SOALAN-SOALAN DEWAN NEGERI JOHOR OLEH ADUN MAHARANI - DISEMBER 2011


SOALAN-SOALAN DEWAN YANG DIBANGKITKAN
DI DALAM PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR
OLEH ADUN MAHARANI, YB DR MOHAMMAD BIN TASLIM
12 DISEMBER 2011 - 15 DISEMBER 2011

BIL
SOALAN-SOALAN MULUT
JABATAN
PORTFOLIO

1.

Berapakah jumlah sumbangan Ramadhan dan Hari Raya oleh Ahli Parlimen Muar dan Pegawai Khas Menteri Besar DUN Maharani untuk surau/masjid/fakir miskin 1432H selain sumbangan Ahli Parlimen kepada masjid sebanyak RM300.00 ?   (ada Parlimen lain terima  sumbangan RM2000.00 ).

Pejabat Menteri Besar

Menteri Besar

2.

Nyataka jumlah orang Islam yang memohon untuk murtad dalam negeri Johor dan berapa jumlah yang diluluskan ?

Jabatan Agama Islam

Pengerusi Jawatankuasa Agama

3.

Berapakah jumlah Tabung Pembangunan Masid Johor  yang terkumpul sekarang dan nyatakan masjid/surau yang telah dibiayai dengan wang tabung ini.

Pejabat Menteri Besar

Menteri Besar

4.

Berapakah peruntukan dan perbelanjaan yang telah digunakan oleh Pegawai Khas Menteri Besar/ JPMM Maharani dari tahun 2008 hingga sekarang?

Pejabat Menteri Besar

Menteri Besar

5.

Pengurasan sampah/sisa pepejal negeri Johor telah diserahkan kepada Kerajaan Persekutuan.Berapa buah lori baru ditambah dan benarkah ada lori SWM yang tidak mempunyai cukai jalan dan tidak di periksa oleh Puspakom?


Pejabat Menteri Besar

Menteri Besar

6.

Dua buah Tiang Iklan Digital dipasang dalam kawasan Majlis Perbandaran Muar.Bagaimanakah perjanjiannya dan apakah manafaat kepada MPM dari segi sewa tempat,bayaran iklan dan ruang iklan untuk MPM/Kerajaan ?


MPM

Pengerusi JK Kerajaan Tempatan

0