Memaparkan catatan dengan label terima kasih. Papar semua catatan
TERIMA KASIH MPM : MASALAH PERPARITAN DI BANDAR
Posted in: MPM, terima kasih
Terima kasih Majlis Perbandaran Muar yang telah mengambil tindakan segera di atas aduan peniaga di Jalan Petrie tentang lorong di antara Jalan Petrie dan Jalan Majidi dalam bandar Muar.Lorong ini mengalami masalah parit kerosakan dan cetek.Pehak Jurutera MPM telah mengarahkan SWM membersihkan kawasan ini selepas menerima aduan melalui YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani.
Sebagaimana dijanjikan parit konkrete U baru sedang dibina sekarang.Terima kasih sekali lagi MPM.Peniaga di sini berharap kedua-dua belah parit ini akan dibina semula dengan parit konkrete U untuk memngelakkan banjir.
Ini gambar-gambar yang dirakamkan oleh YB Dr Mohammad dalam lawatan pada 16 November yang lalu:

Read More

Parit baru di lorong belakan Jalan Petrie dan Jalan Majidee diperbaharui.
Pandangan dari Jalan Othman.
Pandangan dari arah bertentangan dengan gambar di atas.
Kerja-kerja sedang rancak dijalankan.
Gambar dari arah bertentangan dengan gambar di atas.

Ini gambar lama bersama pengadu (kedudukan seperti
gambar di atas) sebelum parit dibina semula.
Masalah lama timbul semula :
Tuan punya kedai ini suka pokok tetapi lupa menjaganya
sehingga menalar keluar dan menutup parit !
Menurut YB Dr Mohammad, dalam Persidangan Dewan Negeri Johor yang sedang berlangsung sekarang, beliau dan YB Gwee (Bentayan) telah membangkitkan isu Pengurusan Kemudahan Awam MPM dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009.Laporan tersebut (layari : http://www.blogger.com/post-edit.g?blogID=2545932740067808847&postID=8924186486188668869
mendapati Pengurusan Kemudahan Awam MPM tidak memuaskan.
Walau bagaimanapun harus di akui dari segi lain MPM terus menjalankan tanggungjawabnya demi kesejahteraan rakyat.Di atas adalah di antara respons MPM terhadap aduan rakyat yang harus dipuji.
Rujuk berita dalam blog dahulu :http://dun-maharani.blogspot.com/2010/10/aduan-rakyat-masalah-perparitan-di.html
TERIMA KASIH,TERIMA KASIH,TERIMA KASIH 5
Posted in: ADUAN RAKYAT, JETI NELAYAN, terima kasihSEBAHAGIAN DARIPADA TEKS UCAPAN (DAN JAWAPAN)
YB DR MOHAMMAD BIN TASLIM, ADUN MAHARANI
DALAM
MESYUARAT PERTAMA BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA
DEWAN NEGERI JOHOR KE-12
PADA 6 JULAI 2010
i) Maharani mempunyai persisiran pantai yang agak luas dan sebahagian penduduk bekerja sebagai nelayan sepenuh masa.Sebagai pembekal protein mereka perlu dibantu.
Prasarana perlu dipertingkatkan segera .
Menyelenggara parit hingga ke kuala supaya tidak cetek atau semak ditutupi pokok bakau dll sehingga menyusahkan mereka turun ke laut.Contoh di jeti Parit Perupuk Laut,Muar dalam DUN Maharani.
(Pegawai LKIM menemui YB Dr Mohammad selepas berucap dan berjanji akan meneliti dan menyelesaikan masalah jeti di Parit Perupuk Laut dan Pt Unas Laut.Terima kasih Tuan.)
JAWAPAN YB PENGERUSI JK PERTANIAN DAN INDUSTRI AS AS TANI:
YB Maharani ada membagkitkan soal yang berkaitan dengan keperluan jeti yang sempurna untuk nelayan-nelayan di kawasan Muar,juga soal Koperasi Nelayan yang tidak begitu bergerak untuk membantu nelayan bagi menyalurkan bantuan.Banyak program-program yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan yang mana ianya juga merupakan fokus utama kerajaan.Bagi nelayan yang miskin,kerajaan telah memb erikan bantuan seperti peralatan tangkapan ikan bagi memudahkan mereka menjalankan kerja menangkap ikan.Bantuan tersebut diberikan kepada nelayan yang tersenarai sebagai miskin tegar ataupun miskin berpandukan kepada senarai e-kasih.
Kerajaan banyak menyediakan kemudahan infrastruktur terutamanya pembinaan jet.Kebanyakan jeti-jeti yang dibina di kawasan sungai lokasinya ditentukan sendiri oleh sebahagian besar daripada nelayan-nelayantersebut.
Dari segi penyalur bantuan kebanyakannya disalurkan melalui Persatuan Nelayan Kawasan bukan Koperasi.Persatuan Nelayan merupakan instutusi yang sah yang ditubuhkan di bawah Akta Persatuan Nelayan yang diiktiraf oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).Nelayan perlu menjadi ahli Persatuan Nelayan Kawasan untuk membolehkan mereka terlibat dalam apa jua program yang dijalankan..Kerajaan memberi elau n sara hidup kepada masyarakat nelayan sebanyak RM200.00 sebulan.
Koperasi Nelayan hendaklah dibagunkan dengan sokongan Kerajaan dan bantuan yang diperlukan diagihkan dengan adil.Kembalikan semula bantuan sara hidup untuk mereka seperti yang disbut oleh rakan saya dari Skudai..Kita tidak mahu melihat mereka terjebak dengan meminjam daipada Ah Long.
Jawapan Pengerusi JK Pertaniandan Industri Asas Tani kepada soalan bertulis ADUN Maharani tentang masalah nelayan di Parit Perupuk Laut:
Tindakan penggalian Parit Perupuk telah pun diambil dengan melaksanakan kerja-kerja penggalian Parit Perupuk dari Kuala sehingga ke Jalan Abdul Rahman sepanjang 2,000 meter.Kerja-kerja ini termasuk membersihka pokok-p okok yang tumbuh di sepanjang tebing parit dan telahpun siap dilaksanakan pada awal Jun 2010 yang lalu.
Bahagian kuala atau muara Parit Perupuk juga akan didalamkan.Sebut harga bagi kerja-kerja ini telah dipanggil dan dijangka dapat dilaksanakan pada bulan Julai 2010 yang akan datang.
------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------Jawapan Pengerusi JK Pertaniandan Industri Asas Tani kepada soalan bertulis ADUN Maharani tentang masalah nelayan di Parit Perupuk Laut:
Tindakan penggalian Parit Perupuk telah pun diambil dengan melaksanakan kerja-kerja penggalian Parit Perupuk dari Kuala sehingga ke Jalan Abdul Rahman sepanjang 2,000 meter.Kerja-kerja ini termasuk membersihka pokok-p okok yang tumbuh di sepanjang tebing parit dan telahpun siap dilaksanakan pada awal Jun 2010 yang lalu.
Bahagian kuala atau muara Parit Perupuk juga akan didalamkan.Sebut harga bagi kerja-kerja ini telah dipanggil dan dijangka dapat dilaksanakan pada bulan Julai 2010 yang akan datang.
| SOALAN BERTULIS ADUN MAHARANI DALAM PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR (Julai 2010): |
3.B 108 | Nelayan Parit Perupuk Laut Muar mengadu masalah parit cetek,sempit dan tebing dipenuhipokok-pokok,tiada lampu jalan.Lawatan bersama Pegawai Jabata Pengaliran dan SaliranMuar dilakukan pada 3 Mac 2010.Hingga sekarang tiada tindakan diambil, mengapa? Jawapan: Tindakan penggalian Parit Perupuk telahpun diambil dengan melaksanakan kerja- kerja penggalianParit Perupuk dari Kuala sehinggan ke Jalan Abdul Rahman sepanjang 2,000meter.Kerja-kerjaini termasuk member ihkan pokok-pokok yang tumbuh di sepanjang tebing parit dsn telahpun siap dilaksanakan pada awal Jun 2010 yang lalu.Bahagian kuala atau muara Parit Perupuk juga akan didalamkan. Sebut harga bagi kerja-kerja ini telah dipanggil dn dijangka dapat dilaksanakan pada bulan Julai 2010yang akan datang. . |
ADUN Maharani,YB Dr Mohammad Taslim,bagi pihak penduduk yang terlibat mengucapkan jutaan terima kasih di atas tindakan yang telah diambil oleh YB Pengerusi Jawatankuasa yang berkenaan termasuk JPS,LKIM,MPM,Pejabat Daerah Muar.
Masalah nelayan di Parit Perupuk Laut Muar nampaknya telah dapat diselesaikan dengan segera.Perkara ini turut mendapat perhatian akhbar-akhbar dan turut dibangkitkan dalam Mesyarat Dewan Negeri Johor dalam bulan Julai yang lalu seperti sedutan ucapan dan soalan YB Dr Mohammad yang tertera di atas.
TERIMA KASIH sekali lagi.
Gambar-gambar yang dirakamkan oleh YB hari ini,11 Ogos 2010, menceritakan segala-galanya..........

Inilah di antara tenaga kerja yang terlibat...sedang berihat?
Saujana mata memandang,dari jeti arah ke Selat Melaka,
parit telah didalamkan dan dibersihkan.
parit telah didalamkan dan dibersihkan.
Air tenang,tebing bersih menunggu nelayan turun ke laut.
Perahu menungu tuannya turun ke laut.
Pandangan dari jeti arah ke darat menghadap Jalan Junid Muar.
TERIMA KASIH,TERIMA KASIH,TERIMA KASIH 4
Posted in: banjir, terima kasih
Musim tengkujuh telah berlalu,alhamduliullah.Cuaca panas sekarang tetapi jaga-jaga......ku sangka panas hingga ke petang...rupanya hujan di tengah hari.Bersedialah untuk menghadapi sebarang kemungkinan.
Beberapa bulan yang lalu hujan lebat menyebabkan Kampong Parit Samsu Muar dan Kampong Parit Limbong Muar dilanda banjir kerana perparitan yang tidak di jaga dengan sempurna.YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani, menerima aduan daripada penduduk kampong tentang masalah ini.Pihak Jabatan Perairan dan Saliran Muar telah dihubungi.Kerja menggali parit telah dilakukan tidak lama kemudian.Walau bagaimanapun kerosakan kepada tanaman dan harta benda tidak dapat dielakkan.
Beginilah keadaan di Kampong Parit Limbong Jalan Temenggong Ahmad Muar ketika banjir

Lihat keadaan parit di Parit Samsu Jalan Temenggong Ahmad Muar
ketika banjir.Parit di bawah jambatan ini terlalu cetek.
Jambatan yang sama di atas ketika banjir,diambil dari arah bertentangan
Jalan masuk ke Parit Samsu Darat
Keadaan di jambatan di atas selepas parit digali
Perparitan Parit Samsu selepas digali
Keadaan di jambatan Parit Samsu Jalan Temenggong Ahmad
selepas parit digali.
TERIMA KASIH JPS MUAR
Di bawah ini keadaan di Kampong Parit Limbung Jalan Temenggong Ahmad Muar
Beginilah keadaan di Kampong Parit Limbong Jalan Temenggong Ahmad Muar ketika banjir
Keadaan parit yang dipenuhi air kerana rumput yang tidak dipotong
Sdr Hamidun dan Tuan Haji Abdul Rahman Lajim meninjau
keadaan di Parit Limbung yang dipenuhi rumput.
Rumah penduduk di sini dipenuhi air banjir
Keadaan banjir di tepi jalan Parit Limbong Jalan Temenggong Ahmad
Rumah penduduk dikelilingi lautan air
Petani ini kerugian besar akibat banjir.Pokok pisangnya musnah.
Banjir di atas telah diatasi apabila parit di kampong ini digali.Dalam peristiwa banji sebelum ini ramai penduduk kerugian besar kerana taman-tanaman mati akibat banjir Pokok-pokok buah-buahan seperti durian mati dan terpaksa ditebang.
Hari ini penduduk Parit Limbung Jalan Temenggong Ahmad Muar mengadu semula kepada YB Dr Mohammad Taslim kerana keadaan parit di situ sudah mula ditumbuhi rumput semula.Mereka bimbang banjir akan merosakkan tanaman mereka sekali lagi jiak tiada tindakan diambil.Mereka mengharapkan pihak JPS Muar akan mengambil tindakan segera. .
TERIMA KASIH, TERIMA KASIH, TERIMA KASIH (3)
Posted in: GOTONG ROYONG, terima kasih
Ingat Program Gotong Royong Perdana DUN Maharani di Jalan Haji Yunus dan Lorong Che Mat Muar baru-baru ini ?(Ahad 7 Mac 2010)
YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani,mewakili penduduk setempat dan petugas-petugas hari tersebut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Muar kerana menjalankan tugas dengan cekap dan cepat memenuhi keperluan masyarakat.
Hari ini,Rabu 19 Mei 2010 kerja-kerja memasang parit konkrete 'U' berukuran 3x2x1.5 kaki di Lorong Che Mat telah di mulakan.YB Dr Mohammad bersama Tuan Haji Selamat Othman berada di tempat kerja-kerja yang sedang dilaksanakan.Kami baru balik dari melawat seorang bekas pemimpin tempatan dan seorang penduduk keturunan India yang baru meningal dunia di Taman Guru Jalan Temenggong Ahmad,Muar.

Jalan masuk ke Lorong Che Mat,Jalan Temenggong Ahmad,Muar,
(bersebelahan Taman Guru) berubah wajah.
Jempol....kata YB Dr Mohammad yang meninjau
pekerja-pekerja menjalankan tugas
pekerja-pekerja menjalankan tugas
Pekerja-pekerja bertungkus lumus menyiapkan tugasan
TERIMA KASIH , TERIMA KASIH, TERIMA KASIH (1)
Posted in: GOTONG ROYONG, terima kasih
Jalan masuk ke tangki air SAJ di Pekan Parit Bakar Muar menimbulkan rungutan daripada penduduk setempat khususnya peniaga-peniaga yang berhampiran kerana ia menutup laluan air di parit tersebut.YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani,diberitahu bahawa masaalah ini telah diajukan beberapa kali kepada pihak berkenaan tetapi tiada tindakan diambil.Keadaan ini bertambah serius terutama ketika jalan Parit Baskar ke darat dijadikan tempat pasar malam mingguan di Pekan iniSampah sarap yang dibuang ke dalam parit ini menyebabkan ia tersumbat dan kotor.
YB Dr Mohammad telah menghubungi En. Nazri Abdul Rahman,jurutera Majlis Perbandaran Muar dan tindakan segera telah beliau ambil dengan mendapat kerjasama daripada SAJ Muar kerana ia melibatkan jalan masuk ke tangki air SAJ.Terima kasih di atas tindakan pantas beliau dan SAJ Muar kerana dalam masa seminggu masalah ini telah dapat diselesaikan.Syabas kami ucapkan ! Kerjasama di antara ADUN dan jabatan kerajaan dan swasta untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat sangat diperlukan

Kerja-kerja mengganti calvert di jalan masuk sedang dilakukan
YB Dr Mohammad (berkopiah) sama mengawasi kerja-kerja yang sedang dilakukan
Nampaknya parit ini memerlukan parit konkret 'U'
Paip lama yang tidak berfungsi di sebelah jalan masuk
dan paip lain perlu dibuang dan di ubah kedudukannya
supaya mudah kerja-kerja memelihara parit ini
Haa..dah siap
Masalah selesai,terima kasih MPM dan SAJ Muar
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )