Memaparkan catatan dengan label tanah mendap. Papar semua catatan
TANAH MENDAP DI PARIT AMAL LAUT , JALAN JUNID, MUAR -UPDATE
Posted in: tanah mendap
Masalah tanah mendap di DUN Maharani kerap berulang.YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani,telah mengutarakan masalah ini kepada Jabatan Pengairan dan Saliran Muar, juga dalam Persidangan Dewan Negeri Johor.Pihak akhbar juga memberi liputan kepada masalah ini.
Alhamdulillah hari ini tindakan telah diambil oleh pihak yang berkuasa di beberapa tempat termasuk di Parit Amal Laut,Jalan Junid , Parit Keroma, Parit Sakai Laut dan Parit Unas.Pemantauan berterusan disarankan supaya tidak menimbulkan kesusahan kepada rakyat.
TERIMA KASIH JPS DAN JABATAN YANG BERKAITAN.
Read More

Inilah keadaan jalan di Parit Amal Laut,Jalan Junid,Muar
ketika mendap.Ini kemendapan kali ketiga,berulang selepas di tambak.
Hari ini (Oktober 2010) kerja-kerja baikpulih sedang dijalankan.
Kenderaan sudah boleh melalui jalan ini.
Batu-batan dalam sangkar ini diharap dapat menyelesaikan masalah.
Keadaan parit ini meman berpotensi untuk mendap.
Satu lagi bahagian di Parit Amal Laut yang mendap
dan sedang dibaikpulik.
Sangkar batu ini diharap akan menyelesaikan masalah tanah mendap.
TANAH MENDAP DI PARIT KEROMA - UPDATE
Posted in: tanah mendapSekolah Kebangsaan Parit Keroma ,Jalan Temenggong Ahmad,Muar
DAHULU : tanah mendap di hadapan sekolah.
Sekarang (gambar diambil pada 3 November 2010):
Kerja-kerja pemulihan sedang dijalankan.
Peruntukan sebanyak RM60,000.00 telah diluluskan.
Sangkar batu dipasang.
Walau bagaimanapun ada beberapa tempat lagi di parit ini yang mendap dan memerlukan perhatian pihak berkuasa.
ADUAN RAKYAT : TANAH MENDAP DI DUN MAHARANI -Berita Harian
Posted in: ADUAN RAKYAT, tanah mendapJohor: Jalan depan sekolah mendap
Oleh Junita Mat Rasid

MUAR: Hujan lebat sejak kira-kira seminggu lalu menyebabkan beberapa jalan di sekitar Parit Keroma, Parit Amal dan Parit Unas, dekat sini, mengalami masalah mendap sehingga boleh membahayakan keselamatan pengguna jalan raya terutama kanak-kanak.
Oleh Junita Mat Rasid
junita@bharian.com.my
2010/08/16
HUJAN lebat menyebabkan jalan sekitar Parit Keroma mendap.
Tinjauan Edisi Johor mendapati hampir separuh laluan berhadapan dengan pintu utama sekolah berkenaan didapati mendap dengan tebing parit turut runtuh menyebabkan ia hanya boleh dilalui oleh pejalan dan motosikal
Selain itu jambatan kecil yang terletak di tepi lokasi jalan mendap itu juga turut terdapat kesan runtuhan, selain kesan retak yang ketara di sekitar jalan raya berhampiran jambatan dan jalan yang mendap.
Keadaan tebing runtuh juga turut dikesan di hadapan rumah penduduk yang terletak hanya kira-kira 50 meter dari sekolah itu dan dipercayai berlaku sejak akhir Jun lalu dan sehingga kini belum diperbaiki.
Selain itu, turut mengalami masalah mendap yang serius ialah kawasan sepanjang kira-kira 50 meter di Jalan Parit Amal Laut, menyebabkan ia laluan itu berbahaya kepada semua pengguna jalan raya.
Masalah jalan mendap di Parit Amal itu dikatakan masalah berterusan yang tiada penyelesaian sejak bertahun lalu dengan kali terakhir jalan itu mendap lagi sejak kira-kira seminggu lalu.
Sebelum ini jalan itu sudah beberapa kali dibaiki dan diturap semula tetapi ia akan kembali rosak serta mendap semula dengan lebih teruk lagi.
Seorang penduduk, Lim Ah Chee, 41, yang tinggal paling hampir dengan laluan itu, berkata masalah jalan mendap itu membahayakan penduduk yang melalui laluan itu terutama setiap kali hujan lebat berterusan.
"Jika hujan lebat berterusan beberapa hari sahaja, jalan itu akan mendap semula dan saya bimbang dengan keselamatan mereka yang melalui jalan itu terutama pada waktu malam," katanya.
Katanya, masalah jalan mendap itu sudah berulang sekurang-kurangnya tiga kali menyebabkan kajian mengenai keadaan tanah di laluan itu perlu dilakukan bagi memastikan jalan itu tidak lagi mengalami kerosakan teruk.
Masalah jalan mendap yang berulang juga turut berlaku di Jalan Parit Unas Darat apabila jalan yang baru siap dibaiki dan digunakan sejak kira-kira tiga bulan lalu, rosak semula selepas hujan lebat berterusan.
Sementara itu Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Maharani, Dr Mohamad Taslim, berkata pihaknya sudah membuat laporan mengenai keadaan jalan itu termasuk di laluan di hadapan SK Parit Keroma.
"Kita sudah membuat laporan kepada Jabatan Parit dan Saliran (JPS) dan Pejabat Daerah mengenai keadaan beberapa jalan yang mendap di sekitar kawasan DUN Maharani terutama kawasan yang paling teruk di hadapan SK Parit Keroma, Jalan Parit Amal Laut dan Jalan Parit Unas Darat," katanya.
sumber: http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Johor_Jalandepansekolahmendap/Article
ADUAN RAKYAT : TANAH MENDAP DUN MAHARANI - Utusan Malaysia
Posted in: ADUAN RAKYAT, tanah mendapMasalah tanah mendap DUN Maharani semakin serius
MOHAMMAD Taslim menunjukkan keadaan permukaan jalan yang mendap dan menyukarkan orang ramai menggunakan laluan tersebut di Parit Amal Laut, Jalan Junid, Muar, Johor, semalam. |
MUAR 13 Ogos - Masalah tanah mendap di beberapa lokasi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani di sini dikesan semakin serius dengan rekahan jalan menyukarkan kehidupan harian penduduk.
Antara lokasi yang mengalami mendapan serius adalah jalan di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Parit Keroma berhampiran Jalan Temenggong Ahmad, Parit Unas berhampiran Jalan Abdul Rahman, Parit Amal Laut dan Parit Raja Laut berhampiran Jalan Junid.
Masalah mendapan berhampiran SK Parit Keroma, beberapa bahagian jalan yang menghadap sekolah tersebut telah terbahagi dua.
Rekahan berkenaan mengakibatkan sebahagian dasar jalan berlubang sedalam kira-kira 0.5 meter dan terpaksa ditanda pancang kayu serta tali amaran sebagai peringatan kepada pengguna kenderaan.
Keadaan jalan itu amat menyukarkan ibu bapa menghantar dan mengambil anak-anak mereka di sekolah berkenaan dan pemandu terpaksa melalui bahu jalan.
Utusan Malaysia difahamkan, masalah itu telah berlanjutan sejak seminggu lalu dan ia dikhuatiri semakin serius jika tidak dibaiki segera.
Sementara itu, tinjauan di Parit Unas berhampiran Jalan Abdul Rahman mendapati masalah mendapan dan jalan merekah lebih serius kerana ia melibatkan laluan sepanjang kira-kira 10 meter.
Menurut seorang penduduk, Lim Ah Chee, 51, jalan berkenaan telah diturap lebih tiga kali namun masalah tanah mendap dan jalan merekah tetap berulang.
"Pihak berkuasa perlu mengkaji betul-betul tanah di kawasan ini sebelum membaiki semula jalan kerana kita tidak mahu masalah ini terus berulang," katanya.
Pendapat Ah Chee turut disokong Osman Lani, 59, yang berharap aspek keselamatan orang ramai diberi penekanan utama dalam mengatasi masalah tersebut.
"Akibat tanah mendap, telah banyak kali berlaku kejadian kereta dan motosikal jatuh ke dalam parit di persimpangan jalan di hadapan rumah saya," katanya.
Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Dr. Mohammad Taslim berkata, beliau telah memaklumkan masalah itu kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) serta beberapa agensi kerajaan yang berkaitan.
"Saya minta supaya masalah tanah mendap dan jalan merekah ini dapat diatasi dengan segera kerana ia membabitkan keselamatan penduduk yang melalui kawasan ini," katanya.
ADUAN RAKYAT : TANAH MENDAP DI PARIT KEROMA - sinarharian
Posted in: ADUAN RAKYAT, sinar harian, tanah mendap
Tanah mendap perlu tindakan segera
JALAN TEMENGGONG AHMAD – Penduduk di Parit Keroma Tengah di sini diancam bahaya berikutan masalah tanah mendap yang berlaku di kawasan tersebut kian menjadi semakin serius.
Tinjauan Sinar Harian ke tempat kejadian mendapati di sepanjang kampung itu telah mempunyai tiga kawasan tanah mendap yang memerlukan pemerhatian dan tindakan segera daripada pihak berwajib.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani, Dr Mohamad Taslim berkata, beliau menggesa pihak berwajib supaya dapat mengambil tindakan segera supaya masalah itu dapat diatasi dengan segera.
Menurutnya, sebanyak tiga lokasi tanah mendap yang telah dikenalpasti yang mana salah satunya daripadanya berlaku di hadapan Sekolah Kebangsaan Parit Keroma, di sini.
“Tanah mendap di kawasan sekolah ini adalah lokasi yang paling teruk di mana ia telah mendap sehingga sedalam tiga kaki.
“Senario ini sangat membimbangkan dan berbahaya kepada warga sekolah ini terutamanya murid-murid di sini,” katanya ketika ditemui semasa melawat tempat kejadian di sini, semalam.
Menurutnya, terdapat sebahagian murid-murid di sekolah tersebut menaiki basikal ke sekolah dengan menggunakan jalan itu.
“Jadi saya bimbang murid-murid ini boleh terbabas ketika menggunakan jalan ini dan seterusnya terjatuh ke dalam parit yang berhampiran,” katanya.
Mohamad berkata, masalah tanah mendap itu dikenalpasti berpunca daripada tanah rizab parit yang terlalu kecil dan hampir dengan bahu jalan.
“Tambahan pula kerja-kerja pembersihan parit ini sedikit sebanyak telah menjadikan struktur tanah ini terhakis dan mudah runtuh setiap kali hujan lebat.
“Bagaimanapun, kejadian ini telah mendapat perhatian daripada pihak Jabatan Perparitan dan Saliran (JPS) dan meminta supaya masalah ini dapat diselesaikan dengan segera,” katanya.
Menurutnya, ini kerana ada bahagian tanah mendap yang sudah berlaku sejak tiga bulan lalu dan sehingga kini masih tiada sebarang tindakan yang dilakukan.
Sementara itu, Jurutera JPS daerah Muar dan Ledang, Mohamad Hayal Atan berkata, pihaknya akan cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan segera.
Menurutnya, bagaimanapun masalah tanah mendap itu sukar untuk diselesaikan kerana sebarang tindakan yang dilakukan tidak akan memberi kesan yang optimum disebabkan oleh struktur tanah ini yang lemah.
“Mekanisme terbaik yang boleh dilakukan untuk mengurangkan masalah ini ialah dengan menganjakkan sedikit jalan ini ke belakang daripada jalan yang asal,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Menurutnya, kenderaan berat seperti lori yang turut menggunakan jalan itu juga dikenal pasti menjadi penyebab jalan berkenaan mendap dan rosak.
sumber: http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story8049169.asp
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Maaf Encik,no entry..jalan mendap.

Wartawan Sinar Harian,Cik Nur'Asyikin,menemu ramah penduduk terlibat
dengan diperhatikan oleh Sdr Abdul Razak.

Wartawan Sinar Harian,Cik Nur'Asyikin,menemu ramah penduduk terlibat
dengan diperhatikan oleh Sdr Abdul Razak.
Updatrd 22 September 2010:
Menurut Seorang Juruteknik JPS (Jabatan Pengairan dan Saliran) Muar kos membuat dinding konkrit parit untuk menyelesaikan masalah tanah mendap ini lebihkurang RM2500.00 - 3000.00 setiap meter.Ia memerlukan peruntukan yang besar jadi sementara menunggu peruntukan penduduk disyorkan menggunakan jalan di seberang parit.Jalan yang mendap ini sebenarnya tanah rezab JPS untuk laluan jentera menggali parit.
Penduduk masih menunggu masalah ini diselesaikan.............
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )