MAJLIS JAMUAN RAYA PERPADUAN


Pada 29 Okt. 2008 beberapa Jabatan Kerajaan di Daerah Muar telah bergabung mengadakan majlis sambutan Hari Raya dipenghujung bulan syawal. Majlis ini dihadiri oleh ketua-ketua jabatan, pegawai, penghulu, ketua kampong, individu yang dijemput khas dan anak-anak yatim. Kehadiran dianggarkan 1000 orng. Wakil dari Dun Maharani turut dijemput hadir. YB Dr. Mohammad Taslim, ADUN Maharani  bersama 5 orang pengiring turut hadir dalam majlis tersebut.

Read More

Selamat Meraikan Hari Deepavali / Deepavali Nal Valthukhal



Kami merakamkan ucapan Selamat Meraikan Hari Deepavali kepada semua rakyat Malaysia yang berugama Hindu.
Mudah-mudahan perayaan Pesta Cahaya yang diraikan ini akan dapat mengeratkan lagi ikatan muhibah sesama rakyat Malaysia, seterusnya memupuk persefahaman yang lebih harmoni.
Buat semua, diucapkan Deepavali Nal Valthukhal
Read More

RUMAH TERBUKA I'DUL FITRI 2008 DUN MAHARANI


Pada 25-10-2008, Dun Maharani telah mengadakan Rumah Terbuka Idul Fitri 2008. Program ini diadakan di rumah Y.B Dr. Hj. Mohammad b. Taslim. Alhamdulillah, cuaca pada ketika itu sangat baik, dan kehadiran tetamu dari pelbagai bangsa tidak melepaskan peluang untuk hadir ke jamuan tersebut.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang hadir dan juga kepada para petugas dan penderma yang telah memberikan sokongan sehingga majlis ini berjalan dengan lancar.



Majlis di rumah YB Dr Mohammad Bin Taslim

Hjh. Rubiah isteri kepada YB(yang berdiri berbaju merah) turut melayan tetamu yang hadir

Para jemputan sedang menjamu selera
Turut diraikan DO Muar ( berbaju coklat), Pegawai Perpaduan dan ADO ( berdiri) .



 


Masyarakat Cina sedang menikmati jamuan yang disediakan

YB Dr. Mohammad dan YDP PAS Muar sedang mendengar sesuatu daripada YB Bentayan

YB Dr Mohammad sedang melayan YDP MPM Muar (sedang membasuh tangan) dan YB Parlimen Bakri(berbaju putih)




 

Read More

MERASMIKAN SURAU BARU AL-EHSAN


Pada 18-10-2008 Y.B Dr. Mohammad bin Taslim telah dijemput oleh penduduk kampong Parit Amal Jalan Jonid, Muar untuk merasmikan pembinaan Surau baru Al-Ehsan. Pembinaan Surau baru ini adalah kali yang ketiga. Sebelum ini Surau didirikan daripada papan.Oleh kerana keadaannya yang semakin uzur dan sempit kerana penduduk semakin bertambah maka pihak jawatankuasa Surau telah bersepakat untuk membina Surau baru yang lebih besar dan selesa.

Pelbagai usaha telah dijalankan untuk mencari sumber kewangan. Hasil usaha gigih akhirnya Surau baru berjaya didirikan. Kebanyakkan sumbangan datang dari penduduk kampong ini dan saudara mara yang berada di luar kampong termasuk saudara mereka yang berada di Singapura. Kos pembinaan Surau sebanyak RM 120.000.00.
Dalam ucapan perasmian oleh Y.B Dr. Mohammad, beliau mengingatkan kepada para hadirin agar Surau ini dapat digunakan sebaik mungkin dengan mengadakan aktiviti yang dapat menarik masyarakat seperti mengadakan kuliyyah, kelas al-quran dan sebagainya agar pahala kebajikan sampai kepada penderma-penderma.




Read More

Rumah Terbuka I'dul Fitri Dun Maharani


Read More