Memaparkan catatan dengan label khidmat masyarakat. Papar semua catatan
ADUN MAHARANI TERUS BERBAKTI UNTUK RAKYAT
Posted in: KEBAJIKAN, khidmat masyarakatKorban masa demi rakyat
Bahkan sikap beliau yang merendah diri dan mesra itu berjaya menambat hati rakyat dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Maharani dan juga kawasan sekitarnya.
Mohamad berkata, beliau akan sentiasa berusaha memperuntukkan masa untuk turun padang bertemu rakyat.
Menurutnya, tiada hari tertentu yang ditetapkan untuk bersama rakyat, sebaliknya akan mencari masa yang terluang semata-mata bertemu rakyat.
“Pendekatan ini sudah saya gunakan sejak dulu lagi dan apabila berjaya menjadi ADUN pada 2008, maka tanggungjawab kepada rakyat lebih banyak.
“Dengan sebab ini, tanggungjawab ini saya pikul dan berusaha untuk memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat di sini,” katanya kepada Sinar Harian.
Mohamad berkata, beliau tidak berasa malu ataupun kekok untuk bertemu rakyat di warung ataupun gerai makan.
“Pada kesempatan ini, saya bersama rombongan meluangkan masa bertemu rakyat di Kedai Makan Pak Lah di Kampung Parit Samsu Muar.
“Peluang ini saya gunakan untuk bertanya khabar dan menyelesaikan masalah rakyat sehingga peringkat akar umbi,” katanya.
Selain itu menurutnya, kadangkala beliau turut akan menyelitkan beberapa program ketika pertemuan bersama penduduk seperti Program Pemeriksaan Kesihatan secara percuma.
“Pertemuan secara santai ini sangat berkesan sebagai platform untuk merapatkan jurang di antara pemimpin dengan rakyat.
“Secara tidak langsung dapat mengelakkan rakyat daripada berasa malu untuk berdampingan dengan pemimpin setempat,” katanya.
Dalam pada itu, menurutnya kerana penerimaan rakyat yang sangat positif beliau berhasrat untuk terus mengekalkan cara itu konsep pemimpin mesra rakyat benar-benar diterjemahkan.
sumber: http://www.sinarharian.com.my/sh/johor/content/story9249371.asp
PROGRAM JALINAN BESTARI KOMUNITI JOHOR 2, 2010
Posted in: khidmat masyarakat, Program UTHMUniversiti Tun Hussein Onn bersama Kerajaan Negeri Johor telah menganjurkan Program Jalinan Bestari Komuniti Johor 2,2010 dari 6 hingga 8 Ogos 2010 di Mukim Parit Bakar,Muar,Johor (dalam DUN Maharani).Tahun lalu Program yang sama telah diadakan di Mukim Serom, Muar.Di antara objektif Program ini adalah untuk menjalinkan ukhwah dan kerjasama dalam kalangan siswazah dengan masyarakat luar,memberi peluang masyarakat berinteraksi,mendekati dan memahami fungsi institusi pengajian tinggi awam dan membudayakan sikap menyumbang bakti dan berkhidmat kepada masyarakat.
Program ini dilaksanakan oleh Fakulti Pendidikan Teknikal UTHM dengan tema "Ilmu Dikongsi Bersama".Pengisian Program dilaksanakan oleh Pelajar-Pelajar FPTek dengan bimbingan Staf FPTek dan melibatkan penduduk Mukim Parit Bakar,Muar.Bebrapa orang pelajar luar negara seperti Sudan,Somalia,Yaman juga turut serta.
YBhb Prof Dato' Mohd Noh Dalimin (Naib Canselor UTHM)
bersama YB Dato' Razali (di tengah-tengah)
dan En Zainal (wakil Pegawai Daerah Muar)
bersama YB Dato' Razali (di tengah-tengah)
dan En Zainal (wakil Pegawai Daerah Muar)
Perasmian Program ini telah di sempurnakan oleh YB Dato' Razali b Hj Ibrahim,Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia di Sekolah Menengah Tengku Mahkota,Jalan Temenggong Ahmad,Muar pada petang Jumaat 6 Ogos 2010.
YB Dr Mohammad Taslim selaku ADUN Maharani telah di jemput menghadiri Program ini oleh Unit Perhubungan Awam,Pejabat Naib Canselor,UTHM.Beliau diiringi oleh Tn Hj Abd Rahman Lajim,Sdr Hamidun Omar dan Sdr Tupin Ngadian,Terima kasih diatas keperhatinan pihak UTHM memberi peluang ADUN Maharani bersama masyarakat dalam Program tersebut.
YBhg Prof Dato' Dr Mohd Noh Dalimin (Naib Canselor) bersama
YB Dato' Razali Ibrahimmelancarkan Buku 'Globilasasi Pendidikan Parit Bakar,Muar'.
YB Dato' Razali Ibrahimmelancarkan Buku 'Globilasasi Pendidikan Parit Bakar,Muar'.
YB Dr Mohammad bersama Prof. Madya Kamarudin dan
Prof Madya Hj Sapon Ibrahim (Pengerusi JK Pelaksana Program).
Prof Madya Hj Sapon Ibrahim (Pengerusi JK Pelaksana Program).
YB Dr Mohammad (belakang) bergambar bersama VVIP,Pensyarah dan AJK Program
VVIP bersama AJK program
Cikgu Minhad menerima anak angkat
Keceriaan terbayang di wajah keluarga dan anak angkat ini
Masa untuk menjamu selera.YB Dr Mohammad bersama
VVIP di meja utama.
VVIP di meja utama.
YB Dr Mohammad,YBhg Dato' Naib Canselor (berbaju Melayu) ,
YB Dato' Timbalan Menteri Belia dan Sukan (di kirinya) dan tetamu-tetamu kehormat
di meja makan.
______________________________________________________________
YB Dato' Timbalan Menteri Belia dan Sukan (di kirinya) dan tetamu-tetamu kehormat
di meja makan.
______________________________________________________________
UTHM Tabur Bakti di Mukim Parit Bakar, Muar | | |
sumber: http://www.uthm.edu.my/v2/content/view/636/229/lang,en/
Dalam menyokong usaha kerajaaan bagi meningkatkan sosio budaya masyarakat setempat, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan satu program kemasyarakatan di Mukim Parit Bakar, Muar. Program ini bertujuan untuk mendedahkan para pelajar (bakal pendidik) dengan persekitaran kehidupan masyarakat Malaysia dengan mengenali budaya, cara hidup dan sosioekonomi penduduk setempat serta mengaplikasikan segala ilmu yang dipelajari dalam mewujudkan ikatan ukhwah dan meningkatkan kemahiran insaniah pelajar dalam pengurusan bagi memenuhi aspirasi negara.
Program Jalinan Bestari Komuniti dijalankan di Mukim Parit Bakar, Muar ini pada 6 hingga 8 Ogos 2010. Program ini melibatkan lima buah kampung iaitu Kampung Parit Raja, Kampung Parit Amal, Kampung Parit Amat, Kampung Parit Unas dan Kampung Parit Pinang Seribu. Seramai lebih daripada 500 orang pelajar, pensyarah dan juga staf UTHM terlibat dalam program ini. Selama 3 hari 2 malam, mereka berkumpul bersama-sama masyarakat di Mukim Parit Bakar untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan memberi manfaat bagi masyarakat setempat. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah ceramah Penggunan ICT dalam P & P, ceramah perubatan islam, pameran, khidmat kesihatan percuma, perkhidmatan mobile teknikal, gotong-royong, khidmat rawatan alternatif, sukaneka, pertandingan mewarna, pertandingan gubahan, masakan dan jahitan serta rewang sekampung.
Program Jalinan Bestari Komuniti yang diadakan oleh UTHM ini merupakan siri kedua. Program siri kedua ini diadakan adalah dorongan dari keberkesanan Program Jalinan Bestari Komuniti Siri Pertama yang telah diadakan di Dun Serom pada tahun 2009. Program siri pertama ini telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Menteri Besar Johor, Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman. Lantaran itu, kejayaan program yang diadakan di Dun Serom telah menjadi pemangkin kepada UTHM khususnya pihak Fakulti Pendidikan Teknikal bagi menjadikan program ini sebagai program tahunan.
Selain daripada mengadakan aktiviti-aktiviti kepada penduduk setempat, pihak universiti juga menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada masyarakat di Mukim Parit Bakar. Sumbangan-sumbangan tersebut adalah komputer, karbinet besi, meja bacaan, rak buku, pasu bunga plastik dan juga anak-anak pokok buah-buahan. Hasrat murni UTHM ini sedikit sebanyak dapat memenuhi keperluan dan sekaligus dapat memberi makna kepada masyarakat setelah 3 hari 2 malam warga UTHM berkampung di Mukim tersebut.
Program ini lebih bermakna apabila Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah bte Almarhum Sultan Idris Shah berkenan mencemar duli untuk bersama-sama warga UTHM dan semua lapisan masyarakat di Mukim Parit Bakar untuk bergotong-royong di majlis Rewang Warisan yang diadakan pada malam 7 Ogos 2010 di perkarangan Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahkota. Rewang Warisan ini diadakan adalah sebagai persiapan untuk mengadakan jamuan Kenduri Sekampung yang telah diadakan pada 8 Ogos 2010.
Keberangkatan YMM Raja Zarith Sofiah adalah sempena Kembara Mahkota Johor yang berlangsung pada 7 hingga 9 Ogos 2010. Baginda juga turut serta dalam melakukan aktiviti-aktiviti tradisional yang diadakan pada malam Rewang Warisan tersebut, antaranya seperti menggiling lada, mengikir kelapa, menumbuk dan aktiviti-aktiviti tradisional yang lain.
Upacara Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Razali Ibrahim, Ahli Parlimen Muar yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan pada 6 Ogos 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahkota pada jam 3.00 petang.
Dikeluarkan oleh:
Shafry Salim
Pegawai Perhubungan Awam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Batu Pahat, Johor.
Tel: 07-453 7025 / 019-7571007
Emel: shafry@uthm.edu.my KHIDMAT MASYARAKAT PAKATAN RAKYAT DUN BENTAYAN,MAHARANI DAN SUNGAI ABONG
Posted in: khidmat masyarakat
Hari Minggu biasanya rakyat bercuti,berehat,mengemas rumah,pergi ke kebun dan beriadah.Kami ADUN Pakatan Rakyat mengambil kesempatan di waktu lapang ini untuk turun padang bersama rakyat menyelesaikan masaalah mereka dan memberi khidmat kesihatan untuk memastikan rakyat sihat dan cergas.
Pada pagi Ahad 8 November 2009 yang lalu YB Gwee Tong Hiang,ADUN Bentayan, telah menganjurkan Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma dan Ujian Darah di Pusat Aktiviti DAP di Jalan Salleh Muar.
YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani) dan YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh (ADUN Sungai Abong) telah memberi khidmat pemeriksan kesihatan dan ujian kencing manis secara percuma kepada semua yang hadir.Kami ADUN Pakatan Rakyat biasa dan sentiasa bekerjasama membuat aktiviti kemasyarakatan bersama.Inilah kesepakatan dan perpaduan kami untuk membuktikan bahawa Pakatan Rakyat mampu memberi khidmat terbaik kepada rakyat walaupun peruntukan tahunan wakil rakyat sebanyak RM200,000.00 setahun diberikan kepada Wakil Khas YAB Menteri Besar Johor (Wakil BN) di setiap DUN yang BN kalah dalam pilihanraya.
Di bawah ini adalah petikan daripada Blog YB Gwee Tong Hiang:
为了感谢马哈拉尼区州议员莫哈默达士林医生的协助,团长王运梁同志(右三)代表赠送水果篮以示谢意。('Terima kasih YB Gwee di atas pemberian hamper,' itulah kata YB Dr Mohammad agaknya..)
以表谢意,团长王运梁同志(右三)赠送水果篮给于验光师曾志贤先生(左七),新加望区州议员塞依不拉欣医生(左八)和潘淑萍中医师(左九)。左起: 崇光 同志,贝婷同志,生发同志,Pathlab职员,文打烟区州议员魏宗贤, 峇吉里区国会议员余德华. (右一起) 颜雪慧同志, 辜亚发同志.
YB Dr Sheikh Ibrahim dan rakan diraikan bersama)
马哈拉尼区州议员莫哈默达士林医生也是第二次义务前来协助健康运动。

主办单位接受媒体采访。
Read More
Pada pagi Ahad 8 November 2009 yang lalu YB Gwee Tong Hiang,ADUN Bentayan, telah menganjurkan Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma dan Ujian Darah di Pusat Aktiviti DAP di Jalan Salleh Muar.
YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani) dan YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh (ADUN Sungai Abong) telah memberi khidmat pemeriksan kesihatan dan ujian kencing manis secara percuma kepada semua yang hadir.Kami ADUN Pakatan Rakyat biasa dan sentiasa bekerjasama membuat aktiviti kemasyarakatan bersama.Inilah kesepakatan dan perpaduan kami untuk membuktikan bahawa Pakatan Rakyat mampu memberi khidmat terbaik kepada rakyat walaupun peruntukan tahunan wakil rakyat sebanyak RM200,000.00 setahun diberikan kepada Wakil Khas YAB Menteri Besar Johor (Wakil BN) di setiap DUN yang BN kalah dalam pilihanraya.
Di bawah ini adalah petikan daripada Blog YB Gwee Tong Hiang:
Wednesday, November 11, 2009
民主行動黨社青团峇吉里区团与麻坡PATHLAB联合主办第八届验血运动反应热烈
民主行動黨社青团峇吉里区团与麻坡PATHLAB联合主办第八届健康验血运动的点点滴滴。。。

YB Dr Sheikh Ibrahim dan rakan diraikan bersama)

众所周知,塞依不拉欣医生对皮肤问题很专长,应此民众抓紧机会询问。
(YB Dr Mohammad sedang menyukat tekanan darah seorang rakyat,
YB Dr Sheikh kelihatan di belakang)
YB Dr Sheikh kelihatan di belakang)
(YB Dr Sheikh Ibrahim sedang menerangkan sesuatu dengan di perhatikan oleh YB Gwee)

社情团团长王运梁同志也接受莫哈默达士林医生的血压检验。
('Tekanan darah u bagus,' kata YB Dr Mohammad)

医生为医生检验! 塞依不拉欣医生趁已无人之时,请求莫哈默达士林医生也为自己检查血压。
(Eh, YB Dr Sheikh pun nak cek? Alhamdulillah,semua OK, PRU 13 nanti boleh terus berkhidmat! YB Gwee tersenyum tanda setuju.)
Sumber: gweetonghiang.blogspot.com
ADUN MAHARANI BERSAMA MASYARAKAT
Posted in: khidmat masyarakat
ADUN MAHARANI BERSAMA MASYARAKAT DI MASJID DAN SURAU
Written by drmbt49
ADUN Maharani , YB Dr Mohammad Taslim, dengan kerjasama ahli-ahli jawatankuasa DUN Maharani sentiasa bergerak aktif mengadakan aktiviti kemasyarakatan seperti mengunjungi rakyat yang ditimpa musibah,sakit atau kemalangan, memberi sumbangan mengikut kemampuan kami yang bergerak secara berjamaah.Kerjasama daripada PAS Kawasan Muar dan individu-individu yang perhatin memudahkan kami berurusan dengan masyarakat.
Di antara aktiviti keagamaan yang di jalankan ialah bersama masyarakat dalam majlis yasin dan tahlil yang diadakan di surau dan masjid.Kami mengadakan program ini di atas nama ADUN dan Pejabat DUN Maharani pada malam Jumaat setiap 2 minggu.Kami dapat beramah mesra dengan AJK Surau dan Masjid sambil menerima aduan daripada rakyat.Dalam bulan ramadhan yang lepas sebagai amalan tahunan kami bertarawikh setiap malam di surau dan masjid mengikut giliran.
Program yasin dan tahlil anjuran ADUN Maharani di Masjid Sultan Ibrahim
Muar telah diadakan beberapa kali sejak tahun 2008.Ucapan ribuan terima kasih kepada AJK Masjid dan orang ramai yang memberi sambutan yang baik.
Gambar-gambar di bawah ini merakamkan majlis Yasin dan Tahlil di Masjid Sultan Ibrahim Muar:

PROGRAM KEMPEN DERMA DARAH AMAL MALAYSIA BERSAMA HPSF MUAR
Posted in: khidmat masyarakatPada hari Ahad 5 Julai 2009, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Johor dengan kerjasama Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar telah mengadakan Program Derma Darah di perkarangan pintu masuk Wetex Parade tempat membeli belah yang terkenal di bandar Muar dalam DUN Maharani. Program ini bermula jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang.
Y.B. Dr. Hj. Mohammad Bin Taslim sebagai Penaung Yayasan Amal Daerah Muar dan Sdr. Shamsudin Pengarah Amal Malaysia Johor turut bersama-sama menjayakan program tersebut.Kerjasama di antara Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, ahli jawatankuasa DUN Maharani dan Amal Malaysia Johor memastikan program ini berjalan dengan lancar.
YB turut menyumbangkan cenderamata seperti air mineral,beg dan sijil penghargaan kepada penderma-penderma darah. Turut hadir ialah YB Er Teck Hwa Ahli Parlimen Bakri dan AJKnya serta wakil wartawan dari The Star dan Harakah.

Sebahagian daripada pengunjung yang datang untuk membeli belah di Wetex Parade secara spontan menjadi penderma darah apabila melihat khemah Kempen Derma Darah.Tahniah kepada rakyat Malaysia yang begitu prihatin untuk membantu pesakit yang memerlukan darah.Ada diantara mereka telah menderma darah sebanyak 12 dan 25 kali. Mereka mengucapkan tahniah kepada YB Dr. Hj. Mohammad kerana mengadakan program ini di tempat awam.
Walaupun hujan pada sebelah pagi tetapi sambutan sungguh menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Seramai 46 orang telah menderma darah dan 12 orang yang pernah menderma darah sebelum ini terpaksa ditolak kerana beberapa faktor.
YB Dr. Hj. Mohammad mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Hospital Sultanah Fatimah Muar dan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Johor yang sudi mengadakan program khidmat sosial ini di kawasan DUN Maharani. Program yang sangat bermanafaat ini dapat membantu pesakit yang memerlukan darah.Beliau merancang untuk meneruskan program ini dalam masa terdekat.
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )