Memaparkan catatan dengan label JETI. Papar semua catatan

NASIB NELAYAN DI JETI KUALA SUNGAI MUAR (JETI BENTAYAN)


SOALAN-SOALAN BERTULIS YANG DITANYA OLEH YB GWEE TONG HIANG DI MESYUARAT KEEMPAT PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA DEWAN NEGERI JOHOR KE-12 PADA 17 MAC 2011.

SOALAN B 7

Apakah status Projek Pembinaan Jeti Nelayan Kuala Sungai Muar (Jeti Bentayan), memandangkan projek telah diluluskan dan kontraktor telah dilantik?

JAWAPAN

Bagi maksud pembinaan jeti nelayan Kuala Sungai Muar (Jeti Bentayan), pembinaan jeti tersebut telah siap dan diguna oleh nelayan. Jeti Bentayan merupakan projek yang dibina dibawah peruntukan Pakej Rancangan Ekonomi Pertama iaitu pada tahun 2004 dengan kos pembinaan sebanyak RM100,000.00.

Dibawah Pakej Ransangan Ekonomi Kedua, atas permohonan nelayan Kuala Sungai Muar pihak Lembaga Kemajuan Ikan telah memperuntukkan sebanyak RM350,000 untuk manaik taraf jeti Bentayan supaya dapat dijadikan Pusat Jualan Diesel Bersubsidi Untuk Nelayan dan pusat pendaratan nelayan.

Cadangan untuk menaik taraf jeti tersebut tidak dapat dilaksanakan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia, Johor walaupun tawaran sebut harga telah dikeluarkan oleh kerana tidak dapat sokongan dan kelulusan dari pihak Majlis Perbandaran Muar dan Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Muar dengan alasan pihak Majlis Perbandaran Muar telah ada cadangan untuk Projek Muar Waterfront. Peruntukan tersebut telah dibatalkan 
dan kembalikan semula ke Ibu Pejabat LKIM. 
__________________________________________________________________________________
 
 Imbas kembali jawapan kepada soalan yang sama sebelum ini dan lawatan kerja YB Dr Mohammad dan YB Gwee ke Jeti tersebut. Ia mendapat liputan akhbar Cina dan Sinar Harian:

YB Gwee dan YB Dr Mohammad bersama nelayan di atas jeti yang uzur 
dan berisiko tinggi.

Baru-baru ini, pada 7 Disember 2010, YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani dan YB Gwee Tong Hiang , ADUN Bentayan, dengan diiringi oleh PA masing-masing telah bertemu nelayan-nelayan di jeti  Bentayan untuk memeklumkan perkembangan terkini status jeti mereka.Kehadiran mereka disambut mesra oleh para nelayan yang berpeluang meluahkan masalah mereka terus kepada wakil rakyat mereka.


Dalam Pesidangan Dewan Negeri Johor dalam bulan Jun-Julai 2009  yang lalu YB Gwee mengajukan soalan tentang pembinaan Jeti Pengkalan Bentayan ini.Menurut YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, "Pihak LKIM telah mencadangkan peruntukan sebanyak RM500,000.00 untuk memanjangkan jeti yang sedia ada di Pangkalan Bentayan,Muar.Dijangkakan proses sebut harga akan dilaksanakan setelah kebenaran diterima daripada Pihak Berkuasa yang berkenaan di Muar,"  


Setelah menunggu sekian lama, YB Dr Mohammad pula telah membawa perkara tersebut sekali lagi dalam Persidangan Dewan Negeri Johor dalam bulan November- Disember 2010 yang lalu.Kali ini jawapan yang diberi oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani sangat menghampakan.Inilah jawapannya:
"Sememangnya pada peringkat awal terdapat peruntukan bagi pembinaan jeti nelayan Sungai Muar (Bentayan) sebanyak RM350,000.00 dan sebutharga juga telah dibuat oleh pihak ibu pejabat.Memandangkan terdapat arahan daripada Majlis Perbandaran Muar di mana tidak dibenarkan sebarang pembangunan di sepanjang muara Sungai Muar. 


Pihak Majlis mempunyai perancangan untuk memajukan  kawasan tersebut dan jika cadangan pembinaan ini dilaksanakan ianya akan menyebabkan perancangan pihak Majlis terganggu/tidak dapat dilaksanakan.


Oleh yang demikian keputusan ini telah dipanjangkan  ke pihak ibu pejabat LKIM untuk dibincangkan di dalam  Mesyuarat Jawatankuasa Sebutharga LKIM dan mesyuarat tersebut memutuskan supaya panggilan sebutharga tersebut dibatalkan.Pihak LKIM belum pernah melantik sebarang kontraktor bagi tawaran kerja tersebut."


Bilakah nasib nelayan Kuala Sungai Muar ini akan dibela ? Bila RAKYAT AKAN DIDAHULUKAN ?


Read More

ADUAN RAKYAT - MASALAH NELAYAN PARIT PERUPOK DI DUN MAHARANI


Parit Perupuk Laut, Rabu 3 Mac 2010


YB Dr. Mohammad  Taslim bersama AJK DUN Maharani telah  menemui nelayan-nelayan di Parit Perupok Laut, Jalan Jonid, Muar. Nelayan-nelayan tersebut melalui Persatuan Nelayan  telah mengadu di   Pusat Khidmat ADUN Maharani, Parit Bakar,Muar berkaitan peparitan di Jeti mereka. Parit laluan mereka ke laut terlalu sempit, cetek dan di kiri kanan parit  ditumbuhi pokok-pokok. Masalah ini telah diajukan kepada pihak yang bertanggungjawab beberapa tahun yang lalu tetapi sehingga sekarang tidak ada tindakan. Sekiranya mereka ini berlarutan ini akan menjejaskan pendapatan para nelayan.YB Dr Mohammad telah mengajukan masalah ini kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Muar untuk tindakan lanjut.
Pada hari Rabu 3 Mac 2010 jam 10.45 pagi YB Dr Mohammad telah turun padang bersama rakyat untuk meninjau masalah yang dihadapi oleh nelayan tersebut.Turut hadir wakil Juruterta JPS Daerah Muar dan wartawan akhbar Cina (Sin Chew Jit Poh, Nanyang Siang Pau, China Press dan Oriental  Daily News). Mereka mendengar permasalah nelayan serta keluhan mereka. 

YB Dr Mohammad, para tetamu  dan wartawan  telah  dibawa menaiki bot nelayan untuk melihat sendiri masalah yang dihadapi oleh para nelayan di situ. Pihak JPS berjanji akan membawa masalah  kepada pihak yang berkenaan  kerana kawasan ini juga di bawah  kelolaan Majlis Perbandaran Muar.Masalah di jangka dan diharap dapat diselesaikan dalam tahun ini juga.

 Di antara permohonan nelayan tersebut ialah:
1. Mendalam dan melebarkan parit laluan mereka ke Selat Melaka,
2. Menebang pokok-pokok yang menutupi tebing parit,
3. Mendirikan pondok yang berlampu di jeti,
4. Menaiktaraf jalan di tepi parit menghala ke laut,
5. Memasang lampu jalan dan lampu isyarat supaya mudah mereka kembali ke jeti ketika keluar waktu malam atau awal pagi.

 Perahu tersadai di atas lumpur menunggu air pasang
baru nelayan dapat turun ke laut.Ini merugikan masa mereka.

Cetek...sempit...semak....inilah laluan nelayan ke laut.

 
Nak ke laut? Perahu pu tak boleh lalu....

 
Perhatikan betapa ceteknya  parit semasa air surut. 
Perahu/bot nelayan  terpaksa menunggu air penuh baru boleh ke laut. 
Ini merugikan masa dan menjejaskan tangkapan mereka.

 
YB Dr Mohammad bersama AJK DUN Maharani,
En.Adam Ketua Persatuan Nelayan
dan wakil Jurutera JPS Muar 
  
 YB Dr Mohammad dan Wakil Jurutera JPS di temuramah wartawan

  
YB menyerahkan salinan surat aduan  kepada  JPS .
diperhatikan oleh (kiri) En. Mohamad Husein,Ketua Kampong Sri Jong
dan (kanan) Sdr Abd Razak. 

En Adam menerima salinan surat aduan dpd YB Dr Mohammad

Serius nampaknya YB berbincang dengan wakil JPS


 Wartawan menemuramah para nelayan

Jom ke laut !!!!

 
Wartawan turut turun ke laut untuk membuat tinjauan
  
Pengalaman yang tidak boleh dilupakan,ke laut bersama nelayan

YB dan AJKnya bergambar bersama Ketua  nelayan.
Dari kiri Sdr Lokman,Sdr Abu Bakar,En Adam,YB dan Sdr Rozi

Sedikit  sumbangan kepada En. Adam yang mewakili  nelayan


Berita di atas tersiar dalam semua akhbar perdana berbahasa Cina edisi Johor
keesokan harinya.

 



Read More