HUTAN SIMPANAN KEKAL TANJUNG KETAPANG MUAR 2



Hutan paya bakau kena ceroboh



MUAR – “Sangat kesal dan terkejut,” hanya itu yang mampu diluahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Dr Mohammad Taslim dan ADUN Bentayan, Gwee Tong Hiang apabila mendapati kawasan hutan paya bakau telah diceroboh.

Mohammad berkata, kawasan tersebut yang terletak di Tanjung Ketapang itu sudah diwartakan sebagai Hutan Simpanan Kekal oleh Pengarah Perhutanan Johor.


Menurutnya, berikutan pewartaan itu, pihak jabatan perhutanan turut meletakkan papan tanda yang melarang daripada memasuki kawasan berkenaan.


“Jadi bagaimana kawasan ini diceroboh sedangkan papan tanda sudah dipasang dan mereka perlu akur dengan arahan berkenaan.


“Saya mengetahui keadaan ini setelah mengadakan lawatan ke kawasan tersebut mendapati banyak pokok telah ditebang,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau berkata, akibat pencerobohan itu sebahagian besar kawasan pantai berkenaan menjadi kawasan lapang.
“Saya bimbang jika dibiarkan, pencerobohan ini akan berleluasa sehingga menyebabkan spesies hutan bakau musnah.
“Dahulunya, hutan ini penuh dengan pokok bakau yang menghijau, tetapi kini botak akibat kerakusan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.
Menurutnya, pencerobohan ini juga boleh menyebabkan berlakunya hakisan tanah di sini yang mana ia berfungsi sebagai penghalang daripada berlakunya kejadian berkenaan.
“Akibat perbuatan yang tidak bertanggungjawab ini juga memusnahkan habitat monyet yang mendiami
kawasan ini.

“Kini bilangan haiwan ini semakin berkurangan dan pastinya mengurangkan tarikan di Tanjung Ketapang,” katanya.
Mohammad berkata, selain itu, monyet berkenaan menjadi tarikan utama kepengunjung untuk ke Tanjung Ketapang pada hujung minggu.
“Dengan senario ini, maka tidak hairanlah bilangan pengunjung ke Tanjung Ketapang akan berkurangan pada masa hadapan.
“Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana ia membabitkan khazanah alam semula jadi yang bukan saja berfungsi mengekalkan keseimbangan ekosistem tetapi juga berperanan untuk mengelakkan pantai daripada terhakis,” katanya.
Justeru, pihak yang berkuasa haruslah memantau serta menguatkuasakan kawalan ke atas hutan simpan bagi menggelakkan kerosakan dan kemusnahan Hutan Simpanan Kekal daripada terus berlaku.
Utama
Hutan paya bakau kena ceroboh
MUAR – “Sangat kesal dan terkejut,” hanya itu yang mampu diluahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Dr Mohammad Taslim dan ADUN Bentayan, Gwee Tong Hiang apabila mendapati kawasan hutan paya bakau telah diceroboh. » selanjutnya...
sumber: http://www.sinarharian.com.my/sh/johor/content/story8932918.asp
             3 April 2011 
__________________________________________________________________________________

 Anda ingin maklumat lanjut ?

MAJLIS PERBANDARAN MUAR - LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2009


b) Kerja-kerja Penyenggaraan Projek Pembangunan Dan Pemuliharaan Paya Bakau
Di Jeti Tanjung Ketapang Tidak Dilaksanakan

Skop kerja utama projek adalah untuk membina laluan pelantar dan wakaf, membekal
dan menanam 1,500 pokok bakau dan kerja-kerja penyenggaraan projek pembangunan
dengan kos sejumlah RM197,400. 

Skop kerja penyenggaraan projek pembangunan dan
pemuliharaan paya bakau di Jeti Tanjung Ketapang termasuk pengairan, membaja,
memangkas, membersihkan rumput rampai serta mencegah dan melindungi semua
tanaman daripada serangan makhluk perosak untuk memastikan ia tumbuh dengan
sihat. Kerja penyenggaraan perlu dilakukan selepas kerja utama disiapkan.

Semakan Audit mendapati kontrak utama disahkan siap pada 28 November 2008 tetapi kerja
penyenggaraan selama 12 bulan seperti yang dipersetujui dalam sebut harga tidak
ditentukan oleh pegawai penguasa. Tiada sebarang bukti yang menunjukkan pihak
kontraktor telah melaksanakan kerja penanaman sebanyak 1,500 batang pokok bakau
dan enam batang pokok kelapa gading serta kerja penyenggaraan seperti berikut:

i) Pengairan pada semua tanaman yang dilakukan dua kali sehari;

ii) Memelihara tanaman di tempat yang bebas dari rumput rampai yang tidak
diperlukan;

iii) Mengawal tanaman daripada sebarang perosak dan penyakit dengan menggunakan
kaedah kimia atau biologi sekurang-kurangnya sekali sebulan;

iv) Memangkas dahan dan ranting yang mati;
v) Kerja-kerja membaja pokok;

vi) Penggantian pokok yang mati atau tidak sihat; dan

vii) Memancang dengan menggunakan bahan yang sesuai bagi membetulkan keadaan
tumbuhan tanaman.

Perkara ini berlaku disebabkan Majlis tidak mengambil kira tempoh kerja penyenggaraan semasa mengesahkan projek siap. Oleh itu, bayaran kontrak yang telah dijelaskan sepenuhnya adalah termasuk pembayaran bagi kerja membekal dan menanam enam pokok kelapa gading, 800 pokok bakau minyak dan 700 pokok bakau kurap bernilai RM8,500 di tapak projek serta kerja penyenggaraan lain berharga RM40,000 yang tidak dilaksanakan.

Menurut Majlis, kerja penyenggaraan yang tidak dilaksanakan itu telah digantikan
dengan kerja-kerja menambak tanah untuk tujuan tempat letak kereta, pembersihan
sampah, mengecat semula jeti dan wakaf, menggantikan bumbung wakaf serta
menebang pokok nipah berhampiran tapak projek dengan nilai harga yang sama dan
diselia oleh jurutera perunding yang dilantik iaitu Tetuan Ira Teknik Consulting
Engineers

Selain daripada tempat letak kereta, kerja-kerja yang lain tidak dapat disahkan kerana arahan kerja secara bertulis tidak dikeluarkan kepada kontraktor.
Bagaimanapun, tarikh sebenar tempat letak kereta disiapkan tidak dapat disahkan kerana tiada perakuan siap kerja diserahkan kepada pihak Audit sebaliknya pengesahan dibuat melalui lawatan fizikal ke tempat letak kereta tersebut pada 5 Mac 2010.
.

 Papan Tanda di 'HUTAN SIMPANAN KEKAL' Tanjung Ketapang.

 









0