DATUK SERI WAN AZIZAH DI MUAR


 Datuk Seri Wan Azizah bersama Siti Zahirah, puteri YB Dr Mohammad Taslim
dalam Majlis Jamuan PKR Cabang Bakri.
PKR cipta sejarah: Wan Azizah

MUAR – Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail percaya berjaya membuat sejarah dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-10 yang lalu apabila memperoleh banyak sokongan meskipun banyak menerima tentangan di sana.

Beliau berkata, kejayaan PKR memenangi kerusi dalam pilihan raya itu menunjukkan sokongan yang diterima semakin meningkat.

“Kami telah ke sana sebelum PRN Sarawak lagi, namun Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dituduh melalui kes yang begitu memalukan.

“Sejak tahun 1998 lagi, belum pun selesai kes lama timbul lagi kes-kes yang lain terutamanya apabila menghampiri pilihan raya itu,” katanya ketika berucap dalam Majlis Jamuan PKR Cabang Bakri, malam kelmarin.

Terbaru katanya adalah berkaitan isu video seks yang mengaitkan suaminya dan ada pihak mencabarnya untuk menonton sendiri video tersebut.

“Akhirnya saya menonton video berkenaan. Jelas sekali lelaki dalam video ini bukan Anwar kerana keadaan fizikalnya terutamanya bahagian perut yang buncit,” katanya.

Turut hadir, Pengerusi PKR Johor, Datuk Chua Jui Meng; Ahli Parlimen Batu, Tian Chua; Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam; Ahli Parlimen Bakri, Er Teck Hwa; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Dr Mohamad Taslim; ADUN Sungai Abong, Dr Sheikh Ibrahim Md Salleh dan ADUN Bentayan, Gwee Tiang Hong.


sumber: http://www.sinarharian.com.my/sh/johor/content/story8999076.asp (21 April 2011)
YB Dr Mohammad Taslim bersama YB Manikavasagam.

_____________________________________________________________________________

Wan Azizah: We did well in Sarawak

by Azizan Yunos on 21 Apr, 2011

PKR is said to have performed rather well in the recently concluded 10th Sarawak state election, despite only winning 3 seats.
PKR president, Dr. Wan Azizah said this while speaking at a dinner function organized by the PKR Bakri Branch  yesterday.


According to Azizah, PKR received a very encouraging support from the voters in Sarawak considering the multitudes of obstacles that the party faced.
Touching on the recent sex video, since 1998 there seems to be an onslaught of accusations surfacing especially just before a general election.
Some of the cases are still being fought in court and now we are faced with another new accusation surfacing weeks before the Sarawak state election.
Wan Azizah said she did watch the controversial video and found not a single incriminating scene that can implicate  Anwar.
The physical build and the bulging stomach is not Anwar at all, she added.
Present at the dinner were the chairperson of Johor PKR, Chua Jui Meng, MP for Batu, Tian Chua, MP for Kapar, S. Manikasavagam, MP for Bakri, Er Teck Hwa, state assemblyman for Maharani, Mohamad Taslim, state assemblyman for Sungai Abong, Dr. Sheik Ibrahim Md Salleh and state assemblyman for Bentayan, Gwee Tiang Hong.
 










0