KOMPLEKS MAHKAMAH MUAR - MERCU TANDA BARU BANDAR MAHARANI


Daerah Muar khususnya bandar Maharani mendapat mercu tanda baru apabila Kompleks Mahkamah Muar di Parit Perupuk Jalan Temenggong Ahmad Muar siap tidak lama lagi.Kompleks ini mula dibina sejak awal tahun 2008 yang lalu.Bangunan yang tersergam indah dan gagah ini memerlukan beberapa penambahbaikan setelah lebih dua tahun penduduk di sekitarnya menghadapi kesan pembangunannya.


Bahagian  hadapan Kompleks  ini cantik dengan ditanam pokok palm dan landscaping dibuat di antara pagar dan parit.

Landscape di hadapan Kompleks  telah siap
Bahu jalan perlu dikemas untuk mengelak kemalangan kerana jalan di sini terlalu sempit dan membahayakan. Di hadapan bangunan ini terdapat sebuah bengkel , surau, kedai runcit dan kedai iklan.
Tiada lorong pejalan kaki di tepi jalan ini.Dicadangkan supaya ditutup parit konkret di hadapan bangunan ini (lihat gambar di atas)  supaya boleh dijadikan laluan untuk pejalan kaki yang berurusan dengan mahkamah 


 Bangunan ini ialah Madrasah Ribat Parit Perupuk.Jika parit ini ditutup ia boleh digunakan oleh pelajar madrasah ini dan juga orang ramai berjalan kaki ke masjid Al Hikmah Pt Kadi yang berhampiran.

 Ini gambaran parit di sebelah pintu masuk ke Kompleks Mahkamah.Lihat tiada ruang untuk pejalan kaki.Untuk keselamatan pejalan kaki parit ini mesti ditutup.

Lampu jalan perlu dipasang pada setiap batang tiang elektrik di sepanjang jalan ini untuk keselamatan pengguna jalan raya waktu malam.

Bahagian tepi pagar di jalan masuk ke Parit Perupuk (dari hadapan)  nampaknya ditumbuhi rumput dan mencemarkan pandangan. Diharap akan dibuat landscaping seperti di bahagian hadapan Kompleks.

"Projek Kerja melebarkan Jalan Parit Perupuk (Tengah) Jalan Temenggong Ahmad,Muar" bersebelahan Kompleks telah selesai.

 Ini pula pandangan Jalan Kg Parit Perupuk menghala ke Jalan Temenggong Ahmad.Jalan ini nampaknya seperti diturap semula sahaja dan tidak nampak kesan dilebarkan.
.
 Jika jalan ini diturap sehingga ke sempadan parit barulah lebar seperti di tulis di papan tanda.

Pandangan tepi pagar Kompleks di sebelah Jalan Parit Perupuk dari sebelah belakang.
Rumput tumbuh subur,sesuai untuk makanan lembu !
__________________________________________________________________________________
Gambar di atas diupdate pada 31 Mei 2010:

  Ada perubahan...rumput dah dipotong...
___________________________________________________________________________________

Jalan masuk ke Kompleks di bahagian belakang bangunan melalui Jalan Parit Perupuk.
Perhatikan TIADA  parit kecil di keliling pagar Kompleks.
Parit di sebelah kiri jalan sepatutnya dibuat parit konkret 'U' untuk mengelakkan hakisan yang boleh meruntuhkan jalan ini.
Perkara ini telah dimaklumkan kepada Majlis Perbandaran Muar oleh YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani..YB Dr Mohammad telah melawat tempat ini bersama-sama jurutera MPM sebelum bangunan ini siap dahulu ekoran daripada aduan oleh penduduk di sini.
Kita tunggu tindakan seterusnya daripada MPM.

Pandangan pintu masuk Kompleks di bahagian belakang.
Jalan ini yang menghubungkkan bahagian belakang Kompleks ini dengan Jalan Parit Perupuk Tengah juga memerlukan parit konkret 'U' untuk mengelak daripada banjir berlaku.

Ini parit di belakang Kompleks yang memerlukan parit konkret 'U' untuk mengelak hakisan dan jalan runtuh.
Pandangan bahagian luar sisi pagar bahagian tepi di belakang Kompleks.
Di sini pun tiada  parit konkret di luar pagar yang akan dapat mengelakkan banjir berlaku di tanah dan bangunan di sebelah Kompleks.
Parit sempadan di bahagian hadapan Kompleks ini terlalu cetek,dibimbangi tidak mampu menampung air jika hujan lebat dan mengakibatkan banjir.Parit ini juga hanya meliputi sebahagian daripada sempadan Kompleks ini

 Di sebelah Kompleks ini terdapat sebuah warong yang telah lama menjalankan perniagaan.Tuan punya warong ini telah berusaha bersunguh-sungguh melalui saloran rasmi untuk memohon pembinaan parit ini.Kompleks ini mempunyai parit di bahagian dalam Kompleks sahaja.

Jalan  di belakang Kompleks ini menunggu masa untuk runtuh jika parit konkret 'U' tidak segera dibina.
Penduduk di sekitarnya pula akan menghadapi masalah banjir kerana kawasan di keliling Kompleks ini rendah.

Inilah jalan yang menghubungkan bahagian belakang Kompleks dengan Jalan Parit Perupuk Tengah.
Parit konkret 'U' hendaklah dibina untuk mengelakkan banjir.Kawasan ini kerap dilanda banjir waktu hujan lebat.

Pandangan jalan dari belakang Kompleks ke arah Jalan Parit Perupuk Tengah.
Jalan cantik baru ditar tetapi tiada parit konkret 'U' ditepi jalan ini.
Rumah-rumah di tepi jalan ini menanggung risiko banjir bila hujan lebat.

Penduduk-penduduk di sini mengucapkan ribuan terima kasih kepada MPM yang menurap jalan di sini.Dua tahun mereka bersabar dengan jalan yang rosak teruk kibat kerja-kerja pembinaan Kompleks ini.
Mereka mohon supaya parit konkret 'U' dapat segera dibina sebelum hujan merosakkan jalan,rumah dan harta benda.Jalan Parit Perupuk pula hendaklah dilebarkan.


YB Dr Mohammad akan terus memantau perkembangan di kawasan ini supaya rakyat hidup selesa dan sejahtera.

__________________________________________________________________________________
UPDATED NEWS:

Monday, June 7, 2010


Majlis Penyerahan Kompleks Mahkamah Muar

Khamis, 3 Jun 2010

Pada hari ini, YB Datuk Liew Vui Keong, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah berkesempatan menyempurnakan Majlis Penyerahan Kompleks Mahkamah Muar yang baru kepada pihak Mahkamah Persekutuan. Projek Kompleks Mahkamah Muar ini telah siap sepenuhnya pada 24 Mei 2010 dan mempunyai 2 Mahkamah Tinggi, 3 Mahkamah Sesyen dan 5 Mahkamah Majistret.

Dengan siapnya Kompleks Mahkamah ini, Liew merasa yakin bahawa ianya akan dapat beroperasi dengan lebih baik serta dapat memberikan perkhidmatan yang berkualiti kepada masyarakat yang berurusan dengan Mahkamah terutamanya penduduk disekitar daerah Muar dan seterusnya meningkatkan lagi status badan pentadbiran kehakiman negara.

Liew kemudianya menegaskan bahawa Kerajaan pada masa ini memberikan perhatian yangg serius terhadap semua projek-projek pembangunan Kerajaan sama ada yang akan dilaksanakan ataupun yang dalam pelaksanaan. Menurut beliau, kejayaan sesuatu projek Kerajaan bukan sahaja diukur adapabila projek itu siap sepenuhnya, tetap sesuatu projek itu perlu diukur berdasarkan kepada tempoh siap projek dan kualiti projek tersebut.

Majlis tersebut turut dihadiri oleh Dato' Abdullah Sani bin Ab. Hamid, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri dan Tuan Hashim bin Hamzah, Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia bersama-sama Datin Ir. Azizah Osman, Pengarah Cawangan Kerja Bangunan Am, Jabatan Kerja Raya Malaysia.

Timbalan Menteri juga berkesempatan mengadakan sesi lawatan ke sekitar bangunan kompleks yang baru dan berpuas hati dengan keadaan infrastruktur.


Galeri Gambar

























0