TAKZIAH UNTUK KELUARGA ENCIK LIM AN KOK


Semalam, 29 Disember 2011,  Sdr Sulaiman dikejutkan dengan berita kematian jiran di sebelah rumahnya di Parit  Lintang, Parit Samsu Muar. Beliau kehilangan kawan sepermainannya sejak kecil, anak lelaki tunggal keluarga Encik Lim An Kok. Malam ini, Jumaat 30 Disember 2011, ahli-ahli jawatankuasa PAS Cawangan Pt Samsu mengiringi YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, menziarahi keluarga Encik Lim sambil mengucapkan takziah di atas kematian anak kesayangan mereka.

YB Dr Mohammad mengucapkan takziah kepada Encik Lim.
Kehadiran YB Dr Mohammad dan rombonganya disambut mesra oleh ahli keluarga dan mereka yang hadir. Encik Lim melahirkan rasa terhari dengan kehadiran kami sambil mengucapkan ribuan terima kasih. Rasa perpaduan diantara jiran terasa dan terserlah tanda jalinan persahabatan murni rakyat Malaysia.

YB Dr Mohammad merakamkan gambar kenangan bersama 
Encik Lim An Kok.

Kelihatan Tn Hj A Rahman Lajim dan Tok Penghulu (B) Giman
turut mengiringi YB Dr Mohammad

Sdr Aliff dan Tn Hj Yusof Saminb (Ketua Cawangan PAS Pt Samsu)
tidak keinggalan mengiringi YB Dr Mohammad.
Di belakang kelihatan ahli keluarga En. Lim.

YB Dr Mohammad dan Tn Hj A Rahman bersama
tetamu, seorang jiran yg kini berhijrah ke Parit Jawa.
Suasana sedih menyelubungi  majlis malam tersebut walaupun ahli keluarga si mati nampaknya tabah menghadapi peristiwa sedih ini.Mereka kehilangan saudara lelaki tunggal berusia 37 tahun, meninggalkan seorang isteri dan 2 orang anak. Kehadiran kami nampaknya sangat menggembirakan mereka. Perbezaan bangsa dan agama  tidak menjadi halangan untuk kami hidup bermasyarakat dengan penuh harmoni.


0