SELAMAT DATANG KE TANJONG EMAS MUAR !
Posted in: TANJONG EMASSELAMAT DATANG KE TANJONG EMAS MUAR !!
Muar boleh berbanggga dengan adanya taman yang terletak di Tanjong Emas.Pengunjung-pengunjung boleh menikmati berbagai-bagai kemudahan awam.Yang paling penting bagaimana masyarakat menghargainya dan bagaimana tanggung jawab Majlis Perbandaran Muar menjaga kawasan ini.
Pagi ini,Sabtu 29 mei 2010 YB Dr Mohammad Taslim dan isteri,Puan Rubiah Raffee, berjogging dan beriadah di Tanjong Emas Muar.
Apabila anda sampai ke penghujung Tanjong Emas anda akan disambut oleh sebiji durian gergasi.Durian ini dahulunya terletak di hadapan Jambatan Sultan Ismail Muar,sekarang dibina menara jam besar.
Inilah buah durian gergasi dari Muar
Sebuah Taman Riadah terletak di sebelah tempat letak kereta.
Kelihatan Puan Rubiah di pintu masuk Taman sebelum memulakan riadah pagi.
Di tepi taman ini ada benteng sungai.Anda boleh menikmati
pemandangan Selat Melaka di sini (atas risiko sendiri! )
Kompleks Marina -Gajah Puteh Muar?
Jeti Marina Menunggu kapal layar berlabuh,tapi tak kunjung tiba !
Jeti Tanjung Emas ,tempat pelabuhan kapal menyusuri Sungai Muar
Jeti Tanjung Emas
Anda boleh menyusuri Sungai Muar dan melihat Kunang-kunang waktu malam
Selamat Datang ke Dataran Tanjung Emas Muar
Pagi Sabtu dan Ahad anda boleh bersama senamrobik di sini
Pemandangan indah Dataran dengan pengunjung bersenamrobik di pagi Sabtu dan Ahad
Gelanggang roller-skating yang popular satu masa dahulu.
Permukaannya sudah pecah di beberapa tempat,perlu dibaikk.
Sebatang Pokok Warisan berdiri gagah di tengah-tengah gelanggang.
Sebatang Pokok Warisan berdiri gagah di tengah-tengah gelanggang.
Eh..ini buai adik bukan untuk kakak !!
Sila ber'refleksologi' di sini
Tempat pejalan kaki ini sudah dipenuhi rumput.Dah sampai masa untuk
dibersihkan atau diracun.
Puan Rubiah termenung melihat rumput di laluan.
Rumput memenuhi tempat pejalan kaki
Di bawah ini kisah tebing mendap di Tanjung Emas:
YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani ) dan YB Gwee Tong Hiang (ADUN Bentayan) telah beberapa kali menimbulkan masalah ini dalam Persidangan Dewan Negeri Johor.Ia juga mendapat liputan akhbar Cina.Katanya sudah dibaikki tetapi masih belum sempurna.Majlis Perbandaran Muar wajib mengambil tindakan segera untuk kebaikan penduduk dan pengunjung.
Dibaikki tapi tak sempurna.
Retak dah terbelah
Bahaya ! Jangan tersangkut kaki.
Close-up
Mula-mula hilang bata kemudian berlobang
Ini gambar dulu.Lobang besar boleh menelan manusia !
Bahaya! Jangan dekat !
Pagi ini ketika YB Dr Mohammad sempat berjogging di sini
nampaknya lobang telah ditutup tapi belum sempurna.
Aman pagi ini....memancing memang hobinya.
Sapa punya harta ni ha? Pandai makan pandailah simpan!.
Pemandangan ini biasa setiap pagi. Sila cadangkan bagaimana nak
Terima kasih MPM diatas kemudahan yang disediakan
tetapi marilah kita bersama menghargai harta awam
dan menjaganya.
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )
Pejabat DUN Maharani
Translator
Demi Masa
Dana Kebajikan DUN
Arkib Blog
-
▼
2010
(259)
-
▼
Mei
(15)
- SELAMAT DATANG KE TANJONG EMAS MUAR !
- TERIMA KASIH,TERIMA KASIH,TERIMA KASIH 4
- PERTANDINGAN BOLASEPAK 7 SEBELAH DAERAH MUAR
- KEMBARA UKHUWAH NISA' MUAR
- KOMPLEKS MAHKAMAH MUAR - MERCU TANDA BARU BANDAR M...
- TERIMA KASIH, TERIMA KASIH, TERIMA KASIH (3)
- SELAMAT HARI GURU 2010
- PELANCARAN DEWAN HIMPUNAN PENYOKONG PAS
- KEBAJIKAN DUN MAHARANI
- TEBING RUNTUH DI PARIT KEROMA MUAR
- TERIMA KASIH , TERIMA KASIH, TERIMA KASIH (1)
- TERIMA KASIH, TERIMA KASIH, TERIMA KASIH (2)
- SELAMAT HARI IBU
- MERAIKAN PASUKAN BOLA JARING PASTI AR RAHMAH
- LAWATAN HARI PEKERJA BERSAMA ADUN MAHARANI
-
▼
Mei
(15)
0