Memaparkan catatan dengan label ADUAN RAKYAT. Papar semua catatan

MASALAH PARKIR HOSPITAL MUAR


Ruang parkir hospital terhad


MUAR – Kekurangan ruang parkir di sebuah hospital di bandar ini nyata membebankan orang awam untuk berurusan terutamanya membabitkan kes-kes kecemasan.

Mereka mendakwa masalah itu seperti tiada penyelesaiannya sehingga menyebabkan orang awam yang ingin melawat pesakit terpaksa mengambil masa yang agak lama semata-mata mencari ruang parkir yang kosong.

Orang awam, Mohd Farid Muhammad, 26, berkata, situasi itu sedikit sebanyak memberi tekanan kepada pelawat.

Menurutnya, lebih mendukacitakan apabila ramai pengunjung terpaksa berulang kali melakukan pusingan disekitar kawasan parkir tetapi masih tidak menjumpai ruang parkir yang kosong.

“Terdapat bahagian parkir yang tidak berturap, berlopak dan menjadi tempat takungan air selepas hujan memberikan rasa tidak selesa kepada pengunjung.

“Saya meminta pihak berkenaan supaya mengambil tindakan sewajarnya supaya masalah ini dapat diatasi dengan berkesan,” katanya  kepada Sinar Harian.

Berikutan menerima banyak rungutan daripada orang awam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bentayan, Gwee Tong Hiang untuk turun padang meninjau situasi sebenar yang berlaku.

Menurutnya, ketika berada di sana mereka dapat melihat keadaan sebenar seperti mana rungutan yang diterima daripada orang awam dan keadaan ruang parkir penuh sesak pada jam 1 petang yang merupakan waktu melawat pesakit.

“Isu ini telah dipanjangkan dalam Persidangan Dewan Negeri Johor (Bajet 2011) yang lalu dan jawapan yang diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita Dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat Dan Kesihatan Johor, Dr Robia Kosai ialah kerajaan mengambil langkah jangka pendek dan panjang bagi mengatasi kekurangan tempat letak kereta di hospital berkenaan.

“Sebagai langkah jangka pendek, hospital ini bercadang untuk merobohkan bangunan lama JKR 290 iaitu wad 9 lama yang tidak digunakan lagi. Ruang-ruang kosong itu boleh menempatkan sebanyak 50 buah kenderaan dalam satu-satu masa.

“Untuk jangka masa panjang, hospital telah memohon projek parkir bertingkat bagi Projek Ambulatory Call Centre dalam Rancangan Malaysia Ke-9 dan Ke-10,” katanya.

Hadir sama, ADUN Maharani, Dr Mohamad Taslim.
Pihaknya berharap masalah itu dapat diatasi segera demi keselesaan bersama. 


sumber:   http://www.sinarharian.com.my/sh/johor/content/story8567866.asp
               Sinar Harian Khamis 30 Disember 2010 
Berita ini telah disiarkan dalam semua akhbar utama China pada 10 dan 11 Disember 2010.
Daerah






 




Read More

ADUAN RAKYAT - MASALAH NELAYAN BENTAYAN


Pengkalan Bentayan,sebuah pengkalan nelayan di Kuala Sungai Muar  merupakan sebuahpengkalan nelayan dalam daerah Muar yang telah beroperasi melangkaui sekurang-kurangnya 3 generasi.Lebih 50 boat nelayan berlabuh di sini.Mereka menyumbnag kepada produk makanan laut segar kepada penduduk Muar.


Menurut nelayan di sini, pada tahun lepas  mereka dimaklumkan oleh LKIM bahawa kelulusan telah diberi untuk menaik taraf jeti di sini  dengan kos RM500,000.00.Merka telah ditunjukkan pelannya dan kerja-kerja mengukur telah dibuat.Malangnya sehingga sekarang tiada perkembangan positif.


Baru-baru ini, pada 7 Disember 2010, YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani dan YB Gwee Tong Hiang , ADUN Bentayan, dengan diiringi oleh PA masing-masing telah bertemu nelayan-nelayan di jeti  Bentayan untuk memeklumkan perkembangan terkini status jeti mereka.Kehadiran mereka disambut mesra oleh para nelayan yang berpeluang meluahkan masalah mereka terus kepada wakil rakyat mereka.


Dalam Pesidangan Dewan Negeri Johor dalam bulan Jun-Julai 2009  yang lalu YB Gwee mengajukan soalan tentang pembinaan Jeti Pengkalan Bentayan ini.Menurut YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, "Pihak LKIM telah mencadangkan peruntukan sebanyak RM500,000.00 untuk memanjangkan jeti yang sedia ada di Pangkalan Bentayan,Muar.Dijangkakan proses sebut harga akan dilaksanakan setelah kebenaran diterima daripada Pihak Berkuasa yang berkenaan di Muar,"  


Setelah menunggu sekian lama, YB Dr Mohammad pula telah membawa perkara tersebut sekali lagi dalam Persidangan Dewan Negeri Johor dalam bulan November- Disember 2010 yang lalu.Kali ini jawapan yang diberi oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani sangat menghampakan.Inilah jawapannya:
"Sememangnya pada peringkat awal terdapat peruntukan bagi pembinaan jeti nelayan Sungai Muar (Bentayan) sebanyak RM350,000.00 dan sebutharga juga telah dibuat oleh pihak ibu pejabat.Memandangkan terdapat arahan daripada Majlis Perbandaran Muar di mana tidak dibenarkan sebarang pembangunan di sepanjang muara Sungai Muar. 


Pihak Majlis mempunyai perancangan untuk memajukan  kawasan tersebut dan jika cadangan pembinaan ini dilaksanakan ianya akan menyebabkan perancangan pihak Majlis terganggu/tidak dapat dilaksanakan.


Oleh yang demikian keputusan ini telah dipanjangkan  ke pihak ibu pejabat LKIM untuk dibincangkan di dalam  Mesyuarat Jawatankuasa Sebutharga LKIM dan mesyuarat tersebut memutuskan supaya panggilan sebutharga tersebut dibatalkan.Pihak LKIM belum pernah melantik sebarang kontraktor bagi tawaran kerja tersebut."


Inilah yang mengejutkan seluruh nelayan Bentayan.Jeti nelayan di kawasan lain telah dinaiktaraf tetapi mereka masih di takuk lama.


Untuk menyelesaikan masalah nelayan di sini YB Dr Mohammad dan YB Gwee akan mengatur pertemuan para nelayan dengan Yang Dipertuia Majlis Perbandaran Muar dengan kadar segera.Diharapkan sesuatu yang positif akan dilaksanakan.


Tunggu perkembangan selanjutnya......

Beginilah keadaan Jeti Bentayan.

Menyedihkan....begitulah keadaan jeti ini.Kayu sudah reput,
menunggu mangsa jatuh ke dalam sungai.


YB Gwee dan YB Dr Mohammad bersama nelayan di atas jeti yang uzur 
dan berisiko tinggi.

 
Kelihatan YB Dr Mohammad berdialog dengan para nelayan.

 YB Dr Mohammad dan YB Gwee tekun mendengar rintihan para nelayan.

Berita di atas tersiar dalam akhbar Sin Chew Jit Poh,Nanyang Siang Pau, China Press dan Oriental Daily News pada hari Khamis, 9 Disember 2010.






Read More

ADUAN RAKYAT DI PARIT BAKAR : TANGGUNGJAWAB DILAKSANA


Pada hari Khamis 18 Nov. 2010, YB Dr. Mohammad Taslim,ADUN Maharani, dan  YB Gwee Tong Hiang ADUN Bentayan, telah menerima aduan tentang jalan rosak daripada  En Lim Ah Lek yang tinggal di Kampong Parit Bakar Darat,Jalan Seri Tanjong,Muar.Kedua-dua YB dengan diiringi oleh PA masing-masing telah membuat lawatan mengejut.ke tempat yang diadukan.

Jalan diantara tiang lampu TNB 109 dan TNB 110 didapati rosak teruk,berlubang  dan digenangi air selepas hujan. .Kerosakan ini  menyebabkan beberapa kemalangan kecil berlaku.Baru-baru ini anak En. Lim  yang berumur 17 tahun cedera dibahagian lutut dan kaki setelah terjatuh di tempat tersebut pada satu malam ketika pulang dari bekerja sambilan di restoran.Dalam keadaan jalan digenangi air belaiu tidak menyedari bahawa jalan tersebut berlubang-lubang.Nasib baik tiada kecederaan berat.
.
En. Lim mohon  kerjasama daripada YB Dr. Mohammad agar masalah ini dapat diajukan kepada pihak yang berkenaan supaya jalan ini dibaiki dengan segera untuk keselamatan orang ramai.YB DR Mohammad berjanji untuk membawa perkara dalam ucapan Perbahasan Bajet Negeri Johor 2011 keesokan harinya di samping memaklumkan kepada pihak MPM dan Pejabat Daerah.

YB Dr Mohammad,YB Gwee,En. Lim dan anaknya
di kawasan berlopak di mana kemalangan berlaku.
Keadaan jalan yang perlu diturap semula.
Satu lagi pandangan jalan yang rosak.
 YB Gwee dan YB Dr Mohammad memeriksa kecederaan yang dialami 
anak En. Lim.

Berita di atas tersiar dalam akhbar China Press dan Nanyang Siang Pau keluaran hari Sabtu 20 November 2010.
UPDATE: Berita di atas disiarkan dalam Sinarharian edisi Johor pada hari Rabu 24 November 2010



Read More

ADUAN RAKYAT - MASALAH PERPARITAN DI BANDAR


Seorang peniaga di Jalan Petrie Muar baru-baru ini mengadu bahawa lorong di belakang kedainya memerlukan perhatian daripada pihak Majlis Perbandaran Muar (MPM).

Masalahnya perparitan di lorong di antara Jalan Petrie dan Jalan Majidi ini selalu dinaiki air apabila hujan lebat.Ini disebabkan oleh parit yang  cetek,rosak dan dipenuhi pasir dan sampah.Ia perlu diganti baru dengan parit U yang lebih lebar dan dalam.Juga terdapat pokok hiasan yang menjalar keluar dari belakang kedai yang perlu dibersihkan.

Deretan kedai di Jalan Petri ini terdiri daripada restoran pejabat peguam,bangunan KWSP dan juga HSBC BankYB Dr Mohammad Taslim,selaku ADUN Maharani, dan pembantunya Sdr Hamidun Omar telah melawat kawasan tersebut dan memaklumkan masalah ini kepada pihak MPM.
Terima kasih MPM yang telah mengambil tindakan segera.

Hari ini YB Dr Mohammad dimaklumkan oleh MPM bahawa kawasan ini telah dimasukkan dalam kerja kecil untuk bina semula parit di sini.Terima kasih sekali lagi MPM di atas keperhatinan tuan menyelesaikan masalah rakyat.

Di bawah ini adalah gambar-gambar selepas kerja-kerja pembersihan dijalankan oleh MPM.

Lorong yang menghubungkan Jalan Majidee dan lorong  di belakang Jalan Petrie.
Sampah ,  pasir  dan tanah telah dibersihkan.

Sampah sarap dari dalam parit telah  dikeluarkan
 Pengadu menunjukkan kawasan yang telah dibersihkan 
tetapi air tidak mengalir kerana masih ada parit yang tersumbat.

Keadaan parit dan jalan yang telah dibersihkan,
cuma paritnya sempit dan sudah terlalu lama. 

Read More

ADUAN RAKYAT : PARIT DI SIMPANG JALAN HJ YUNOS - TAMAN GURU MUAR


ISNIN 20 September 2010

Malam  ini giliran YB Dr Mohammad dan keluarga menerima tetamu Muslimat Taman Bunga Raya Muar mengadakan Majlis Marhaban.Rumah YB giliran ke empat, jadi jamuan yang disediakan ringan sahaja - karipap,popia dan buah-buahan sahaja.
Kebetulan pula kakak YB dan anak-anak dan cucunya  yang tidak sempat hadir pada Majlis Himpunan Keluarga Taslim-Raaimah pada Hari Raya Ke Dua yang lalu juga datang.Balik dari Klinik malam itu YB pun singgah di Warong di Jalan Hj Yunus,Jalan Temenggong Ahmad,Muar untuk membeli sate.Malang tak berbau,ketika mencari tempat parkir, kereta YB termasuk dalam parit di simpang Jalan Hj Yunus - Taman Guru.Jalan Hj Yunus ini adalah di antara jalan yang kami adakan majlis gotong royong sempena  2 tahun kemenangan PAS di DUN Maharani.

Inilah simpang Jln Hj Yunus-Tmn Guru yang tidak  mempunyai penghadang.
Di hadapan simpang ada warong menjual sate,soto,mee dll. 
Pandangan lebih dekat...... di sinilah kereta YB termasuk parit.

Lebih dekat - ini dia parit yang menunggu mangsa.....

Pandangan simpang ini dari jalan Abdul Rahman ke Jalan Temenggong Ahmad.
Close-up.
YB bernasib baik kerana ramai pelanggan berada di warong di hadapan simpang ini.Mereka bertungkus lumus cuba mengangkat kereta di mana tayar kiri hadapannya di dalam parit dan bumpernya tersangkut di atas jalan.Sebuah tow-truck terpaksa dipanggil untuk menarik kereta keluar daripada parit.Alhamdulillah selesai masalah.Kereta pun nampaknya rosak sedikit sahaja.
Terima kasih sahabat-sahabat dan orang ramai yang turut membantu dengan sepontan.

Apabila di selidik rupa-rupanya sebelum ini sebuah bas 40 penumpang dan sebuah kereta Proton telah
termasuk parit ini ! YB tak kesaorangan rupanya.......

Pihak Majlis Perbandaran Muar telah dimaklumkan.Harapan kami supaya tindakan segera diambil sebelum lebih ramai lagi penduduk menjadi mangsa parit ini.



Read More

ADUAN RAKYAT (JALAN DAUD) : PARIT BARU,JALAN BARU.TIANG ELEKTRIK?


Bandar Maharani Muar nampaknya sentiasa membangun.Majlis Perbandaran Muar dan Jabatan-Jabatan Kerajaan dan swasta mempunyai perancangan masing-masing.Pihak Berkuasa  Tempatan contohnya mempunyai OSC (One-Stop-Centre) untuk memudahkan urusan.

Namun begitu agensi-agensi ini nampaknya tidak dapat duduk semeja,bekerjasama untuk mengkoordinasi kerja-kerja yang mereka jalankan.Rakyat merungut : hari ini JKR turap jalan , esok SAJ gali jalan ; hari ini JKR betulkan jalan, esok Telekom korek jalan......ini contoh.Betul ke? Tuan-tuan kena pikir sendiri.

Hari ini jika tuan-tuan dari Jalan Daud Muar hendak keluar ke Jalan Arab, jalan ini nampaknya dah dilebarkan.Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)  telah membuat parit konkret baru dan jalan dilebarkan.Jalan pun dah diturap dengan cantik. Walau bagaimanapun tuan-tuan kena berhati-hati terutama di waktu malam kerana selepas jalan dilebarkan tiang-tiang elektrik sekarang berada di tengah jalan pulak !

Ini gambar projek parit bermula dari persimpangan Jalan Md Said Tahir-Jalan Daud,

mengarah ke bandar - cantik dan lebar jalan ini.Penunggang motosikal ini kena berhati-hati jangan terlanggar tiang elektrik.

Seterusnya,cuba anda kira ada berapa batang tiang elektrik yang mesti dipindahkan ketepi jalan untuk keselamatan pengguna.

Satu...dua...tiga....
empat...lima....eh,banyak !
Ini dah sampai penghujung Jalan Daud di lampu isyarat Jalan Arab.

Ini gambaran jika anda masuk ke Jalan Daud dari lampu isyarat Jalan Arab.Kalau nak baca iklan di tiang elektrik ni jangan sampai terlanggar pulak.

Menurut kata JPS tugasnya membuat parit dan turap jalan,tapi tiang elektrik ni apa hal? Tangungjawab siapa ? Tanyalah TNB siapa patut alih tiang ini ke tepi ? Nak alih tiang siapa nak bayar upahnya? Anda bayar dan TNB boleh alihkan bila-bila masa.Pulak........

Lain kali sebelum kerja dibuat kenalah rancang.Pihak yang merancang projek ini kena libatkan semua jabatan yang berkenaan barulah kerja beres.Kos alih tiang kenalah masukkan dalam kos projek sebab TNB tak bersedia menanggung kos ini.

Sementara waktu ini tiang-tiang elektrik yang di tengah jalan ini dicadangkan dipasang reflektor ke sebelum kemalangan berlaku.Kesian rakyat kita.

Mudah-mudahan tiada kemalangan berlaku sebelum perkara ini diselesaikan.

Anda punya cadangan ?

Siapa pulak gelak-gelak  ni....
Ini serius ya,jangan main-main.Beri cadangan yang konkrit !
_________________________________________________________________________________

 SOALAN OLEH YB GWEE TONG HIANG  (ADUN Bentayan)  SI PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR PADA 30 SEPTEMBER 2010:

SOALAN 43 (A21)

JPS telah menaik-tarafkan system perparitan di Jalan Daud, Muar tetapi nampaknya tiang-tiang lampu TNB masih dibiarkan berada di tengah-tengah jalan, ini amat membahayakan pengguna-pengguna jalan raya, bilakah pihak Kerajaan akan mengalihkan tiang-tiang TNB tersebut dan adakah penutup saliran dapat menampung kenderaan berat yang melalui di atas permukaan tersebut?

JAWAPAN Y.B. DATUK HAJI AHMAD ZAHRI BIN JAMIL

JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN (JPS) TELAH MENJALAKAN KERJA-KERJA MENAIK TARAF SISTEM PERPARITAN SEPANJANG 450 METER DI JALAN DAUD YANG BERTUJUAN UNTUK MEMPERBAIKI SISTEM SEDIAADA BAGI MEMUDAHKAN PENGALIRAN AIR KE PARIT JALAN ARAB SETERUSNYA KE SUNGAI MUAR.  IA JUGA DAPAT MENGATASI MASALAH BANJIR KILAT DI SEPANJANG PARIT DAN KAWASAN SEKITARNYA TERMASUK KAWASAN-KAWASAN PERUMAHAN DAN PENEMPATAN PENDUDUK.  PARIT YANG SEDIADA DIGANTIKAN DENGAN “BOX CULVERT’ BAGI MEMASTIKAN SISTEM SALIRAN YANG DIBINA TIDAK TERGANGGU DENGAN MASALAH PEMBUANGAN SAMPAH SARAP DAN MEMBERI KESELESAAN DAN KESELAMATAN KEPADA PENDUDUK TEMPATAN DAN PENGGUNA JALAN TERSEBUT.  BINAAN SALIRAN INI TELAH DIREKABENTUK UNTUK LALUAN KENDERAAN DI ATASNYA DAN SELAMAT DIGUNAKAN.

UNTUK MAKLUMAN DEWAN YANG MULIA INI, KERJA-KERJA INI TIDAK MELIBATKAN KERJA-KERJA PENGALIHAN UTILITI KERANA MENGGUNAKAN JAJARAN PARIT YANG SEDIA ADA.  WALAU BAGAIMANAPUN, PIHAK JPS JUGA TELAH MEMAKLUMKAN KEPADA TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB) DAN MAJLIS PERBANDARAN MUAR (MPM) KEPERLUAN MENGALIHKAN UTILITI (TIANG-TIANG LAMPU) UNTUK KESELESAAN PENGGUNA JALAN RAYA.  ANGGARAN KOS PENGALIHAN ADALAH SEBANYAK RM60,000.00. 

 YB Dr Mohammad dan YB Gwee melawat Jalan Daud






Read More

ADUAN RAKYAT : TANAH MENDAP DI DUN MAHARANI -Berita Harian


Johor: Jalan depan sekolah mendap

Oleh Junita Mat Rasid
junita@bharian.com.my
2010/08/16

HUJAN lebat menyebabkan jalan sekitar Parit Keroma mendap.

HUJAN lebat menyebabkan jalan sekitar Parit Keroma mendap.
MUAR: Hujan lebat sejak kira-kira seminggu lalu menyebabkan beberapa jalan di sekitar Parit Keroma, Parit Amal dan Parit Unas, dekat sini, mengalami masalah mendap sehingga boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya terutama kanak-kanak.

Lebih membimbangkan apabila tebing parit dan jalan mendap sepanjang kira-kira 20 meter berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK)Parit Keroma, Jalan Temenggong Ahmad, sejak 8 Ogos lalu dan keadaan itu bukan hanya berbahaya kepada murid sekolah berkenaan, malah menjejaskan keselamatan penduduk yang melalui kawasan berkenaan

 Tinjauan Edisi Johor mendapati hampir separuh laluan berhadapan dengan pintu utama sekolah berkenaan didapati mendap dengan tebing parit turut runtuh menyebabkan ia hanya boleh dilalui oleh pejalan dan motosikal

Selain itu jambatan kecil yang terletak di tepi lokasi jalan mendap itu juga turut terdapat kesan runtuhan, selain kesan retak yang ketara di sekitar jalan raya berhampiran jambatan dan jalan yang mendap.

Keadaan tebing runtuh juga turut dikesan di hadapan rumah penduduk yang terletak hanya kira-kira 50 meter dari sekolah itu dan dipercayai berlaku sejak akhir Jun lalu dan sehingga kini belum diperbaiki.

Selain itu, turut mengalami masalah mendap yang serius ialah kawasan sepanjang kira-kira 50 meter di Jalan Parit Amal Laut, menyebabkan ia laluan itu berbahaya kepada semua pengguna jalan raya.

Masalah jalan mendap di Parit Amal itu dikatakan masalah berterusan yang tiada penyelesaian sejak bertahun lalu dengan kali terakhir jalan itu mendap lagi sejak kira-kira seminggu lalu.
Sebelum ini jalan itu sudah beberapa kali dibaiki dan diturap semula tetapi ia akan kembali rosak serta mendap semula dengan lebih teruk lagi.

Seorang penduduk, Lim Ah Chee, 41, yang tinggal paling hampir dengan laluan itu, berkata masalah jalan mendap itu membahayakan penduduk yang melalui laluan itu terutama setiap kali hujan lebat berterusan.

"Jika hujan lebat berterusan beberapa hari sahaja, jalan itu akan mendap semula dan saya bimbang dengan keselamatan mereka yang melalui jalan itu terutama pada waktu malam," katanya.

Katanya, masalah jalan mendap itu sudah berulang sekurang-kurangnya tiga kali menyebabkan kajian mengenai keadaan tanah di laluan itu perlu dilakukan bagi memastikan jalan itu tidak lagi mengalami kerosakan teruk.

Masalah jalan mendap yang berulang juga turut berlaku di Jalan Parit Unas Darat apabila jalan yang baru siap dibaiki dan digunakan sejak kira-kira tiga bulan lalu, rosak semula selepas hujan lebat berterusan.

Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Maharani, Dr Mohamad Taslim, berkata pihaknya sudah membuat laporan mengenai keadaan jalan itu termasuk di laluan di hadapan SK Parit Keroma.

"Kita sudah membuat laporan kepada Jabatan Parit dan Saliran (JPS) dan Pejabat Daerah mengenai keadaan beberapa jalan yang mendap di sekitar kawasan DUN Maharani terutama kawasan yang paling teruk di hadapan SK Parit Keroma, Jalan Parit Amal Laut dan Jalan Parit Unas Darat," katanya.

sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_Jalandepansekolahmendap/Article











Read More

ADUAN RAKYAT : TANAH MENDAP DUN MAHARANI - Utusan Malaysia


Masalah tanah mendap DUN Maharani semakin serius







MOHAMMAD Taslim menunjukkan keadaan permukaan jalan yang mendap dan menyukarkan orang ramai menggunakan laluan tersebut di Parit Amal Laut, Jalan Junid, Muar, Johor, semalam.





MUAR 13 Ogos - Masalah tanah mendap di beberapa lokasi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani di sini dikesan semakin serius dengan rekahan jalan menyukarkan kehidupan harian penduduk.
Antara lokasi yang mengalami mendapan serius adalah jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Keroma berhampiran Jalan Temenggong Ahmad, Parit Unas berhampiran Jalan Abdul Rahman, Parit Amal Laut dan Parit Raja Laut berhampiran Jalan Junid.
Masalah mendapan berhampiran SK Parit Keroma, beberapa bahagian jalan yang menghadap sekolah tersebut telah terbahagi dua.
Rekahan berkenaan mengakibatkan sebahagian dasar jalan berlubang sedalam kira-kira 0.5 meter dan terpaksa ditanda pancang kayu serta tali amaran sebagai peringatan kepada pengguna kenderaan.
Keadaan jalan itu amat menyukarkan ibu bapa menghantar dan mengambil anak-anak mereka di sekolah berkenaan dan pemandu terpaksa melalui bahu jalan.
Utusan Malaysia difahamkan, masalah itu telah berlanjutan sejak seminggu lalu dan ia dikhuatiri semakin serius jika tidak dibaiki segera.
Sementara itu, tinjauan di Parit Unas berhampiran Jalan Abdul Rahman mendapati masalah mendapan dan jalan merekah lebih serius kerana ia melibatkan laluan sepanjang kira-kira 10 meter.
Menurut seorang penduduk, Lim Ah Chee, 51, jalan berkenaan telah diturap lebih tiga kali namun masalah tanah mendap dan jalan merekah tetap berulang.
"Pihak berkuasa perlu mengkaji betul-betul tanah di kawasan ini sebelum membaiki semula jalan kerana kita tidak mahu masalah ini terus berulang," katanya.
Pendapat Ah Chee turut disokong Osman Lani, 59, yang berharap aspek keselamatan orang ramai diberi penekanan utama dalam mengatasi masalah tersebut.
"Akibat tanah mendap, telah banyak kali berlaku kejadian kereta dan motosikal jatuh ke dalam parit di persimpangan jalan di hadapan rumah saya," katanya.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Dr. Mohammad Taslim berkata, beliau telah memaklumkan masalah itu kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta beberapa agensi kerajaan yang berkaitan.
"Saya minta supaya masalah tanah mendap dan jalan merekah ini dapat diatasi dengan segera kerana ia membabitkan keselamatan penduduk yang melalui kawasan ini," katanya.

sumber: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0814&pub=Utusan_Malaysia&sec=Johor&pg=wj_05.htm



Read More

ADUAN RAKYAT : TANAH MENDAP DI PARIT KEROMA - sinarharian


Tanah mendap perlu tindakan segera



JALAN TEMENGGONG AHMAD – Penduduk di Parit Keroma Tengah di sini diancam bahaya berikutan masalah tanah mendap yang berlaku di kawasan tersebut kian menjadi semakin serius.

Tinjauan Sinar Harian ke tempat kejadian mendapati di sepanjang kampung itu telah mempunyai tiga kawasan tanah mendap yang memerlukan pemerhatian dan tindakan segera daripada pihak berwajib.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Dr Mohamad Taslim berkata, beliau menggesa pihak berwajib supaya dapat mengambil tindakan segera supaya masalah itu dapat diatasi dengan segera.

Menurutnya, sebanyak tiga lokasi tanah mendap yang telah dikenalpasti yang mana salah satunya daripadanya berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan Parit Keroma, di sini.

“Tanah mendap di kawasan sekolah ini adalah lokasi yang paling teruk di mana ia telah mendap sehingga sedalam tiga kaki.

“Senario ini sangat membimbangkan dan berbahaya kepada warga sekolah ini terutamanya murid-murid di sini,” katanya ketika ditemui semasa melawat tempat kejadian di sini, semalam.

Menurutnya, terdapat sebahagian murid-murid di sekolah tersebut menaiki basikal ke sekolah dengan menggunakan jalan itu.

“Jadi saya bimbang murid-murid ini boleh terbabas ketika menggunakan jalan ini dan seterusnya terjatuh ke dalam parit yang berhampiran,” katanya.

Mohamad berkata, masalah tanah mendap itu dikenalpasti berpunca daripada tanah rizab parit yang terlalu kecil dan hampir dengan bahu jalan.

“Tambahan pula kerja-kerja pembersihan parit ini sedikit sebanyak telah menjadikan struktur tanah ini terhakis dan mudah runtuh setiap kali hujan lebat.

“Bagaimanapun, kejadian ini telah mendapat perhatian daripada pihak Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) dan meminta supaya masalah ini dapat diselesaikan dengan segera,” katanya.

Menurutnya, ini kerana ada bahagian tanah mendap yang sudah berlaku sejak tiga bulan lalu dan sehingga kini masih tiada sebarang tindakan yang dilakukan.

Sementara itu, Jurutera JPS daerah Muar dan Ledang, Mohamad Hayal Atan berkata, pihaknya akan cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan segera.

Menurutnya, bagaimanapun masalah tanah mendap itu sukar untuk diselesaikan kerana sebarang tindakan yang dilakukan tidak akan memberi kesan yang optimum disebabkan oleh struktur tanah ini yang lemah.

“Mekanisme terbaik yang boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah ini ialah dengan menganjakkan sedikit jalan ini ke belakang daripada jalan yang asal,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.

Menurutnya, kenderaan berat seperti lori yang turut menggunakan jalan itu juga dikenal pasti menjadi penyebab jalan berkenaan mendap dan rosak.


sumber: http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story8049169.asp

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Maaf Encik,no entry..jalan mendap.



Wartawan Sinar Harian,Cik Nur'Asyikin,menemu ramah penduduk terlibat
dengan diperhatikan oleh Sdr Abdul Razak.

Updatrd 22 September 2010:
Menurut Seorang Juruteknik JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) Muar kos membuat dinding konkrit parit untuk menyelesaikan masalah tanah mendap ini lebihkurang RM2500.00 - 3000.00 setiap meter.Ia memerlukan peruntukan yang besar jadi sementara menunggu peruntukan penduduk disyorkan menggunakan jalan di seberang parit.Jalan yang mendap ini sebenarnya tanah rezab JPS untuk laluan jentera menggali parit.

Penduduk masih menunggu masalah ini diselesaikan.............










Read More

TERIMA KASIH,TERIMA KASIH,TERIMA KASIH 5


SEBAHAGIAN DARIPADA TEKS UCAPAN (DAN JAWAPAN)
YB DR MOHAMMAD BIN TASLIM, ADUN MAHARANI
DALAM
MESYUARAT PERTAMA BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA
DEWAN NEGERI JOHOR KE-12
PADA 6 JULAI 2010


i) Maharani mempunyai persisiran pantai yang agak luas dan sebahagian penduduk bekerja sebagai nelayan sepenuh masa.Sebagai pembekal protein mereka perlu dibantu.
Prasarana perlu dipertingkatkan segera .

Menyelenggara parit hingga ke kuala supaya tidak cetek atau semak ditutupi pokok bakau dll sehingga menyusahkan mereka turun ke laut.Contoh di jeti Parit Perupuk Laut,Muar dalam DUN Maharani.

(Pegawai LKIM menemui YB Dr Mohammad selepas berucap dan berjanji akan meneliti dan menyelesaikan masalah jeti di Parit Perupuk Laut dan Pt Unas Laut.Terima kasih Tuan.)

JAWAPAN YB PENGERUSI JK PERTANIAN DAN INDUSTRI AS AS TANI:

YB Maharani ada membagkitkan soal yang berkaitan dengan keperluan jeti yang sempurna untuk nelayan-nelayan di kawasan Muar,juga soal Koperasi Nelayan yang tidak begitu bergerak untuk membantu nelayan bagi menyalurkan bantuan.Banyak program-program yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan yang mana ianya juga merupakan fokus utama kerajaan.Bagi nelayan yang miskin,kerajaan telah memb erikan bantuan seperti peralatan tangkapan ikan bagi memudahkan mereka menjalankan kerja menangkap ikan.Bantuan tersebut diberikan kepada nelayan yang tersenarai sebagai miskin tegar ataupun miskin berpandukan kepada senarai e-kasih.

Kerajaan banyak menyediakan kemudahan infrastruktur terutamanya pembinaan jet.Kebanyakan jeti-jeti yang dibina di kawasan sungai lokasinya ditentukan sendiri oleh sebahagian besar daripada nelayan-nelayantersebut.

Dari segi penyalur bantuan kebanyakannya disalurkan melalui Persatuan Nelayan Kawasan bukan Koperasi.Persatuan Nelayan merupakan instutusi yang sah yang ditubuhkan di bawah Akta Persatuan Nelayan yang diiktiraf oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).Nelayan perlu menjadi ahli Persatuan Nelayan Kawasan untuk membolehkan mereka terlibat dalam apa jua program yang dijalankan..Kerajaan memberi elau n sara hidup kepada masyarakat nelayan sebanyak RM200.00 sebulan.

Koperasi Nelayan hendaklah dibagunkan dengan sokongan Kerajaan dan bantuan yang diperlukan diagihkan dengan adil.Kembalikan semula bantuan sara hidup untuk mereka seperti yang disbut oleh rakan saya dari Skudai..Kita tidak mahu melihat mereka terjebak dengan meminjam daipada Ah Long.

Jawapan Pengerusi JK Pertaniandan Industri Asas Tani kepada soalan bertulis ADUN Maharani tentang masalah nelayan di Parit Perupuk Laut:

Tindakan penggalian Parit Perupuk telah pun diambil dengan melaksanakan kerja-kerja penggalian Parit Perupuk dari Kuala sehingga ke Jalan Abdul Rahman sepanjang 2,000 meter.Kerja-kerja ini termasuk membersihka pokok-p okok yang tumbuh di sepanjang tebing parit dan telahpun siap dilaksanakan pada awal Jun 2010 yang lalu.
Bahagian kuala atau muara Parit Perupuk juga akan didalamkan.Sebut harga bagi kerja-kerja ini telah dipanggil dan dijangka dapat dilaksanakan pada bulan Julai 2010 yang akan datang.
------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------
SOALAN BERTULIS ADUN MAHARANI DALAM
PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR (Julai 2010):


3.B 108
Nelayan Parit Perupuk Laut Muar mengadu masalah parit cetek,sempit dan tebing
dipenuhipokok-pokok,tiada lampu jalan.Lawatan bersama Pegawai Jabata Pengaliran
dan SaliranMuar dilakukan pada 3 Mac 2010.Hingga sekarang tiada tindakan diambil,
mengapa?
Jawapan:

Tindakan penggalian Parit Perupuk telahpun diambil dengan melaksanakan kerja-
kerja penggalianParit Perupuk dari Kuala sehinggan ke Jalan Abdul Rahman
sepanjang 2,000meter.Kerja-kerjaini termasuk member ihkan pokok-pokok yang
tumbuh di sepanjang tebing parit dsn telahpun siap dilaksanakan pada awal Jun
2010 yang lalu.Bahagian kuala atau muara Parit Perupuk juga akan didalamkan.
Sebut harga bagi kerja-kerja ini telah dipanggil dn dijangka dapat dilaksanakan
pada bulan Julai 2010yang akan datang.
.
______________________________________________________________

ADUN Maharani,YB Dr Mohammad Taslim,bagi pihak penduduk yang terlibat mengucapkan jutaan terima kasih di atas tindakan yang telah diambil oleh YB Pengerusi Jawatankuasa yang berkenaan termasuk JPS,LKIM,MPM,Pejabat Daerah Muar.

Masalah nelayan di Parit Perupuk Laut Muar nampaknya telah dapat diselesaikan dengan segera.Perkara ini turut mendapat perhatian akhbar-akhbar dan turut dibangkitkan dalam Mesyarat Dewan Negeri Johor dalam bulan Julai yang lalu seperti sedutan ucapan dan soalan YB Dr Mohammad yang tertera di atas.

TERIMA KASIH sekali lagi.

Gambar-gambar yang dirakamkan oleh YB hari ini,11 Ogos 2010, menceritakan segala-galanya..........


Inilah di antara tenaga kerja yang terlibat...sedang berihat?



Saujana mata memandang,dari jeti arah ke Selat Melaka,
parit telah didalamkan dan dibersihkan.

Air tenang,tebing bersih menunggu nelayan turun ke laut.


Perahu menungu tuannya turun ke laut.
Pandangan dari jeti arah ke darat menghadap Jalan Junid Muar.

Read More

ADUAN RAKYAT - KILANG DI LORONG HAJI BIDIN MUAR


PUSAT ADUAN RAKYAT   di Pejabat ADUN Maharani di Pekan Parit Bakar Muar sentiasa terbuka menerima aduan rakyat.Seorang penduduk di Lorong Haji Bidin Jalan Abdul Rahman Muar mengadu tentang sebuah kilang perabut di sebelah rumahnya yang menimbulkan masalah pencemaran di kawasan tersebut.Beliau sekeluarga yangtinggal bersempadan denga kilang tersebut terpaksa mengharungi masalah habuk kayu dari kilang tersebut yang beroperasi hingga malam.

YB Dr Mohammad Taslim selaku ADUN Maharani telah turun padang bersama Sdr Abu Bakar Ismail (Pengarah MTD Maharani) dan Sdr Salman (wartawan Harakah) untuk membantu menyelesaikan masalah mereka.Mereka telah mengadu kepada Ketua Kampong dan Penghulu Mukim tetapi tiada penyelesaian.

Amoi ini menghidap gatal-gatal di badannya kerana alah habuk kayu.

En. Ah Nang menceritakan masalahnya.

En.Ah Nang dan anaknya menceritakan masalahnya kepada
wartawan Harakah Sdr Salman

Penduduk ini sentiasa menutup tingkap rumahnya.Lubang ventilator
di atas tingkap ditutup dengan plastik.
Kilang ini hampir dengan rumah-rumah di Lorong ini.

Keadaan kilang di hujung Lorong Haji Bidin
Penyedut habuk kayu dipasang tapi tidak begitu berkesan.
Sebahagian habuk keluar melalui bahagian belakang kilang.

Di sempadan rumah pula ada longgokan kayu tinggal yang membahayakan.

Berita ini disiarkan dalam HARAKAH  BIL 1550 Edisi Isnin 21-14 Jun 2010 





Read More