Memaparkan catatan dengan label JETI NELAYAN. Papar semua catatan
ADUAN RAKYAT - MASALAH NELAYAN BENTAYAN
Posted in: ADUAN RAKYAT, JETI NELAYAN
Pengkalan Bentayan,sebuah pengkalan nelayan di Kuala Sungai Muar merupakan sebuahpengkalan nelayan dalam daerah Muar yang telah beroperasi melangkaui sekurang-kurangnya 3 generasi.Lebih 50 boat nelayan berlabuh di sini.Mereka menyumbnag kepada produk makanan laut segar kepada penduduk Muar.
Menurut nelayan di sini, pada tahun lepas mereka dimaklumkan oleh LKIM bahawa kelulusan telah diberi untuk menaik taraf jeti di sini dengan kos RM500,000.00.Merka telah ditunjukkan pelannya dan kerja-kerja mengukur telah dibuat.Malangnya sehingga sekarang tiada perkembangan positif.
Baru-baru ini, pada 7 Disember 2010, YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani dan YB Gwee Tong Hiang , ADUN Bentayan, dengan diiringi oleh PA masing-masing telah bertemu nelayan-nelayan di jeti Bentayan untuk memeklumkan perkembangan terkini status jeti mereka.Kehadiran mereka disambut mesra oleh para nelayan yang berpeluang meluahkan masalah mereka terus kepada wakil rakyat mereka.
Dalam Pesidangan Dewan Negeri Johor dalam bulan Jun-Julai 2009 yang lalu YB Gwee mengajukan soalan tentang pembinaan Jeti Pengkalan Bentayan ini.Menurut YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, "Pihak LKIM telah mencadangkan peruntukan sebanyak RM500,000.00 untuk memanjangkan jeti yang sedia ada di Pangkalan Bentayan,Muar.Dijangkakan proses sebut harga akan dilaksanakan setelah kebenaran diterima daripada Pihak Berkuasa yang berkenaan di Muar,"
Setelah menunggu sekian lama, YB Dr Mohammad pula telah membawa perkara tersebut sekali lagi dalam Persidangan Dewan Negeri Johor dalam bulan November- Disember 2010 yang lalu.Kali ini jawapan yang diberi oleh YB Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani sangat menghampakan.Inilah jawapannya:
"Sememangnya pada peringkat awal terdapat peruntukan bagi pembinaan jeti nelayan Sungai Muar (Bentayan) sebanyak RM350,000.00 dan sebutharga juga telah dibuat oleh pihak ibu pejabat.Memandangkan terdapat arahan daripada Majlis Perbandaran Muar di mana tidak dibenarkan sebarang pembangunan di sepanjang muara Sungai Muar.
Pihak Majlis mempunyai perancangan untuk memajukan kawasan tersebut dan jika cadangan pembinaan ini dilaksanakan ianya akan menyebabkan perancangan pihak Majlis terganggu/tidak dapat dilaksanakan.
Oleh yang demikian keputusan ini telah dipanjangkan ke pihak ibu pejabat LKIM untuk dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Sebutharga LKIM dan mesyuarat tersebut memutuskan supaya panggilan sebutharga tersebut dibatalkan.Pihak LKIM belum pernah melantik sebarang kontraktor bagi tawaran kerja tersebut."
Inilah yang mengejutkan seluruh nelayan Bentayan.Jeti nelayan di kawasan lain telah dinaiktaraf tetapi mereka masih di takuk lama.
Untuk menyelesaikan masalah nelayan di sini YB Dr Mohammad dan YB Gwee akan mengatur pertemuan para nelayan dengan Yang Dipertuia Majlis Perbandaran Muar dengan kadar segera.Diharapkan sesuatu yang positif akan dilaksanakan.
Tunggu perkembangan selanjutnya......
Read More

Beginilah keadaan Jeti Bentayan.
Menyedihkan....begitulah keadaan jeti ini.Kayu sudah reput,
menunggu mangsa jatuh ke dalam sungai.
YB Gwee dan YB Dr Mohammad bersama nelayan di atas jeti yang uzur
dan berisiko tinggi.
YB Gwee dan YB Dr Mohammad bersama nelayan di atas jeti yang uzur
dan berisiko tinggi.
Kelihatan YB Dr Mohammad berdialog dengan para nelayan.
YB Dr Mohammad dan YB Gwee tekun mendengar rintihan para nelayan.
Berita di atas tersiar dalam akhbar Sin Chew Jit Poh,Nanyang Siang Pau, China Press dan Oriental Daily News pada hari Khamis, 9 Disember 2010.
TERIMA KASIH,TERIMA KASIH,TERIMA KASIH 5
Posted in: ADUAN RAKYAT, JETI NELAYAN, terima kasihSEBAHAGIAN DARIPADA TEKS UCAPAN (DAN JAWAPAN)
YB DR MOHAMMAD BIN TASLIM, ADUN MAHARANI
DALAM
MESYUARAT PERTAMA BAGI PENGGAL PERSIDANGAN KETIGA
DEWAN NEGERI JOHOR KE-12
PADA 6 JULAI 2010
i) Maharani mempunyai persisiran pantai yang agak luas dan sebahagian penduduk bekerja sebagai nelayan sepenuh masa.Sebagai pembekal protein mereka perlu dibantu.
Prasarana perlu dipertingkatkan segera .
Menyelenggara parit hingga ke kuala supaya tidak cetek atau semak ditutupi pokok bakau dll sehingga menyusahkan mereka turun ke laut.Contoh di jeti Parit Perupuk Laut,Muar dalam DUN Maharani.
(Pegawai LKIM menemui YB Dr Mohammad selepas berucap dan berjanji akan meneliti dan menyelesaikan masalah jeti di Parit Perupuk Laut dan Pt Unas Laut.Terima kasih Tuan.)
JAWAPAN YB PENGERUSI JK PERTANIAN DAN INDUSTRI AS AS TANI:
YB Maharani ada membagkitkan soal yang berkaitan dengan keperluan jeti yang sempurna untuk nelayan-nelayan di kawasan Muar,juga soal Koperasi Nelayan yang tidak begitu bergerak untuk membantu nelayan bagi menyalurkan bantuan.Banyak program-program yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan yang mana ianya juga merupakan fokus utama kerajaan.Bagi nelayan yang miskin,kerajaan telah memb erikan bantuan seperti peralatan tangkapan ikan bagi memudahkan mereka menjalankan kerja menangkap ikan.Bantuan tersebut diberikan kepada nelayan yang tersenarai sebagai miskin tegar ataupun miskin berpandukan kepada senarai e-kasih.
Kerajaan banyak menyediakan kemudahan infrastruktur terutamanya pembinaan jet.Kebanyakan jeti-jeti yang dibina di kawasan sungai lokasinya ditentukan sendiri oleh sebahagian besar daripada nelayan-nelayantersebut.
Dari segi penyalur bantuan kebanyakannya disalurkan melalui Persatuan Nelayan Kawasan bukan Koperasi.Persatuan Nelayan merupakan instutusi yang sah yang ditubuhkan di bawah Akta Persatuan Nelayan yang diiktiraf oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM).Nelayan perlu menjadi ahli Persatuan Nelayan Kawasan untuk membolehkan mereka terlibat dalam apa jua program yang dijalankan..Kerajaan memberi elau n sara hidup kepada masyarakat nelayan sebanyak RM200.00 sebulan.
Koperasi Nelayan hendaklah dibagunkan dengan sokongan Kerajaan dan bantuan yang diperlukan diagihkan dengan adil.Kembalikan semula bantuan sara hidup untuk mereka seperti yang disbut oleh rakan saya dari Skudai..Kita tidak mahu melihat mereka terjebak dengan meminjam daipada Ah Long.
Jawapan Pengerusi JK Pertaniandan Industri Asas Tani kepada soalan bertulis ADUN Maharani tentang masalah nelayan di Parit Perupuk Laut:
Tindakan penggalian Parit Perupuk telah pun diambil dengan melaksanakan kerja-kerja penggalian Parit Perupuk dari Kuala sehingga ke Jalan Abdul Rahman sepanjang 2,000 meter.Kerja-kerja ini termasuk membersihka pokok-p okok yang tumbuh di sepanjang tebing parit dan telahpun siap dilaksanakan pada awal Jun 2010 yang lalu.
Bahagian kuala atau muara Parit Perupuk juga akan didalamkan.Sebut harga bagi kerja-kerja ini telah dipanggil dan dijangka dapat dilaksanakan pada bulan Julai 2010 yang akan datang.
------------------------------------------------- ---------------------------------------------------------Jawapan Pengerusi JK Pertaniandan Industri Asas Tani kepada soalan bertulis ADUN Maharani tentang masalah nelayan di Parit Perupuk Laut:
Tindakan penggalian Parit Perupuk telah pun diambil dengan melaksanakan kerja-kerja penggalian Parit Perupuk dari Kuala sehingga ke Jalan Abdul Rahman sepanjang 2,000 meter.Kerja-kerja ini termasuk membersihka pokok-p okok yang tumbuh di sepanjang tebing parit dan telahpun siap dilaksanakan pada awal Jun 2010 yang lalu.
Bahagian kuala atau muara Parit Perupuk juga akan didalamkan.Sebut harga bagi kerja-kerja ini telah dipanggil dan dijangka dapat dilaksanakan pada bulan Julai 2010 yang akan datang.
SOALAN BERTULIS ADUN MAHARANI DALAM PERSIDANGAN DEWAN NEGERI JOHOR (Julai 2010): |
3.B 108 | Nelayan Parit Perupuk Laut Muar mengadu masalah parit cetek,sempit dan tebing dipenuhipokok-pokok,tiada lampu jalan.Lawatan bersama Pegawai Jabata Pengaliran dan SaliranMuar dilakukan pada 3 Mac 2010.Hingga sekarang tiada tindakan diambil, mengapa? Jawapan: Tindakan penggalian Parit Perupuk telahpun diambil dengan melaksanakan kerja- kerja penggalianParit Perupuk dari Kuala sehinggan ke Jalan Abdul Rahman sepanjang 2,000meter.Kerja-kerjaini termasuk member ihkan pokok-pokok yang tumbuh di sepanjang tebing parit dsn telahpun siap dilaksanakan pada awal Jun 2010 yang lalu.Bahagian kuala atau muara Parit Perupuk juga akan didalamkan. Sebut harga bagi kerja-kerja ini telah dipanggil dn dijangka dapat dilaksanakan pada bulan Julai 2010yang akan datang. . |
ADUN Maharani,YB Dr Mohammad Taslim,bagi pihak penduduk yang terlibat mengucapkan jutaan terima kasih di atas tindakan yang telah diambil oleh YB Pengerusi Jawatankuasa yang berkenaan termasuk JPS,LKIM,MPM,Pejabat Daerah Muar.
Masalah nelayan di Parit Perupuk Laut Muar nampaknya telah dapat diselesaikan dengan segera.Perkara ini turut mendapat perhatian akhbar-akhbar dan turut dibangkitkan dalam Mesyarat Dewan Negeri Johor dalam bulan Julai yang lalu seperti sedutan ucapan dan soalan YB Dr Mohammad yang tertera di atas.
TERIMA KASIH sekali lagi.
Gambar-gambar yang dirakamkan oleh YB hari ini,11 Ogos 2010, menceritakan segala-galanya..........

Inilah di antara tenaga kerja yang terlibat...sedang berihat?
Saujana mata memandang,dari jeti arah ke Selat Melaka,
parit telah didalamkan dan dibersihkan.
parit telah didalamkan dan dibersihkan.
Air tenang,tebing bersih menunggu nelayan turun ke laut.
Perahu menungu tuannya turun ke laut.
Pandangan dari jeti arah ke darat menghadap Jalan Junid Muar.
LAWATAN KE JETI NELAYAN PARIT UNAS LAUT MUAR
Posted in: JETI NELAYAN, LAWATAN
YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani,dan ahli jawatankuasa DUN Maharani telah menemui nelayan di jeti Parit Unas Laut Jalan Abdul Rahman Muar pada petang Selasa 15 Jun 2010.Turut serta dalam lawatan tersebut ialah Sdr Abdul Razak |Sulaiman (SU Politik ADUN),Sdr Abu Bakar Ismail (Pengarah MTD Maharani) dan ahli jawatankuasa Tuan Hj Selamat Othman dan Sdr Tupin Ngadian.Mereka berada hampir satu jam meninjau keadaan di jeti dan mendapat maklum balas daripada nelayan.
Pada satu masa dahulu mereka selalu kecurian enjin boat dan peralatan menangkap ikan.Setelah lampu dipasan dan ditambah di sekitar jeti barulah masalah ini berjaya diatasi.Masalah mereka ialah jeti ini terlalu sempit untuk menampung lebih 40 buah boat yang berlabuh di sini.Nelayan keturunan Cina dan Melayu dapat bekerjasama sejak puluhan tahun yang lalu.

Mercu Tanda - Ini lampu setinggi 40 kaki yang dipasang
untuk panduan nelayan apabila turun ke laut.
untuk panduan nelayan apabila turun ke laut.
YB Dr Mohammad bersama AJK DUN dan nelayan
Meninjau sekitar jeti
Papan usang menjadi jeti.Sdr A Bakar di kiri sekali
dan Tuan Hj Selamat berkopiah
Jeti ini perlu diganti baru
Air surut.Pandangan dari jeti arah ke laut.
Pos Polis ini membantu menjaga keselamatan nelayan
juga mengelakkan negara diceroboh.
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )