PROGRAM KEMPEN DERMA DARAH AMAL MALAYSIA BERSAMA HPSF MUAR


Pada hari Ahad 5 Julai 2009, Yayasan Amal Malaysia Cawangan Johor dengan kerjasama Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar telah mengadakan Program Derma Darah di perkarangan pintu masuk Wetex Parade tempat membeli belah yang terkenal di bandar Muar dalam DUN Maharani. Program ini bermula jam 10.00 pagi hingga 3.00 petang.

Y.B. Dr. Hj. Mohammad Bin Taslim sebagai Penaung Yayasan Amal Daerah Muar dan Sdr. Shamsudin Pengarah Amal Malaysia Johor turut bersama-sama menjayakan program tersebut.Kerjasama di antara Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar, ahli jawatankuasa DUN Maharani dan Amal Malaysia Johor memastikan program ini berjalan dengan lancar.

YB turut menyumbangkan cenderamata seperti air mineral,beg dan sijil penghargaan kepada penderma-penderma darah. Turut hadir ialah YB Er Teck Hwa Ahli Parlimen Bakri dan AJKnya serta wakil wartawan dari The Star dan Harakah.

Sebahagian daripada pengunjung yang datang untuk membeli belah di Wetex Parade secara spontan menjadi penderma darah apabila melihat khemah Kempen Derma Darah.Tahniah kepada rakyat Malaysia yang begitu prihatin untuk membantu pesakit yang memerlukan darah.Ada diantara mereka telah menderma darah sebanyak 12 dan 25 kali. Mereka mengucapkan tahniah kepada YB Dr. Hj. Mohammad kerana mengadakan program ini di tempat awam.

Walaupun hujan pada sebelah pagi tetapi sambutan sungguh menggalakkan daripada pelbagai lapisan masyarakat. Seramai 46 orang telah menderma darah dan 12 orang yang pernah menderma darah sebelum ini terpaksa ditolak kerana beberapa faktor.

YB Dr. Hj. Mohammad mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Hospital Sultanah Fatimah Muar dan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Johor yang sudi mengadakan program khidmat sosial ini di kawasan DUN Maharani. Program yang sangat bermanafaat ini dapat membantu pesakit yang memerlukan darah.Beliau merancang untuk meneruskan program ini dalam masa terdekat.


Program Derma Darah di hadapan Wetex Parade Muar


Dr Adha dari HPSF Muar sedang menyaring penderma






Muslimat pun tidak ketinggalan menderma darah.Syabas!

0