Memaparkan catatan dengan label hospital. Papar semua catatan

POKOK BESAR DI TEMPAT PARKIR HOSPITAL MUAR


Ingat gambar ini ketika diambil pada bulan Disember 2010 ?
YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani) dan YB Gwee Tong Hiang (ADUN Bentayan) melahirkan rasa bimbang dengan kehadiran sebatang pokok besar di kawasan parkir awam Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) Muar. Pokok ini sudah mula reput dan ada kesan dibakar pada pangkalnya. Pokok parasit pula telah tumbuh di bahagian atasnya. Ini mengundang bahaya kepada pelawat hospital ini.




Gambar dahulu : YB Dr Mohammad, YB Gwee dan seorang pelawat hospital
menunjukkan pokok yang membahayaka pelawat hospital.

Hari ini, Khamis 9 Jun 2011,  dalam lawatan ke HPSF  Muar didapati pokok di atas telah pun di tebang. Alhamdulillah dan terima kasih Pengarah HPSF dan kakitangannya yang perihatin dengan masalah rakyat. Tahniah !

Lapang dan selamat...tiada lagi pokok besar

Tempat parkir HPSF bagaimana pula ?  Nampaknya tiada
perubahan ! Bila agaknya nak diturap tempat parkir awam ini ?


Gambar dahulu, Disember 2010

Sekarang ? Belum ada perubahan nampaknya.

Read More

MASALAH PARKIR HOSPITAL MUAR


Ruang parkir hospital terhad


MUAR – Kekurangan ruang parkir di sebuah hospital di bandar ini nyata membebankan orang awam untuk berurusan terutamanya membabitkan kes-kes kecemasan.

Mereka mendakwa masalah itu seperti tiada penyelesaiannya sehingga menyebabkan orang awam yang ingin melawat pesakit terpaksa mengambil masa yang agak lama semata-mata mencari ruang parkir yang kosong.

Orang awam, Mohd Farid Muhammad, 26, berkata, situasi itu sedikit sebanyak memberi tekanan kepada pelawat.

Menurutnya, lebih mendukacitakan apabila ramai pengunjung terpaksa berulang kali melakukan pusingan disekitar kawasan parkir tetapi masih tidak menjumpai ruang parkir yang kosong.

“Terdapat bahagian parkir yang tidak berturap, berlopak dan menjadi tempat takungan air selepas hujan memberikan rasa tidak selesa kepada pengunjung.

“Saya meminta pihak berkenaan supaya mengambil tindakan sewajarnya supaya masalah ini dapat diatasi dengan berkesan,” katanya  kepada Sinar Harian.

Berikutan menerima banyak rungutan daripada orang awam, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bentayan, Gwee Tong Hiang untuk turun padang meninjau situasi sebenar yang berlaku.

Menurutnya, ketika berada di sana mereka dapat melihat keadaan sebenar seperti mana rungutan yang diterima daripada orang awam dan keadaan ruang parkir penuh sesak pada jam 1 petang yang merupakan waktu melawat pesakit.

“Isu ini telah dipanjangkan dalam Persidangan Dewan Negeri Johor (Bajet 2011) yang lalu dan jawapan yang diberikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita Dan Keluarga, Kebajikan Masyarakat Dan Kesihatan Johor, Dr Robia Kosai ialah kerajaan mengambil langkah jangka pendek dan panjang bagi mengatasi kekurangan tempat letak kereta di hospital berkenaan.

“Sebagai langkah jangka pendek, hospital ini bercadang untuk merobohkan bangunan lama JKR 290 iaitu wad 9 lama yang tidak digunakan lagi. Ruang-ruang kosong itu boleh menempatkan sebanyak 50 buah kenderaan dalam satu-satu masa.

“Untuk jangka masa panjang, hospital telah memohon projek parkir bertingkat bagi Projek Ambulatory Call Centre dalam Rancangan Malaysia Ke-9 dan Ke-10,” katanya.

Hadir sama, ADUN Maharani, Dr Mohamad Taslim.
Pihaknya berharap masalah itu dapat diatasi segera demi keselesaan bersama. 


sumber:   http://www.sinarharian.com.my/sh/johor/content/story8567866.asp
               Sinar Harian Khamis 30 Disember 2010 
Berita ini telah disiarkan dalam semua akhbar utama China pada 10 dan 11 Disember 2010.
Daerah






 




Read More