PROGRAM BUBUR LAMBUK


Program bubur lambuk yang dianjurkan oleh Dewan Pemuda Pas Kawasan Muar ini telah diadakan pada 21-9-2008 di Dun Maharani. Program tahunan sempena ramadhan yang dibuat oleh Dewan ini mendapat sambutan yang menggalakkan daripada orangramai. Program ini diadakan di Pekan Pt. Bakar iaitu laluan utama orangramai.
Orangramai yang lalu lalang tidak ketinggalan mengambil bubur lambuk yang telah disediakan ditepi jalanraya. Turut serta dalam program ini ialah Y.B Dr. Hj. Mohammad bin Taslim iaitu Adun Maharani. Beliau mengucapkan terima kasih kepada Dewan Pemuda dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini. Beliau juga mengharapkan program ini dapat dikekalkan pada masa-masa akan datang. Beliau mengajak kepada orangramai yang ingin menyumbangkan kewangan dan barangan dalam menjayakan program bubur lambuk pada ramadhan akan datang boleh menghubungi Sdr. Mohd Rozi iaitu bendahari Dewan Pemuda.








0