yang tinggal di hadapan masjid ini yang ditimpa musibah rumah terbakar.
Ketika khatib sedang berkhutbah tiba-tiba seorang jemaah diserang epilepsy.. Alhamdulillah YB Dr Mohammad sempat memberi bantuan kecemasan kepada anak muda ini dengan bantuan jemaah masjid.Ambulans dari HPSF Muar datang membantu dan pesakit ini segera dibawa ke hospital.
Anak muda ini pengsan diserang penyakit epilepsy yang dihidapnya.
Selepas solat Jumaat YB Dr Mohammad denagan diiringi oleh Pegawai Khasnya Sdr Hamidun Omar, Pengerusi Lajnah Kebajikan, Tn Hj Abdul Rahman Lajim dan Pengerusi Lajnah Ekonomi Sdr Rozi Md Nor menziarahi Encik Abdullah di rumahnya yang terbakar baru-baru ini.Bahagian dapur rumah ini rosak teruk.Beliau tiada di rumah ketika kebakaran berlaku.Jiran-jiran banyak membantu dan dengan pertolongan pihak Bomba kerosakan dapat dikurangkan.
YB Dr Mohammad bersama Tn Hj Abdullah dan Sdr Hamidun.
Tuan Rumah, Tn Hj Abdullah, bersama Sdr Hamidun memerhatikan kerosakan
bahagian dapur rumah.
Bahagian dalam rumah rosak teruk.
Sebelum berpisah YB Dr Mohammad dan Tn Hj Abdul Rahman menyampaikan sedikit sumbangan kepada Tn Hj Abdullah sebagai tanda simpati. Mudah-mudahan Allah ganti dengan rezeki yang murah dan rumah yang selesa.
Inilah di antara tugas sebagai seorang YB. Ada kalanya agak sebuk tetapi memberi kepuasan kerana dapat berbakti kepada masyarakat. Tambahan pula dengan bantuan ahli-ahli parti dan ahli jawatankuasa yang komited. Selesai tugas sebagai YB, tugas sebagai doktor pula menunggu. Tugas sebagai Dr Mohammad pula menunggu di kliniknya, Klinik Mohammad di Jalan Sayang Muar. InsyaAllah beliau sentiasa sedia berbakti untuk rakyat yang memilihnya.
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )
0