SAMBUTAN KEMERDEKAAN KE 52


Persatuan Basikal Klasik Daerah Muar dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Johor telah menganjurkan Program Kayuhan Basikal Klasik di Bandar Maharani Muar pada hari Ahad 16 OGOS 2009 yang lalu sempena menyambut Hari Kemerdekaan Kali ke 52.Persatuan Basikal Johor Bahru,Batu Pahat dan Melaka turut memeriahkan majlis.

Program ini bermula di Dataran Tanjung Emas, Muar dan mengelilingi bandar Muar.Mereka singgah di asrama Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Islam Muar untuk memberi sumbangan dan cenderamata kepada anak-anak yatim.Mereka sempat bergambar beramai-ramai di tangga Bangunan Sultan Abu Bakar. Majlis berakhir di Dataran Tanjung Emas dengan majlis menyampaikan cenderamata.

Pengerusi Persatuan Basikal Klasik Muar, Cikgu Abd. Kadir nampak sungguh gembira dengan sambutan di luar jangkaannya daripada peserta luar.Tahun lalu mereka juga mengadakan program kayuhan basikal klasik ketika merayakan sambutan kemerdekaan ke 51 bersama-sama program anjuran ADUN Maharani di Stadium Muar.

Program tahun ini lebih meriah. YB Dr Mohammad Taslim ADUN Maharani diberi penghormatan untuk merasmikan acara tersebut. Turut hadir dalam program ini ialah YB Gwee Tong Hiang (ADUN Bentayan ) dan YB Er Teck Hwa (Ahli Parlimen Bakri.)



 YB Dr Mohammad dan YB Gwee mengucapkan Selamat Datang


 
YB Dr. Mohammad dan YB Gwee sedang bergambar bersama-sama peserta


 OK..pilih mana basikal nak dikayuh !
 
Deretan basikal klasik berbaris megah menunggu kayuhan merdeka


 Macam-macam model basikal ada...
 

YB Er,YB DrMohammad dan YB Gwee bersama peserta
 
Kayuhan Merdeka YB Gwee (ADUN Bentayan)



 YB Dr Mohammad mengayuh basikal tahun 1918 !
 

 Ucapan perasmian oleh YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani)

YB Dr Mohammad berdoa untuk keselamatan pesrta.


Peserta mengaminkan doa YB Dr Mohammad
 
YB. Dr. Mohammad sedang mengibarkan bendera bagi memulakan kayuhan basikal


Kayuhan akan bermula...YB Gwe da YB Er mendahului kayuhan.
 
 Ini peserta wanita Tahun 50an

__________________________________________________________________________________

Gambar dan berita di bawah ini adalah dari sumber:

Petikan akhbar:
   
Keratan Akhbar ...tentang program Kayuhan Klasik ini


Berita Harian 21 Ogos 09 , Edisi Johor



Adun Maharani Dr Mohd Taslim , membacakan doa semasa merasmikan acara ini...sesuatu yang jarang kita lihat seorang ADUN boleh membacakan doa & merasmikan serentak...
 
Bergambar dihadapan Rumah Anak-anak Yatim Muar sambil menghulurkan sedikit bantuan






0