UCAPAN PERBAHASAN MENJUNJUNG KASIH TITAH DYMM SULTAN JOHOR - JUN 2012
Posted in: Dewan Negeri Johor, UCAPAN DEWAN
UCAPAN PERBAHASAN MENJUNJUNG
KASIH
TITAH DULI YANG MAHA MULIA
SULTAN JOHOR
SEMPENA PERASMIAN PEMBUKAAN
PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA
DEWAN NEGERI JOHOR KE DUA BELAS
OLEH
YB DR MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN KAWASAN MAHARANI
Assalamualaikum wbkth,
Selamat sejahtera.
YB Dato’ Speaker,
Alhamdulillah, syukur kepada Allah swt dan terima kasih
kepada YB Dato’ Speaker kerana masih diberi
peluang berucap dalam Dewan yang mulia
ini dalam rundingan menjunjung kasih diatas titah
DYMM Sultan Johor sempena perasmian
Pembukaan Penggal Persidangan Kelima Dewan Negeri Johor Ke Dua Belas.
Oleh kerana persidangan ini mungkin yang terakhir sebelum
PRU13 yang akan diadakan tidak lama lagi Maharani berharap persidangan kali ini akan berjalan
dengan harmoni, berhikmah dalam membuat teguran,cadangan yang memberi manafaat kepada rakyat , rakyat sentiasa di
hati ketika menyampaikan ucapan.
Jangan pula pilihanraya ini diadakan pada bulan haji ketika
umat Islam menunaikan fardu haji. Jadi tidak timbullah isu arahan supaya
ditangguhkan ibadat haji.
YB Dato’ Speaker,
Ucapan terima kasih dan tahniah juga Maharani rakamkan untuk
YBhg Jurutulis dan seluruh
kakitangan Pejabat Jurutulis kerana menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang.
Satu cadangan untuk YBhg Jurutulis : mohon supaya semua jawapan kepada soalan lisan oleh semua ADUN yg dijawab secara bertulis dan semua jawapan kepada soalan bertulis oleh semua ADUN di beri kepada semua ADUN seperti yang diamalkan dahulu. Akhir-akhir ini ADUN hanya menerima jawapan untuk soalan yang mereka tanya sahaja. Oleh yang demikian kami tidak dapat berkongsi maklumat yang berguna untuk kami menjalankan tanggung jawab dengan lebih baik lagi.
Satu cadangan untuk YBhg Jurutulis : mohon supaya semua jawapan kepada soalan lisan oleh semua ADUN yg dijawab secara bertulis dan semua jawapan kepada soalan bertulis oleh semua ADUN di beri kepada semua ADUN seperti yang diamalkan dahulu. Akhir-akhir ini ADUN hanya menerima jawapan untuk soalan yang mereka tanya sahaja. Oleh yang demikian kami tidak dapat berkongsi maklumat yang berguna untuk kami menjalankan tanggung jawab dengan lebih baik lagi.
YB Dato’ Speaker,
Maharani Bandar
Diraja
Rakyat Muar sangat bertuah di atas pengumuman oleh DYMM
Tuanku pada Majlis Sambutan Maulidurrasul yang lalu bahawa Muar disytiharkan sebagai Bandar
Diraja.Bandar Muar juga dikenali sebagai Bandar Maharani , dibuka oleh baginda Maharaja
Abu Bakar pada tahun 1887. Saya ingin mencadangkan supaya nama Maharani ini
dikekalkan menjadi Maharani Bandar
Diraja.
Dengan kemajuan yang dicapai Bandar Muar semakin hidup
tetapi beberapa rungutan daripada rakyat mula kedengaran.
Untuk menjadi Bandar Diraja banyak perkara perlu perhatian.
Perhentian bas dan
teksi di Jalan Maharani dan
Perhentian Bentayan perlu dinaiktaraf dengan kemudahan awam yg lebih sempurna,
jalan tidak berlopak dan tempat menunggu yang bersih dan selesa.
Jawapan YB Pengerusi JK Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemuydahan Awam:
MPM sentiasa berusaha menaik taraf kemudahan awam supaya lebih sempurna. Pihak MPM telah memperolehi peruntukan sebanyak RM120,000.00 dpd YAB Menteri Besar bagi kerja membina euang menunggu dan bumbung di tempat letak kereta di perhentian teksi Jalan Maharani.
Persekitaran
yang bersih dan lampu yang mencukupi untuk keselamatan di waktu malam terutamanya
perlu disediakan.
Jawapan YB Pengerusi JK Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemuydahan Awam:
Dari segi pencahayaan kawasan bandar, MPM dari semasa ke semasa sentiasa menambah bilangan lampu awam di dalam kawasan Maharani.Contohnya pemasangan lampu awam di lorong-lorong belakang kedai di Jalan Maharani mendapat peruntukan dpd Kementerian Dalam Negeri. Projek pencahayaan di Jalan Hashim dengan kos RM100,00.00 akan dilaksankan tahun ini.
Gerai makanan di sekitarnya perlu di baikpulih, dinaik taraf, dari gred C keg red B sekurang-kurangnya supaya lebih menarik pelanggan.
Jawapan YB Pengerusi JK Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemuydahan Awam:
Dari segi pencahayaan kawasan bandar, MPM dari semasa ke semasa sentiasa menambah bilangan lampu awam di dalam kawasan Maharani.Contohnya pemasangan lampu awam di lorong-lorong belakang kedai di Jalan Maharani mendapat peruntukan dpd Kementerian Dalam Negeri. Projek pencahayaan di Jalan Hashim dengan kos RM100,00.00 akan dilaksankan tahun ini.
Gerai makanan di sekitarnya perlu di baikpulih, dinaik taraf, dari gred C keg red B sekurang-kurangnya supaya lebih menarik pelanggan.
Masalah kesesakan
lalulintas, kekurangan tempat letak
kereta perlu diatasi segera. Budaya meletakkan kereta di tepi jalan dapat
di ubah dengan menyediakan ruang tempat letak kereta bertingkat. Tempat letak
kereta di kawasan Dewan Jubli Intan pula nampaknya ditutup sebelah malam.
Tempat ini boleh menampung keperluan parker waktu malam.
Jawapan YB Pengerusi JK Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemuydahan Awam:
Hasil pemantauan yang dibuat didapati punca kesesakan lalu lintas di jalan-jalan utama dalam kawasan Bandar Maharani adalah disebabkan sikap segelintir pemandu atau pengguna jalan raya yang meletakkan kenderaan di atas jalan bagi urusan di premis-premis perniagaan dan bank-bank.Penjaja bergerak seperti di Jalan Hj Abu menyebabkan masalah ini berlaku.Ini akan dikaji kerana ia menyumbang pada kesesakan jalan raya serta juga mengganggu ruang letak kereta.
Tempat letak kereta bertingkat di Hentian Maharani dan di Dewan Jubli Intan pula penggunaannya hanya antara 20-30% sahaja.
Kawasan letak kereta di Dewan Jubli Intan masih dibuka pada waktu malam sehingga jam 10 malam setiap hari
Keperluan membina ruang tempat letak kereta bertingkat di kawasan lain perlu kajian terperinci dari segi kos bangunan dan tanah.
Pembinaan
bumbung di Jalan Sisi juga menyebabkan kesesakan lalulintas.
Perkembangan pembinaan ini terlalu perlahan tidak mengikut jadual.Sepatutnya ia
akan siap dibina pada ………… Peniaga-peniaga di jalan ini merungut kerana perniagaan
mereka terjejas teruk. Mohon disegerakan.
Jawapan YB Pengerusi JK Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemuydahan Awam:
Teknik pembinaan tiang Up Town Maharani diubah suai dengan keadaan tapak kerana terdapat infrastruktur utiliti di bawah tanah sedia ada.Jarak antara tiang sejauh 9 meter telah diambil bagi meminimumkan bilangan tiang.Masalah tiang terletak di hadapan kedai tidak dapat dielakkan kerana saiz bukaan kedai tidak seragam dan tidak selaras antara satu sama lain.
Satu taklimat kpd YAB Menteri Besar dan Kerajaan Negeri telah diadakan pada 6 Jun. Kerajaan telah memutuskan supaya diadakan kajian semula bagi menyelaraskan semua tiang-tiang tersebut.Pihak juru perunding telah mengadakan reka bentuk baru sebagaimana kehendak Kerajaan Negeri. Ia akan dibentamng semula dalam masa terdekat.
Warga Muar menyambut baik pengumuman YDP MPM bahawa
benteng mendap berhampiran
Jeti Tg Emas akan dibaikpulih dengan kos RM2 juta. Malangnya ia baru
mengemukakan permohonan kepada Kementerian Pelancongan dan Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan ! Kalau
lulus barulah projek ini bermula seawal tahun depan. Untuk makluman Dewan yang
mulia masalah ini telah dimaklumkan sejak tahun 2010, dua tahun yang lalu. Ia
perlu disegerakan kerana ia membahayakan pengunjung dan mereka yg berekreasi di
sini. Kos juga mungkin meningkat kerana penghakisan pantai akan berterusan
menyebabkan kerja baik pulih bertambah rumit.
Jawapan YB Pengerusi JK Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemuydahan Awam:
Pihak Majlis masih menunggu kelulusan permohonan peruntukan sebanyak RM6 juta daripada KPKT atau Kementerian Pelancongam\m bagi mengatasi masalah ini.
Muar mempunyai Stadium yang indah. Malangnya lampu
limpahnya tidak berfungsi menyebabkan aktivit malam seperti bola sepak tidak
boleh diadakan. Tempat duduknya juga perlu ditambah untuk menampung penonton
yang hadir apabila kejohanan peringkat kebangsaan diadakan.
Baru-baru ini penduduk di Pt Sakai/Pt Perupuk Laut telah
menerima Borang Notis 5A. Masalahnya premium yang dikenakan terlalu tinggi, di luar
kemampuan penduduk.Seorang penduduk yang diberi tapak seluas 60x100 kaki
terpaksa membayar premium sebanyak RM14000.00 dalam masa 3 bulan. Contohilah Kerajaan Pakatan Rakyat
yang hanya mengenakan premium RM1000.00 sahaja melainkan apabila tanah ini
dijual barulah mereka dikehendaki membuat bayaran penuh.
Abdul Ghani berkata, tanah berkenaan juga telah dinilai sebagai tanah rizab Melayu berikutan ia termasuk dalam rizab Melayu Parit Hj. Baki, di mana pengiraan premium bagi pajakan 60 tahun adalah 15 peratus daripada harga pasaran manakala untuk pajakan 99 tahun sebanyak 30 peratus daripada harga pasaran.
Katanya, seperti yang terkandung dalam Notis 5A, iaitu berdasarkan Seksyen 81 Kanun Tanah Negara 1965, ia termasuk cukai tahun pertama, bayaran ukur dan penandaan batu-batu sempadan, selain pendaftaran hak milik serta tidak terkecuali premium tambahan bagi tanah yang diusahakan tanpa kebenaran.
Kerajaan Negeri akan pertimbang permohonan pengurangan kadar bayaran premium.
Ucapan penggulungan
oleh YAB Menteri Besar:
Dr. Mohamad Taslim (PAS-Maharani)
mendakwa bayaran premium yang dikenakan oleh Kerajaan Negeri sangat tinggi,
iaitu sebanyak RM14,000 untuk tapak seluas 60x100 kaki persegi dan sehubungan
itu penduduk di kedua-dua kampung berkenaan memohon agar kadar bayaran
dikurangkan kepada RM1,000 sahaja.
Abdul Ghani berkata, tanah berkenaan juga telah dinilai sebagai tanah rizab Melayu berikutan ia termasuk dalam rizab Melayu Parit Hj. Baki, di mana pengiraan premium bagi pajakan 60 tahun adalah 15 peratus daripada harga pasaran manakala untuk pajakan 99 tahun sebanyak 30 peratus daripada harga pasaran.
Katanya, seperti yang terkandung dalam Notis 5A, iaitu berdasarkan Seksyen 81 Kanun Tanah Negara 1965, ia termasuk cukai tahun pertama, bayaran ukur dan penandaan batu-batu sempadan, selain pendaftaran hak milik serta tidak terkecuali premium tambahan bagi tanah yang diusahakan tanpa kebenaran.
YB Dato’ Speaker,
Menurut Pengarah JKM
Johor pihak JKM menyalurkan lebih
RM4.3 juta setip bulan kepada golongan
kurang bernasib baik di seluruh
negeri ini. Ini menunjukkan
dengan kemajuan yang dicapai masih ramai lagi rakyat yang belum dapat keluar
dari kepompong kemiskinan.Sepatutnya
negeri Johor yang makmur ini telah sifar miskin tegar dan menurun bilangan
orang miskin.
Di antara aduan penerima bantuan ini ialah mereka menerima
bantuan lewat, tidak tetap di awal bulan.Kadang kala bantuan diberi dua bulan
sekali menyebabkan mereka menanggung kesusahan.Jika mereka yang bekerja pun
tertunggu-tunggu hari gaji, bagaimana
pula orang miskin yang tiada pendapatan lain ?
Berlakunya kes-kes dibayar dua bulan sekali mungkin kerana kesnya dikaji semula, seperti bantuan kanak-kanak yang sudah bekerja, status ekonominya lebih baik penerima meninggal dunia atau penerima tiada di rumah ketika pegawai kebajikan menghantar bantuan ke rumah.
Ucapan Bajet 2012 ada menyatakan Bantuan Am Keluarga akan dinaikkan daripada RM115 kepada RM150. Adakah ini telah dilaksanakan untuk penerima secara automatik ?
Jawapan Pengerusi JK Kebajikan Masyarakat:
Bayaran bantuan dibayar sebelum 1 haribulan setiap bulan bagi semua jenis skim bantuan. Mekanisma bayaran melalui bank sehingga Mei 2010 melibatkan 40,820 (90.83%) orang penerima bantuan.Bayaran tunai hanya seramai 4,121 (9.17%) orang.Berlakunya kes-kes dibayar dua bulan sekali mungkin kerana kesnya dikaji semula, seperti bantuan kanak-kanak yang sudah bekerja, status ekonominya lebih baik penerima meninggal dunia atau penerima tiada di rumah ketika pegawai kebajikan menghantar bantuan ke rumah.
Ucapan Bajet 2012 ada menyatakan Bantuan Am Keluarga akan dinaikkan daripada RM115 kepada RM150. Adakah ini telah dilaksanakan untuk penerima secara automatik ?
Jawapan Pengerusi JK Kebajikan Masyarakat:
Pelaksanaan Bantuan Am Negeri yang telah dinaikkan kadarnya akan bermula dari bulan Julai 2012.Bayaran tunggakan Januri sampai Jun 2012 akan dibuat pada Ogos 2012.
OKU adalah
golongan yang memerlukan perhatian dan
bantuan.Kemudahan asas seperti laluan untuk mereka, tempat parking telah mula
disediakan. Untuk mereka yang berniaga Maharani mencadangkan supaya mereka ini diberi keutamaan dalam permohonan tapak atau gerai perniagaan. Seorang OKU mengadu bahawa beliau
memohon gerai di bangunan baru MPM di Bukit Pasir Muar, malangnya beliau tidak pun dipanggil untuk temuduga.
Jawapan YB Pengerusi JK Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemuydahan Awam:
MPM sentiasa sentiasa membuat pemantauan ke atas pencerobohan tempat letak kereta untuk OKU.Tindakan kompaun sewbanyak RM100.00 akan dikenakan kepada mana-mana penyalahgunaan ke atas kemudahan untuk OKU.
OKU sentiasa diberikankeutamaan oleh Majlis untuk menyewa gerain atau tapak perniagaan milik Majlis.Bagi kes dibangkitkan,permohonan tersebut akan dipertimbangkan jika ada kekosongan.
YB Dato’ Speaker,
Akhir-akhir ini nampaknya penurapan semula jalan awam
berjalan dengan rancak. Jalan kampong juga diturap semula. Di antara masalah
yang berlaku ialah apabila jalan ini
diturap semula, bahu jalan menjadi semakin rendah. Ini membahayakan orang
ramai kerana ia boleh menyebabkan kemalangan maut. Maharani mencadangkan supaya
bahu jalan juga dinaik taraf bersama
dengan kerja-kerja penurapan
jalan. Begitu juga apabila pelebaran
jalan dilakukan sepatutnya tiang elektrik dan juga tiang telefon atau apa juga
yang mengganggu lalulintas dipindahkan sekali.
Jawapan YB Pengerusi JK Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemuydahan Awam:
Projek penurapan jalan dilaksanakan oleh MPM telah mengambil kira kerja-kerja pembaikan bahu jalan seperti yang dinyatakan dengan jelas dalam speks kerja yg disediakan.
Dalam DUN Maharani ini meliputi Jalan Sri Tanjung, Jalan
Dato Hj Kosai, Jalan Temenggong Ahmad, Jalan Abdul Rahman dan Jalan Joned yang
selari kedudukannya. Simpang-simpang di jalan ini dahulunya mempunyai tanda
berhenti tetapi sekaragn sudah hilang, rosak atau sebab vandalisma. Maharani
mohon supaya dipasang semula tanda-tanda berhenti untuk mengelakkan kemalangan
maut. Jika perlu kotak kuning dipasang di simpang-simpang yang tertentu.
Jawapan YB Pengerusi JK Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemuydahan Awam: Projek menurap semula jalan yang dikendalikan oleh JKR, termasuk kerja-kerja pembaikan bahu jalan yang rendah, mengecat semula garisan jalan, mengecat petak kunung di simpang dan garisan speed breaker, sebelum simpang dan selepas selekoh merbahaya bagi mengurangkan kemalangan, pihak JKR juga akann membaik pulih dan memasang semula papan tanda yang rosak atau hilang di simpang-simpang jalan.
Namun demikian ada juga penduduk yang mengadu mengapa jalan
di tempat mereka belum diturap seperti di Lorong Haji Mahadi di Jalan Junid
Muar. Ketika saya balik kampong baru-baru ini penduduk Kampung Sungai Pulai
Muar mengadu bahawa jalan kampong mereka belum diturap semula sedangkan di
Kampong ini terdapat sebuah Sekolah Kebangsaan, sebuah masjid dan sebuah
Madrasah.
Jawapan YB Pengerusi JK Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemuydahan Awam:
Peruntukan semasa tidak mengizinkan MPM melaksanakan kerja-kerja penurapan jalan di semua kawasan MPM. Untuk makluman, peruntukan pembangunan tahunan MPM hanyalah sebanyak RM2.4 juta sahaja. Peruntukan MARRIS untuk tahun ini sebanyak RM7.2 juta
Begitu juga dengan permohonan
menurap jalan masuk ke rumah terutama di dalam kawasan Bandar. Seorang
pemohon di Pos 122, Batu 2 ¼ Jalan
Temenggong Ahmad Muar, mewakili 5
keluarga, telah memohon satu setengah tahun yang lalu tetapi masih belum
berjaya sedangkan sebahagian jalan lama
telah diturap semula. Saya yakin ini
bukanlah kejadian terpencil.
YB Dato’ Speaker,
Maharani ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada Jabatan Perparitan dan Saliran Muar
yang prihatin dengan masalah perparitan dalam DUN Maharani yang diadukan ketika hujan baru-b aru ini. Pembersihan
rumput yang subur tumbuh dalam parit
hendaklah sentiasa dibersihkan secara
berkala untuk mengelakkan banjir. Penduduk mengalami kerugian hasil tanaman dan
pokok buah-buahan apabila banjir berlaku. Sekarang pun sebahagian parit seperti
di Parit Sakai sudah mula dilitupi rumput yang lebih tinggi daripada jalan.
Sebahagian jalan kampong di DUN Maharani juga kerap mendap terutama di kawasan Jalan
Junid.Kami mengharapkan tindakan segera apabila ia berlaku.
YB Dato’ Speaker,
Maharani ingin mengucapkan tahniah di atas kejayaan kerajaan
membina 6,867 unit rumah di bawah Projek
Perumahan Rakyat dan 8,487 unit Rumah
Murah Kerajaan. Jumlah ini masih kecil. Ia
hendaklah meliputi seluruh daerah dalam negeri Johor dan tidak tertumpu di beberapa buah daerah
sahaja.
Dalam Ucapan Bajet 2010 Negeri Johor pada 8 Disember 2011
ada disebut tentang Dasar Perumahan Rakyat Johor di Iskandar Malaysia yang
diluluskan pada November 2011. Ia dijangka akan diperluaskan ke seluruh Negeri
Johor pada tahun 2012. Sekarang sudah enam bulan tahun 2012 berlalu. Sudah
diperluaskankah dasar ini dan pembinaan
dimulakan? Penjenamaan semula terhadap
Rumah Kos Rendah/Kos Sederhana Rendah diharap bukan pada kulit sahaja
tetapi dengan perlaksanaan memenuhi keperluan rakyat.
Rakyat yang menghadapi kos sara hidup yang semangkin meningkat juga mengeluh dengan peningkatan harga rumah yang di luar kemampuan mereka.
Rakyat yang menghadapi kos sara hidup yang semangkin meningkat juga mengeluh dengan peningkatan harga rumah yang di luar kemampuan mereka.
Jawapan YB Pengerusi JK Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemuydahan Awam:
Tidak dinafikan sejumlah 6,712 (97.7%) daripada 6,824 unit rumah Projek Perumahan Rumah Rakyat dibina di daerah Johor Bahru.Keutamaan ini untuk menangani masalah setinggan di Johor Bahru. Sejumlah 85% setinggan di Negeri Johor terletak dalam daerah Johor Bahru.
Akhir – akhir ini banyak projek perumahan berskala kecil
dibina hingga ke kawasan kampong.Projek perumahan ini tidak diperlukan
menyediakan kemudahan awam. Walau bagaimanapun sebagai tanggung jawab sosial
pemaju haruslah menyediakan kawasan awam untuk kegunaan masyarakat setempat. Di
kawasan Bandar seperti di kawasan sekitar Jalan Junid Muar yang dijadikan
kawasan perumahan baru, ia tidak
mempunyai kawasan rezab untuk kegunaan awam seperti padang permainan, dewan atau tempat ibadah. Ini
adalah projek dibuat dengan skala kecil yang mungkin tidak memerlukan
disediakan tempat-tempat tersebut. Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah memikirkan
bagaimana perkara ini boleh diatasi mengikut undang-undang.
Pihak Kerajaan Negeri menyedari kelemahan terhadap dasar perumahan yang sedia ada yang mengecualikan pembinaan kos rendah bagi keluasan projek kurang 3 ekar.Perkara ini telah diteliti oleh Jawatankuasa Kerja yang dilantik dalam menggubal polisi perumahan yang baru untuk seluruh Negeri Johor.
PBT di Negeri Johor melalui kelulusan kebenaran merancang telah mewajibkan pematuhan 10% kawasan lapang dan kemudahan rekreasi bagi setiap kawasan pembangunan oleh pemaju sebagaimana keperluan Akta Perancagan Bandar dan Desa ataupun Akta A933.
Jawapan YB Pengerusi JK Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya dan Kemuydahan Awam:
Banyak projek perumahan di daerah Muar dibangunkan di atas tanah dengan keluasan kurang dari 3 ekar di mkana pemaju dikecualikan daripada membina rumah kos rendah.Kebanyakan pembangunan ini dibangunkan secara usahasama di antara pemilik tanah dan pemajuPihak Kerajaan Negeri menyedari kelemahan terhadap dasar perumahan yang sedia ada yang mengecualikan pembinaan kos rendah bagi keluasan projek kurang 3 ekar.Perkara ini telah diteliti oleh Jawatankuasa Kerja yang dilantik dalam menggubal polisi perumahan yang baru untuk seluruh Negeri Johor.
PBT di Negeri Johor melalui kelulusan kebenaran merancang telah mewajibkan pematuhan 10% kawasan lapang dan kemudahan rekreasi bagi setiap kawasan pembangunan oleh pemaju sebagaimana keperluan Akta Perancagan Bandar dan Desa ataupun Akta A933.
YB Dato’ Speaker,
Pendidikan adalah modal insam yang sangat penting. Dalam
keadaan ekonomi yang agak baik rakyat masih merasa kesempitan hidup. Jika
dahulu ibubapa merayakan kejayaan anak mereka menjejak kaki ke maenara gading
dengan kenduri besar, sekarang mereka mengeluh bagaimana hendak menampung kos
kemasukan yang mencecah 4 angka. Maharani berharap supaya bantuan persediaan ke
IPT oleh Baitul Mal, YPJ dan baru-baru ini tawaran oleh Perbadanan Islam Johor
dapat dipermudahkan dan di beri sebelum mereka mendaftar diri ke IPT. Pelajar
dikehendaki membayar yuran sebelum mendaftar dan inilah masalah yang dihadapi
oleh ibubapa.
Untuk makluman dewan, Kerajaan Negeri Selangor memberi
RM1000.00 hadiah anak masuk universiti.
Satu cadangan baru akan dibawa pada Majlis Mesyuarat Majlis untuk memperuntukkan RM50,000.0 hingga RM100,000.00 kepada setiap daerah.Pelajar yang layak boleh memohon terus dan diluluskan di Pejabat Majlis Agama Islam di daerah-daerah.
Perbadanan Islam Johor juga menyediakan bantuan yang sama untuk pelajar tahun pertama pengajian di 20 buah IPTA di negara ini.Bantuan diberi sebanyak RM1000.00 di IPTA Sabah dan Sarawak dan RM700.00 untuk Semenanjung.
Dari tahun 2010 hingga 2012 Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Perbadanan Islam Johor telah menyediakan peruntukan bantaua pendaftaran IPT kepada seramai 6,467 orang pelajar dengan peruntukan sebanyak RM4 juta.
Jawapan YB Pengerusi JK Pelajaran dan Pengajian Tinggi:
....Maharani mencadangkan betapa pentingnya mereka yg layak diberi bantuan sebelum mendaftar ke IPT memang satu cadangan yang baik.Proses permohonan bantuan YPJ biasanya dalam masa seminggu.atau dua minggu.Bagi mereka yang sudah mendaftar di IPTA masih boleh memohon dalam tempoh sebulan. Pada tahun 2011YPJ membiayai 652 pelajar dengan belanja sebanyak RM562,000.00.
Jawapan Pengerusi JK Agama:
Skim bantuan pendaftaran di IPTA dalam negara disediakan oleh MAIJ. Ia terbuka sepanjang tahun. MAIJ berusaha untuk menyalurkan bantua ini sebelum pelajar mendaftar masuk ke IPTA.Pada tahun 2011 seramai 2,896 pelajar menerima bantuan dengan perbelanjaan sebanyak RM1,869,766.00.Wang ini adalah daripada kutipan zakat.Jumlah bantua adalah di antara RM400.00 - RM1,000.00 bergantung kepada kursus ijazah, diploma atau sijil.Satu cadangan baru akan dibawa pada Majlis Mesyuarat Majlis untuk memperuntukkan RM50,000.0 hingga RM100,000.00 kepada setiap daerah.Pelajar yang layak boleh memohon terus dan diluluskan di Pejabat Majlis Agama Islam di daerah-daerah.
Perbadanan Islam Johor juga menyediakan bantuan yang sama untuk pelajar tahun pertama pengajian di 20 buah IPTA di negara ini.Bantuan diberi sebanyak RM1000.00 di IPTA Sabah dan Sarawak dan RM700.00 untuk Semenanjung.
Dari tahun 2010 hingga 2012 Majlis Agama Islam Negeri Johor dan Perbadanan Islam Johor telah menyediakan peruntukan bantaua pendaftaran IPT kepada seramai 6,467 orang pelajar dengan peruntukan sebanyak RM4 juta.
Begitu juga dengan bantuan untuk anak-anak Johor yang
menuntut di luar Negara.Apakah jenis bantuan yang masih diberi bagi mereka yang
menuntut dalam bidang agama atau profesion lain seperti kedoktoran,pergigian
atau farmasi ?
Layari: YPJ peruntuk RM963,000 biaya penuntut Johor dalam bidang perubatan.
http://news.mylaunchpad.com.my/Local/BM/Article?Key=48081a5e-e491-471d-bc0f-34335599b731#.T-rF4gz2i-c.facebook
Menjawab soalan Dr Mohamad Taslim (PAS-Maharani) yang mendakwa YPJ tidak
lagi menaja pelajar anak Johor untuk menyambung pelajaran ke Institusi
Pengajian Tinggi (IPT), Maulizan berkata perkara itu tidak benar.
Beliau berkata dari masa ke semasa YPJ sentiasa membantu pelajar Johor yang
ingin melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi tetapi dengan
peruntukan yang terhad.Layari: YPJ peruntuk RM963,000 biaya penuntut Johor dalam bidang perubatan.
http://news.mylaunchpad.com.my/Local/BM/Article?Key=48081a5e-e491-471d-bc0f-34335599b731#.T-rF4gz2i-c.facebook
YB Dato’ Speaker,
Bantuan Rakyat 1
Malaysia
Fasa pertama BR1M telah berlalu, wang RM500 pun sudah habis.
Sekarang akan menyusul pula BR1M Dua. Beberapa rungutan ditimbulkan oleh mereka
yang tidak berjaya, di antaranya dikatakan salah mengisi borang, borang tidak
lengkap, belum berkahwin walau miskin dll. Masalah ini diharap tidak berulang.
Yang memusykilkan ada orang yang telah mati
mendapat surat tawaran BR1M ! Sila selidik.
Sepatutnya rakyat yang miskin / miskin tegar lebih
diutamakan dengan menaikkan elaun bulanan mereka sekurang-kurangnya melebihi
paras pendapatan miskin tegar.
YB Dato’ Speaker,
Masalah sosial
Zaman berubah,cabaran meningkat, godaan bertambah. Maharani
sangat bimbang dengan masalah ponteng sekolah yang akhirnya menjerumuskan
pelajar melakukan jenayah seperti
mencuri, peach rumah dll. Masalah kecurian juga sudah berubah trend dengan
dilakukan di waktu siang hari ketika ketua keluarga keluar bekerja. Skim
Rondaan Sukarela yang dilakukan di waktu malam di kawasan rukun tetangga
nampaknya memberi kesan baik. Untuk
menangani masalah kecurian di siang hari mungkin SRS ini dilakukan pada siang
hari.
YB Dato’ Speaker,
Dalam arus pembangunan yang pesat, atas nama kemajuan ada pihak
yang terkorban. Berapa buah kawasan kampong tradisi, tanah rezab Melayu yang
dibangunkan dan penghuni dikeluarkan dalam negeri Johor ini ? Adakah tanah
rezab Melayu ini diganti dengan keluasan yang sama dan nilai yang setimpal ?
Jawapan YAB Menteri Besar Johor pada sessi perbahasan penggulungan sidang DUN:
Kerajaan negeri sentiasa mengambil berat dan memelihara status tanah simpanan Melayu
Bagi memastikan simpanan itu tidak berkurangan, kerajaan negeri menggantikan setiap tanah yang diambil dengan kawasan baru , bersesuaian dengan harga pasaran dan keluasannya.Ia selaras dengan Perkara 89, Perlembagaan Persekutuan dan Enakmen Tanah Rezab Melayu1936.Pembangunan yang dijalankan di tanah simpanan tidak mengubah statusnya. Namun jika pembangunan itu memerlukan tanah berkenaan dibatalkan statusnya, proses penggantian perlu dibuat tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa negeri..
Layari: Status Tanah Simpanan Melayu sentiasa dipelihara - MB
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=195479917247397&set=a.106511249477598.4961.100003561700279&type=1&theater
Berita Harian 26 Jun 2012
Layari: Status Tanah Simpanan Melayu sentiasa dipelihara - MB
http://www.facebook.com/photo.php?fbid=195479917247397&set=a.106511249477598.4961.100003561700279&type=1&theater
YB Dato’ Speaker,
Kami sebagai wakil daripada Pakatan Rakyat yang terdiri
daripada PAS, DAP dan PKR ingin merakamkan dalam dewan yang mulia ini bahawa
Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat
bermuafakat membentuk Dasar Bersama
dengan setulusnya meletakkan
Perlembagaan sebagai kompas perjuangan. Komitmen Pakatan Rakyat adalah untuk :
1.
Mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, Islam
sebagai agama bagi Persekutuan dan
agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana di Negara
ini serta melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana
antara Negeri Sabah dan Negeri Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain
sejajar dengan Perkara 153.
2.
Mempertahankan peranan dan tanggungjawab
institusi Raja Berperlembagaan.
3
Memartabatkan penggunaan Bahasa Melayu selari
dengan Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan dan memperluaskan Bahasa Melayu
sebagai lingua franca serantau , melindungi dan memperkukuhkan penggunaan
bahasa ibunda semua kaum , serta meningkatkan penguasaan Bahasa Inggeris demi
memperbaiki daya saing Malaysia di peringkat global.
Inilah nadi perjuangan rakyat Malaysia yang pelbagai kaum
dan pegangan untuk membina sebuah Negara dan masyarakat yang menzahirkan
semangat demokrasi dan keadilan dalam semua aspek.
Harakah 29 Jun - 1 Julai 2012
YB Dato’ Speaker,
Akhir sekali ampun maaf saya pinta.
Jumpa lagi di gelanggang PRU13.
Belum tentu sebelah mana kita duduk dalam dewan ini nanti atau mungkin ada yang duduk di kerusi atas sana.
Jumpa lagi di gelanggang PRU13.
Belum tentu sebelah mana kita duduk dalam dewan ini nanti atau mungkin ada yang duduk di kerusi atas sana.
Wabillahitaufiq walhidayah, wassalamualaum warahmatullahi
wabarakatuh.
SOALAN-SOALAN LISAN ADUN MAHARANI BAGI MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA 2012
Posted in:
DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-12
MULAI DARI 14 JUN 2012 HINGGA 25 JUN 2012
OLEH YB DR MOHAMMAD TASLIM
ADUN MAHARANI
Bil
|
SOALAN-SOALAN
LISAN
|
JABATAN
|
PORTFOLIO
|
1.
|
Nyatakan secara
terperinci jumlah peruntukan dan
jenis-jenis pembangunan dalam Parlimen Muar dari tahun 2008 hingga sekarang ?
SOALAN INI DITOLAK MENGIKUT PERATURAN-PERATURAN DAN PERINTAH-PERINTAH TETAP DEWAN NEGERI JOHOR, PERKARA 25 (3) "...Menteri Besar boleh enggan menjawab soalan dengan alasan bagi faedah am ..." |
Y.A.B
Menteri Besar
|
Pejabat Menteri Besar
|
2.
|
Minta nyatakan
statistik pekerja asing mengikut warga negara dan sektor dari tahun 2008
hingga sekarang ?
|
Jabatan Sumber Manusia
|
Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Sumber Manusia,Sains , Teknologi
dan Inovasi Negeri Johor
|
3.
|
Nyatakan statistik jumlah dan Negara asal warga Negara luar yang diterima menjadi
warganegara Malaysia sejak 2008 hingga
sekarang di negeri Johor .
|
Y.A.B
Menteri Besar
|
Pejabat Menteri Besar
|
4
|
Nyatakan jumlah
bilangan “saudara baru” yang memeluk agama Islam dan murtad dari tahun 2008
hingga 2012 di negeri Johor.
|
Jabatan Agama Islam
|
Pengerusi JK Agama Negeri Johor
|
5
|
Nyatakan statistik mengikut kaum dan DUN penerima
Bantuan Rakyat 1 Malaysia
|
Y.A.B
Menteri Besar
|
Pejabat Menteri Besar
|
6.
|
SWM
Environment Sdn Bhd mengumumkan 700,000 tong sampah beroda muatan 120 liter
akan diagihkan ke seluruh Johor.Bilakah ia akan dilaksanakan?
|
PBT
|
Pengerusi JK Perumahan, Kerajaan Tempatan, Kerja Raya
Dan Kemudahan Awam Negeri Johor
|
SOALAN-SOALAN BERTULIS ADUN MAHARANI BAGI MESYUARAT PERTAMA PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA 2012
Posted in:
SOALAN-SOALAN BERTULIS BAGI MESYUARAT PERTAMA (PEMBUKAAN RASMI) PENGGAL PERSIDANGAN KELIMA
DEWAN NEGERI JOHOR YANG KE-12
MULAI DARI 14 JUN 2012 HINGGA 25 JUN 2012
OLEH YB DR MOHAMMAD TASLIM
ADUN MAHARANI
Bil
|
SOALAN-SOALAN
BERTULIS
|
JABATAN
|
PORTFOLIO
|
1
1.1.
|
Apakah tindakan Jabatan Agama Islam dalam membasmi masalah
sosial seperti penagihan dadah, Mat Rempit dan lumba haram, gangsterisme dan
kongsi gelap, pencabulan kehormatan dan gangguan seksual di tempat kerja ,
pondan dan penggunaan bahasa lucah dan
tidak sopan dalam media ?
|
Jabatan Agama Islam
|
Pengerusi JK Agama Negeri Johor
|
2
2.2.
|
Adakah kerajaan negeri Johor bertindak untuk
mengawalan harga
rumah yang semakin melambung terlalu tinggi dan menyukarkan rakyat untuk
memiliki rumah sendiri?
|
Perumahan
|
Pengerusi JK Perumahan, Kerajaan Tempatan,
Kerja Raya Dan Kemudahan Awam Negeri Johor
|
33.
|
Adakah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan
Kepenggunaan, melesenkan kedai-kedai runcit atau serbaneka untuk menjual minuman keras di premisnya dan tindakan ke
atasnya kerana ia disalahgunakan oleh
belia hingga menyebabkan masalah sosial ?
|
Pihak Bekuasa Tempatan
( PBT)
|
Pengerusi JK Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal
Pengguna
|
44..
|
Apakah tindakan Kementerian Kesihatan untuk menyelesaikan masalah parkir di Hospital Pakar Sultanah Fatimah yang
menyulitkan pesakit dan pelawat ?
|
Jabatan Kesihatan
|
Pengerusi
JK Kesihatan Negeri Johor
|
5.5.
|
Nyatakan jumlah
Perpustakaan Desa mengikut DUN dan apakah
kriteria dalam memutuskan
pembinaannya?
|
Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar Dan
Wilayah,
|
Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah, Kesenian,Kebudayaan Dan
Warisan Negeri Johor.
|
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )