Memaparkan catatan dengan label Ceramah Pakatan Rakyat. Papar semua catatan

AMANAT PERDANA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM DI MUAR


SELASA 3 Januari 2012 : Muar menyambut kehadiran Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk menyampaikan Amanat Perdana di Parit Samsu Jalan Temenggong Ahmad Muar. Lebih 2000 orang menunggu kehadiran beliau dengan penuh sabar dan displin. Beliau tiba jam 11.30 malam selepas berceramah di Serom 3 Panggong, Ledang. Terima kasih kepada PDRM yang bertindak dengan profesional pada malam tersebut. Majlis berjalan dengan aman hingga lepas tengah malam.

DSAI berkaki ayam berceramah di hadapan ribuan peminat dan penyokong Pakatan Rakyat dari segala bangsa yang menunggu kehadiran beliau sejak jam 9.00 malam lagi. Dipercayai ramai penyokong BN hadir untuk mendengar amanat beliau. Intipatinya beliau meyakinkan rakyat bahawa Pakatan Rakyat akan turunkan harga minyak petrol dan tarif elektrik apabila memerintah nanti. Kebajikan rakyat diutamakan.

Majlis pada malam tersebut di pengerusikan oleh Sdr Hizwan Ahmad, Penyelaras PKR Parlimen Muar. YBhg Ustaz Abu Bakar Lajat memulakan majlis dengan membaca doa diikuti dengan penceramah pertama, YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani. Selepas itu Che'gubard mengkisahkan perjalanan hidup pemimpin besar Dato' Sri Anwar dari zaman pelajar hingga sekarang.Pengkisahan yang sangat mengesankan, kisah anak muda yang dikagumi pemimpin dunia dan diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa.
Dato Dr Mahfoz Mohamed, Pesuruhjaya PAS Johor dan Dato' Chua Jui Ming, Pengerusi PKR Johor juga memukau rakyat dengan hujjah mereka. Sambutan daripada rakyat cukup hebat, tanda cahaya kemenangan PR di negeri Johor khusunya.


 
DSAI bersama kepimpinan PR,dari kiri YB Dr Mohamad, Dato' Chua Jui Ming,
Dato' Dr Mahfoz dan YB Dr Sheikh Ibrahim.

Pemimpin PAS mennggu giliran berucap sebelum ketibaan DSAI.

Dato' Chua, Sdr Hizwan dan YB Er Teck Hwa di pentas utama.

YB Dr Mohammad bersama Dato' Chua dan Ketua PKR Muar Sdr Yatin.



Pemimpin di pentas utama.


Jamuan selepas ceramah

Selepas ceramah,Puan Rubiah (isteri YB Dr Mohammad) dan puterinya
tidak melepaskan peluang merakamkan gambar bersama Ehsan, putera DSAI.
YB Dr Mohammad bersama Ehsan putera DSAI.


One for the album.

Jamuan...
 
Muslimat memenuhi ruangan.

Amanat DSAI memukau pendengar.
Rakyat mendoakan kesejahteraan dan keselamatan beliau sekeluarga
Read More

CERAMAH PAKATAN RAKYAT MUAR BERSAMA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM


DATO' SERI ANWAR IBRAHIM GEMPUR MUAR


Hari Jumaat malam Sabtu 27 Mei 2010 Parlimen Muar digegarkan dengan kehadiran Dato' Seri Anwar Ibrahim untuk menyampaikan amanatnya bersama-sama dengan Dato' Dr Mahfoz Mohamed (Pesuruhjaya PAS Johor), Dato' Chua Jui Meng (Pengerusi PKR Johor) dan  YB Ng Sue Lim (ADUN Sekinchan).
Turut hadir ialah YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani), YB Er Teck Hua (Ahli Parlimen Bakri), Ustaz Abu Bakar Lajat (YDP PAS Muar), Tn Hj Malik Md Diah (Timbalan YDP PAS Muar), Sdr HasanKarim dan Sdr Yatin Sarpan (Ketua Keadilan Cabang Muar). Pengacara Majlis ialah Sdr Hizwan Ahmad.

Sdr Hizwan memulakan majlis.

DS Anwar menyampaikan amanat dengan penuh semangat
menangkis hujah-hujah UMNO-BN.



Dato' Dr Mahfoz, Pesuruhjaya PAS Johor.
 

 Dato Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor.


 YB Ng, ADUN Sekinchan,  memikat penonton dengan kefasihannya berbahasa Jawa.

DS Anwar dikerumuni rakyat.

Tetamu - tetamu Kehormat di atas pentas.

Gandingan serasi - DS Anwar dan Dato' Chua.

Mesra - DS Anwar dan Dato' Mahfoz

YB Dr Mohammad, YB Er dan YB Ng di pentas utama.

Dato Chua Jui Meng, Tn Hj Malik Md Diah dan Ustaz Abu Bakar Lajat.

Ceramah selesai, masa untuk jamuan. YB Dr Mohammad melayan tetamu.

Mesra... YB Dr Mohammad dan Sdr Hasan Karim.

Dewan Markas PAS Parit Pechah sesak....

Ribuan rakyat membanjiri dewan dan ruang di keliling Markas
walaupun FRU menunggu di Parit Jamil, 2km dari tempat ceramah.

Terima kasih kepada pihak Polis dan Keselamatan yang membantu mengawal keamanan walaupun keadaan sedia tenang dan aman. Pihak Polis mengarahkan supaya ceramah DS Anwar diberhentikan lebih awal tetapi hasil perbincangan pihak penganjur dan Polis ceramah berjalan lancar sehingga jam 12.00 tengah malam.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Gambar-gambar ehsan daripada Dhamam 

Aman dan selamat - Polis membantu mengawal keselamatan 
di luar pagar/pintu besar markas .

 Pihak Keselamatan sentiasa bersedia menjaga keselamatan.
InsyaAllah ceramah Pakatan Rakyat sentiasa aman jika tiada kacau ganggu.

 Ribuan rakyat di luar dewan. Skrin besar disediakan di luar dewan.
Peniaga menjalankan perniagaan di kawasan yang selesa.
Read More

CERAMAH PAKATAN RAKYAT PARLIMEN MUAR




 Ceramah Pakatan Rakyat Parlimen Muar
Di Markas PAS Parit Amal Jalan Abdul Rahman,Muar (PAJAR)
Pada Hari Khamis 16 Disember 2010

SEKRETARIET PAKATAN RAKYAT PARLIMEN MUAR bergerak bersepadu untuk menawan hati rakyat dan memberi kefahaman politik untuk kesejahteraan rakyat dan negara.Program bersama wakil-wakil daripada komponen parti Pakatan Rakyat  dalam Parlimen Muar diadakan secara berkala.Ini adalah komitmen Pakatan Rakyat untuk menyampaikan maklumat sahih dan terkini supaya rakyat tidak terkeliru dengan berita-berita sensasi akhbar aliran perdana.Kerjasam erat ini dapat memahamkan rakyat bahawa PR sentiasa berpadu dan bekerjasama untuk kepentingan rakyat.

Ceramah Umum yang diadakan di Markas PAS Parit Amal, Jalan Abdul Rahman, Muar ini adalah aktiviti bersama Pakatan Rakyat yang terbaru.

YB Dr Mohammad Taslim memulakan ucapan.
Sdr Nor Hizwan Ahmad, Penyelaras Keadilan Parlimen Muar.

YB Ong Kow Ming, ADUN Senai.

che'GuBard -Badrul Hisham Shaharin, Ketua Keadilan Cabang Rembau

YB Dato' Mahfoz Omar sedang berhujjah.

Penceramah denga aksi masing-masing.Dari kiri: YB Dato' Mahfoz Omar,
YB Dr Mohammad Taslim dan YB Ong Kow Ming.


Dari Kiri:Tuan Hj Malik Md Diah (Pengerusi Majlis/Naib YDP PAS Muar), 
che'GuBard (Ketua Keadilan Cabang Rembau), Sdr Yatin Sarpan (Ketua Keadilan Cabang Muar)
dan Sdr Nur Hizwan Ahmad (Penyelaras Keadilan Parlimen Muar).


YBhg Ustaz Abu Bakar Lajat (kanan) ,YDP PAS Muar, bersama rakan-rakan dari DAP

Para Muslimin ceria mendengar ceramah.


Muslimat suadah tidak takut mengikuti ceramah Pakatan Rakyat


Ada yang duduk, ada yang bersila.

Oh,Azhan pun ada malam tu.....

YB Dr Mohammad , che'GuBard dan Sdr Hizwan menjamu selera selepas ceramah.


Penyokong Pakatan Rakyat kaum India turut bersama.


Read More

CERAMAH ISU SEMASA PAKATAN RAKYAT



MOHON MAAF.

Oleh kerana pihak polis tidak membenarkan ceramah di tempat di atas
maka ceramah ini akan diteruskan di Markas Tarbiah PAS Muar di Parit Pechah Muar.

YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani, dan YB Er Teck Hwa ,Ahli Paelimen Bakri
akan turut berucap.

Sila hadir beramai-ramai.







Read More