PILIHAN RAYA UMUM SARAWAK KE 10 - BERSAMA MUSLIMAT PAS JOHOR


PILIHANRAYA SARAWAK KE 10 - SUMBANGAN MUSLIMAT PAS JOHOR DI UPU SEMATAN DUN TANJUNG DATU - APRIL 2011


TEAM MUSLIMAT PAS JOHOR ditugaskan di UPU SEMATAN DUN TANJUNG DATU untuk membantu Calon PAS Puan Nani Sahari. Mereka membantu berkempen rumah ke rumah , ziarah rawatan ke rumah bersama doktor-doktor PAPISMA dan menganjurkan Program Sukan Rakyat 'SEPETANG  DI  DUN SEMATAN'.

Lihat bagaimana hebatnya Program ini yang turut dihadiri oleh Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Malaysia. Berbagai acara disediakan termasuk rawatan kesihatan oleh doktor-doktor PAPISMA, rawatan kecantikan oleh Puan Azizah (Muslimat Perak , pengusaha Pusat Rawatan Kecantikan di Sungai Siput Perak), pertandingan menganyam ketupat, meniup gelembong (belon), gusti lengan dan bowling kelapa.

Daripada sambutan yang diberi seolah-olah PAS sudah memenangi undi di UPU ini ! InsyaAllah usaha ini akan membuahkan hasil akhirnya.

Cikgu Mala (bekas calon Tenang)  dan Puan Rubiah Raffee 
(isteri YB Dr Mohammad Taslim - Maharani) mendaftarkan peserta.

 
Puan Rubiah Raffee,isteri YB Dr Mohammad Taslim, bersama
penduduk setempat.

Tetamu Kehormat, Ustaz Idris Ahmad, Ketua Penerangan PAS Malaysia,
bersama AJK Program.

 Sungguh bersemangat penduduk di sini !

Ustaz Idris Ahmad bersama Puan Rubiah dan penduduk setempat.
 
 Kanak-kanak sungguh bergembira menyertai Program ini.

 Puan Azizah membuat rawatan kecantikan.Sambutan hangat.
Wanita.....fitrahnya hendak kelihatan cantik !

 
 Doktor PAPISMA merawat penduduk tempatan. Ramai menunggu giliran.

Peserta bersedia untuk pertandingan Bowling Kelapa. Mana kelapanya ?
Belum gugur agaknya...
 
 Puan Rubiah dan Cikgu Mala bersama penduduk tempatan.
Lihat Mak Cik baju biru tu pakai kasut CROC !

 
 Hebat peserta Gusti Lengan ini.Sdr  di kanan ini menjadi Johan.

 Menganyam ketupat....

 
 Pertandingan 'Tiup GELEMBONG' , bukan 'Tiup BELON' !
BELON  tu kapalterbang kata orang Sarawak.

Hadiah untuk pemenang. 'Undi PAS', bisik Ustaz Idris.
Kelihatan juga Sdr Hood.
 
 
 Puan Rubiah menyampaikan hadiah.Puan Fatimah Ismail 
(Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Johor) kelihatan di belakang.

 Giliran Cikgu Mala menyampaikan hadiah.

 Alhamdulillah Program berjaya. Muslimat ceria  gotong royong membersihkan kawasan.

TAHNIAH MUSLIMAT PAS JOHOR !

PADA SEBELAH MALAM CERAMAH DIADAKAN DI RUMAH PAK AWANG:
Di antara penceramahnya ialah YB Ustaz Nasarudin Mat Isa, Tuan Hj Mohamad Sabu, YB Dr Hatta Ramli,YB Dr Zulkifli Ahmad dan Calon PAS Puan Nani Sahari.

MAKLUMAT HANGAT TERKINI daripada Sdr Abu Satiman:

Abang Sam, Pak Awang,Pak Rajak dan petugas-petugas Sematan kirim salam pada semua kontinjen Johor. Mereka  beritahu sedang kumpul borang ahli untuk tubuh cawangan PAS di Sematan setelah merasakan keikhlasan PAS dalam melaksanakan gerakkerja pilihanraya di Tanjung Datu. TAKBIR !!!







0