TERIMA KASIH, TERIMA KASIH, TERIMA KASIH (3)


Ingat Program Gotong Royong Perdana DUN Maharani di Jalan Haji Yunus dan Lorong Che Mat Muar baru-baru ini ?(Ahad 7 Mac 2010)

YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani,mewakili penduduk setempat dan petugas-petugas hari tersebut mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada Majlis Perbandaran Muar kerana menjalankan tugas dengan cekap dan cepat memenuhi keperluan masyarakat.

Hari ini,Rabu 19 Mei 2010 kerja-kerja memasang parit konkrete 'U' berukuran 3x2x1.5 kaki di Lorong Che Mat telah di mulakan.YB Dr Mohammad bersama Tuan Haji Selamat Othman berada di tempat kerja-kerja yang sedang dilaksanakan.Kami baru balik dari melawat seorang bekas pemimpin tempatan  dan seorang penduduk  keturunan India yang baru meningal dunia di Taman Guru Jalan Temenggong Ahmad,Muar.

Jalan masuk ke Lorong Che Mat,Jalan Temenggong Ahmad,Muar,
(bersebelahan Taman Guru) berubah wajah.

Jempol....kata YB Dr Mohammad  yang meninjau 
pekerja-pekerja menjalankan tugas 

Pekerja-pekerja bertungkus lumus menyiapkan tugasan
Belum sempat rehat pekerja-pekerja ni..
Wah,Tuan Hj Selamat Othman,Ketua PAS Cawangan Bandar 'A' pun ada membantu?
Beliau juga  Pengerusi Rukuntetangga kawasan ini.

Parit bahagian belakang Lorong Che Mat ni tunggu giliran.

 Jangan bimbang..parit konkrete 'U' cukup....

Alhamdulillah, dah siap sebahagiannya...

Kerja-kerja mengorek parit diteruskan......

 Jalan Haji Yunus juga perlu perhatian.Menurut En. Nazri Abd Rahman,jurutera MPM, MPM sedang dalam proses menaiktaraf parit-parit dalam kawasan MPM mengikut giliran.
.Inilah keadaan parit di Jalan Haji Yunus yang memerlukan tindakan segera:

 Parit di jalan masuk Jalan Hj Yunus ini tidak ada konkret,
sudah pecah
 
 keadaan parit,close-up

Ini keadaan parit di sebelah kanan jalan masuk
Tabika Perpaduan Jalan Hj Yunus ini juga perlu perhatian

Kita tunggu perkembangan selanjutnya.






0