SUMBANGAN DEEPAVALI ADUN MAHARANI BERSAMA LAJNAH PERPADUAN NASIONAL DMPNJ


Hari ini ,Sabtu 22 Oktober 2011, mulai jam 10.00 pagi, seramai 19 keluarga kaum India dalam DUN Maharani telah diraikan sempena sambutan Deepavali 2011. Program anjuran bersama ADUN Maharani ,  Lajnah Perpaduan Nasional Dewan Muslimat PAS Negeri Johor dan Halwa DUN Maharani bermula   dengan mengunjungi rumah-rumah penerima sumbangan di Taman Bunga Mawar Muar, Taman Tun Sulaiman Ninam Shah, Taman Khalidi Baru, Taman Cempaka Jalan Junud dan Parit Prupuk Laut Mereka menyerahkan sumbangan berupa beras, barang keperluan dapur dan wang tunai.


http://a8.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/307266_2040223536573_1573856018_31710760_1790349275_n.jpg
 Selamat Menyambut Deepavali daripada Wakil Rakyat Pakatan Rakyat:
YB Er Teck Hwa (AP Bakri), YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh (ADUN Sg Abong),
YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani), dan YB Gwee Tong Hiang (ADUN Bentayan).

Menurut YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, ini merupakan program tahunan PAS Muar bersam a ADUN. Beliau mengucapkan terimakasih kepada Ketua Lajnah Perpaduan Dewan Muslimat dan Halwa Maharaniyang dapat bersama kali ini. Turut membantu ialah penyokong kuat Pakatan Rakyat, Sdr Maniam dan Sdr Mani yang turun bersama kami. Kegembiraan penerima sumbangan dapat digambarkan  melalui  riak muka penerima sumbangan tersebut.

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/310161_2031769765234_1573856018_31703981_1621500182_n.jpg
YB Dr Mohammad bersama sebahagian pengiring-pengiring, Ketua Lanjnah Perpaduan Nasional
Dewan Muslimat PAS Johor, Ketua Halwa Maharani dan ahli-ahli jawatankuasa dan
Sdr Maniam .berkumpul di Taman Bunga Mawar Muar



http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/299709_2031877167919_1573856018_31704052_1361594152_n.jpg
Kunjungan ke rumah Puan Anathi di rumah sewanya di Taman Tun Sulaiman Ninam Shah membawa keceriaan kepada keluarga ini. Suami beliau keluar bekerja sebagai pemandu lori pagi ini.Beliau mengucapkan terima kasih di atas keperhatinan PAS membantu mereka yang memerlukan.Beliau mempunyai 4 orang anak yang masih bersekolah. Seorang anak perempuannya apabila ditanya oleh YB melahirkan hasratnya untuk menjadi seorang doktor ! Kami doakan kejayaan anak-anak keluarga ini.Kecerian terbayang di wajah anak-anak ini. (Gambar di atas).

http://a1.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/302369_2031936489402_1573856018_31704072_609173082_n.jpg
 Kunjungan seterusnya ke rumah Puan Mathava Kutty  di rumah sewanya di Jalan Junid Dalam 
(gambar di atas). Beliau tinggal bersama  bersama suaminya  sorang pesara dan seorang anak yang masih bersekolah.
Beliau menghidap penyakit kencing manis.YB Dr Mohammad sempat memberi nasihat kesihatan kepada beliau.Kunjungan seorang doktor ke rumahnya pagi ini sangat menggembirakan beliau.

.
http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash4/s720x720/304186_2031851687282_1573856018_31704042_1739102270_n.jpg
Encik Arya Thurai yang tinggal di Taman Tun Sulaiman Nianam Shah (gambar di atas) cukup gembira dengan kehadiran kami. Beliau terkilan kerana kami tidak datang ke rumahnya semasa sambutan Deepavali tahun lepas. Walau bagaimanapun kami akan meluangkan masa datang ke rumahnya pada hari Deepavali nanti.Isterinya sedang memasak di dapur ketika kami datang.Beliau mempelawa kami singgah minum tetapi masa tidak mengizinkan. Selamat Deepaavali Uncle. Arya.

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/306353_2031853007315_1573856018_31704043_616105046_n.jpg
 Encik Tamil Selvam turut menerima sumbangan daripada kami.

http://a3.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc7/s720x720/302983_2031914608855_1573856018_31704065_1452999163_n.jpg
 Puan Manikam yang tinggal di Taman Seri Cempaka Jalan Junid ialah seorang ibu tunggal yang tinggal bersama anak, menantu dan cucu. Kehadiran kami meringasnkan sedikit beban beliau sekeluarga menyambut Deepavali tidak lama lagi. Iniah sumbangan yang dapat diberi oleh PAS yang sentiasa perihatain dengan masalah rakyat. InsyaAllah apabila diberi amanah memerintah kami akan bina Negara Berkebajikan seperti yang kami janjikan.

Menurut YB Dr Mohammad, gambar-gambar di atas adalah sebahagian daripada penerima sumbangan yang kami rakamkan. Keseluruhannya kami telah dapat membina ikatan kemesraan bersama rakyat berbilang bangsa sambil menyampaikan sumbangan. Slogan PAS FOR ALL kami amalkan dan penerimaan oleh masyarakat dapat kami rasai. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua penyumbang yang menjayakan program ini dan bersama-sama turun padang bersama masyarakat. Sebahagian daripada muslimat datang dari  Johor Bahru untuk bersama kami menyantuni masyarakat India dalam DUN Maharani.
Semoga masyarakat majmuk di Malaysia ini dapat menerima kehadiran PAS untuk menawarkan pilihan yang lebih baik menguruskan negara ini bersama Pakatan Rakyat.

Menurut  muslimat yang mengikuti program ini mereka merasa cukup tersentuh dengan sambutan yang diberi, rasa kemesraan apabila tangan dihulur malah ada yang mencium tangan mereka.Satu kejutan bagi muslimat ini.
Begitu juga rasa kegembiraan yang ditunjukukkan oleh penerima sumbangan sehingga ada yang mengalirkan air mata.

Program seperti ini akan kami teruskan untuk kesejahteraan rakyat walaupun sebagai wakil rakyat kami tidak diberi peruntukan oleh kerajaan yang memerintah. Rakyat sudah mula faham bahawa kerajaan yang memerintahlah sebenarnya yang bertanggungjawab menjaga kebajikan rakyat dan melakukan pembangunan kerana mereka yang diberi amanah menguruskan hasil negeri dan wang rakyat.Sumbangan ikhlas kami walau kecil dapat memberi kelegaan kepada rakyat. Ia menjadi contoh kepada kerajaan supaya sentiasa turun padang menyelesaikan masalah rakyat dan tidak ada rakyat yang layak dibantu tercicir daripada senarai penerima bantuan kerajaan.

0