TERIMA KASIH, TERIMA KASIH, TERIMA KASIH (2)


Seorang penduduk di hadapan Taman Sri Cempaka Jalan Joned Muar mengadu kepada YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani,tentang dua masalah di Tamannya iaitu:
Pertama  masalah jalan masuk ke Taman tersebut sempit kerana kedudukan tembok jambatannaya dan sebatang paip air terlalu jauh jaraknya menyebabkan kekeliruan kepada pengguna dan menyebabkan kemalangan.

Masalah ini telalu diajukan dengan segera oleh YB Dr Mohammad kepada Majlis Perbandaran Muar.En. Nazri Abdul Rahman selaku jurutera yang bertanggung jawab dengan  segera datang untuk meninjau keadaannya wala upun ketika itu  hujan turun.Alhamdulillah dalam masa kurang dari dua minggu masalah ini telah dapat diselesaikan.Inilah hasilnya:

Jambatan ini telah dibesarkan dan tembok dibina bersebelahan dengan batang paip.
Jalan di seberang jalan ialah Jalan Sri Cempaka,Taman Sri Cempaka,Jalan Junid Muar.

Cantik,tiada kesamaran kerana tembok dan batang paip
telah dirapatkan kedudukannya 
 
  Jambatan di jalan masuk yang telah dibesarkan di seberang jalan,
dilihat dari Jalan Sri Cempaka.


Masalah kedua ialah tentang sebuah lot banglo kosong  yang tidak mempunyai parit  sedangkan lot lain telah didirikan rumah dan dibina parit..Ini menyebabkan banjir apabila hujan.
Inilah parit 'U' yang dibina oleh MPM di hadapan lot banglo kosong
yang menyebabkan banjir


Pandangan parit yang siap

Pandangan parit dari sudut lain

TERIMA KASIH MPM kerana perihatin dengan masalah rakyat dan pantas bertindak.

___________________________________________________________________________________

Di bawah ini pula masalah parit yang tidak dibersihkan di Parit Perupuk Tengah. yang telah diadukan  kepada YB Dr Mohammad:

 
 YB Dr Mohammad menerima aduan rakyat tentang parit di atas di Pt Perupuk Tengah 
ini dipenuhi rumput.Dengan tindakan segera YB dan
 dengan kerjasama daripada  MPM/JPS Muar masalah ini segera diselesaikan .

 Wah....dah bersih ! Terima kasih MPM dan JPS Muar tapi pastikan
semua perparitan diawasi dan diberihkan.






0