OKU MENDAPAT SUMBANGAN DARI TABUNG KEMISKINAN HARAKAH


Sdr. Hamidon Bin Sulaiman seorang OKU merasa terharu diatas keperihatinan pihak Tabong Kemiskinan Harakah kerana sudi memberikan sumbangan kepadanya. Beliau mendapat sumbangan sebanyak RM 2000.00 ringgit.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Y.B Dr. Hj. Mohammad Bin Taslim yang telah menolong beliau membuat permohonan kepada pihak Tabong Harakah.

Sdr. Hamidon putus sebahagian tapak kaki kanan akibat kemalangan jalanraya semasa pemandu lori pada tahun 1994. Selepas kemalangan tersebut beliau tidak dapat membuat kerja berat untuk mencari sumber pendapatan bagi menyara isteri, 2 orang anak dan ibunya. Walaupun beliau mendapat pampasan selepas kemalangan, wang yang didapati itu digunakan untuk membaikpulih rumahnya yang telah uzur. Oleh kerana beliau tidak dapat membuat kerja yang berat dan tidak mempunyai sumber pendapatan tetap, maka beliau telah mempelajari ilmu perubatan resdung dengan harapan untuk membuka pusat rawatan resdung bagi menyara kehidupan keluarga.

Pusat Rawatan Resdungnya mendapat sambutan orangramai. Maka beliau bercadang untuk membesarkan tempat rawatan. Beliau telah pergi ke Jabatan Kebajikan Masyarakat tetapi sehingga kini tiada tindakan susulan yang dibuat oleh Jabatan tersebut. Seterusnya beliau telah pergi ke Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dun Maharani yang ditubuhkan oleh Y.B Dr. Hj. Mohammad Bin Taslim( Dun yang dimenangi oleh PAS) dan menceritakan hajat beliau. Yang Berhormat berjanji akan cuba mendapatkan bantuan dari pihak lain termasuk Tabong Kemiskinan Harakah. Alhamdulillah Tabong Kemiskinan Harakah telah meluluskan permohonan beliau.

Sekali lagi beliau sangat berterima kasih kepada Yang Berhormat dan juga Tabong Kemiskinan Harakah yang sudi membantu beliau. Beliau berazam dengan bantuan yang diperolehi akan digunakan untuk memperkembangkan rawatan resdung.

Y.B Dr. Hj. Mohammad bin Taslim sedang menyampaikan sumbangan daripada Tabong Kemiskinan Harakah di rumah Sdr. Hamidon pada tarikh 21-9-2008 di Pt. Payung, Muar.













0