PROGRAM KEBAJIKAN DUN MAHARANI


Lujnah Kebajikan & Kemasyarakatan DUN MAHARANI sentiasa mengadakan program kebajikannya sepanjang masa. Baru-baru ini pada hari Ahad 23 Ogos 2009 bersamaan 2 Ramadhan 1430H dengan kerjasama PAS Cawangan Bandar 'A' (Pt Kadi Muar) telah memberikan sumbangan kepada beberapa orang sakit dan fakir miskin. di kawasan Pt Kadi ,Taman Guru,Taman Bahagia,Lorong Hj Sembok dan Lorong Hjh Zaharah.

Satu majlis ringkas telah dilangsungkan di Surau Pt Kadi Muar selepas solat asar.PAS Cawangan Bandar 'A' ini juga menyumbang RM400.00 kepada Pengerusi Surau Pt Kadi untuk diagihkan kepada mereka yang memerlukan dalam qariah surau.

Rombongaan ini kemudian menziarahi rumah mereka yang telah dikenal pasti untuk diberikan sumbangan. Sumbangan ini telah disampaikan oleh YB Dr. Hj.Mohammad b. Taslim ADUN MAHARANI dengan diiringi oleh ahli jawatankuasa DUN Maharani dan ahli jawatankuasa PAS Cawangan Bandar 'A' yang diketuai oleh Tuan Hj Selamat Othman.



YB Dr Mohammad dan Tuan Hj Othman sedang menyampaikan sumbangan kepada pesakit


Penerima ini menduduki rumah PPRT

0