Memaparkan catatan dengan label aktiviti DUN. Papar semua catatan

SUKAN RAKYAT DUN MAHARANI 2010




DUA TAHUN PAS DIBERI AMANAH,DUA TAHUN RAKYAT
MENIKMATI PERUBAHAN 
SUKAN INI UNTUK RAKYAT
AYUH BERSAMA AMBIL BAHAGIAN

Read More

MAJLIS PENERANGAN JABATAN PERTANIAN MUAR DI DUN MAHARANI


Pada hari Jumaat 5 Mac 2010 jam 3.30 petang, 3 orang Pegawai Pertanian daripada Pejabat Pertanian Sg Sudah,Muar dengan diketuai oleh Ketua Pejabat Pertanian Kawasan Muar,Puan Ruzilah Yaakob telah mengadakan majlis penerangan di Pejabat Pusat Khidmat ADUN Maharani. Program ini  dianjurkan oleh Lujnah Pertanian dan Ternakan DUN Maharani  yang diterajui oleh Sdr Abu Bakar Ismail.Sebelum ini surat jemputan dan surat edaran telah disampaikan kepada Ketua Masyarakat setempat,para petani dan ahli-ahli PAS.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani.Beliau mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian Pejabat  Pertanian Muar menghantar pegawainya untuk  bertemu rakyat, menyelesaikan masalah mereka dan memberi penerangan tentang fungsi Pejabat Pertanian dan bantuan-bantuan yang disediakan untuk para petani.Kerjasama diantara jabatan kerajaan dan ADUN sangat memberi manafaat kepada rakyat.

Puan Ruzilah,selaku Ketua Pegawai Pertanian Kawasan Muar,dalam mukadimmahnya menerangkan  tentang peranan Jabatan Pertanian yang melibatkan semua bidang pertanian kecuali kelapa sawit (di bawah MPOB) dan getah (di  bawah RISDA).Begitu juga Lembaga Pertubuhan Peladang yang berbeza peranannya dengan Jabatan Pertanian.Sebahagian rakyat masih belum tentang fungsi jabatan-jabatan tersebut.
Beliau seterusnya mengingatkan peserta yang hadir bidang pertanian adalah sejenis perniagaan.Dalam pertanian pun ada halal haram.Contohnya baja yang digunakan mestilah daripada punca yang halal.EM (effective microorganism) yang sedang dipopularkan penggunaannya sekarang hendaklah dipastikan  halal.Produk yang tidak halal ini mungkin salah satu daripada punca penyakit.Amalan Pertanian Baik (APB) sanagat beliau tekankan kepentingannya.
Peserta juga dimaklumkan bahawa kerajaan memberi Insentif Hasil Pertanian (RM78.00 setiap tan hasil buah-buahan dan RM81.00 setiap tan sayur-sayuran) tetapi ramai petani tidak mengambil kesempatan ini.Subsidi beras juga boleh didapati di Pejabat Pertanian,terbuka kepada semua rakyat yang berpendapatan di antara RM1000.00 - RM1500.00 sebulan.Setakat ini cuma disediakan 500 borang sahaja untuk diagihkan kepada 5 mukim.Mereka perlu mendaftar e-Kasih.
Pertanian Berkelompok juga digalakkan di mana 3 orang yang mempunyai kebun seluas 10 ekar boleh memohon sebelum bulan September setiap tahun.Dimaklumkan bahawa projek ini hendaklah disokong oleh JPMM (Jawatankuasa Penyelaran Mukim-Mukim).

En. Nazri Ali,Pembantu Pertanian Mukim Parit Bakar, dan En. Rahmat,Pembantu Pertanian Mukim Seri Menenti, menerangkan dengan jelas tentang masalah penyakit pisang yang menyerang semua jenis tanaman pisang di negeri Johor.Tanda-tanda penyakit,ciri-cirinya dan cara-cara merawatnya diterangkan dengan terperinci.Khidmat nasihat pertanian boleh di dapati daripada Pembantu Pegawai Pertanian yang ditempatkan di setiap mukim.Pejabat Pertanian di Sungai Sudah Muar diamanahkan menjaga lima mukim iaitu mukim-mukim  Parit Bakar,Parit Jawa,Seri Menanti,Sungai Balang dan Ayer Hitam.Mukim Parit Bakar didapati mempunyai kawasan yang sesuai untuk tanaman dusun tetapi banyak tanah yang terbiar.Mereka yang mempunyai tanah dialu-alukan bekerjasama membaikpulih dusun-dusun mereka dengan bantuan Pegawai Pertanian.

Para peserta cukup berpuas hati dengan penerangan mereka.Majlis dialog dihujani dengan pelbagai soalan,dari soalan bantuan-bantuan hingga kepada masalah penyakit pokok.Rakyat dialu-alukan berjumpa mereka di Pejabat Pertanian Sungai Sudah Muar untuk penerangan lebih lanjut.Setiap hari Jumaat adalah hari bertemu pelanggan di pejabat ini.

Majlis selesai jam 5.30 petang dengan pemberian cenderamata kepada para Pegawai Pertanian dan jamuan ringan.InsyaAllah program seperti ini akan diteruskan untuk para petani dalam DUN Maharan khususnyai.Hubungi kami jika tuan-tuan ingin program seperti diadakan ditempat tuan-tuan.

 
Ucapan Perasmian oleh YB Dr Mohammad Taslim

 
Puan Ruzilah,Ketua Pejabat Pertanian Kawasan Muar,memulakan penerangan.
YB Dr Mohammad dan Sdr Abu Bakar Ismail turut serta.

Encik Rahmat,Pembantu Pegawai Pertanian Mukim Seri Menanti  bersemangat 
memberi penerangan.Beliau pernag bertugas di Mukim Parit Bakar.
Sebahagian daripada peserta tekun mendengar penerangan
YB Dr Mohammad bersama peserta
Terima kasih Puan Ruzilah
Terima kasih En. Rahmat.Jasamu dulu diingati oleh petani Parit Bakar

Terima kasih dan selamat bertugas E. Hazri.Beliau sekarang bertugas di Mukim Parit Bakar.
Rakyat Mukim Parit Bakar sila hubungi beliau. 


Berita terkini:
Puan Ruzilah menghubungi kami memaklumkan bahawa Program Pemulihan Kebun Dusun sedang berjalan sekarang.Mereka yang berminat sila hubungan Puan Ruzilah, no. telefon 0197473442 atau datang sendiri ke Pejabat Pertanian Sungai Sudah Muar dengan membawa fotostat geran tanah dan kad pengenalan.

Tarikh tutup ialah 20 Mac 2010.Pelbagai bantuan dan insentif disediakan.Sila rebut peluang ini dan sebarkan kepada rakan-rakan petani.
 





Read More

PROGRAM SEMPENA DUA TAHUN BERSAMA RAKYAT DI DUN MAHARANI


 Aktiviti- Aktiviti Mempertahankan Kemenangan DUN Maharani


ADUN Maharani ,YB Dr Mohammad Taslim, dengan  kerjasama AJK DUN Maharani dan PAS Kawasan Muar telah merangka beberapa program sebagai menyambut dua tahun kemenangan PAS di DUN Maharani.

Diantara program yang telah dan akan dijalankan ialah:

1. Sambutan Tahun Baru Cina dan Sumbangan Pelajar Cemerlang,
    serta  Pelancaran Dewan Himpunan Penyokong PAS Parlimen Muar
             di Taman Aman,Parit Bakar Muar
             pada 27 Januari 2010
             (lihat liputan dalam akhbar-akhbar Cina pada 28 Januari 2010)
 

2. Program Bersama Nelayan Parit Perupuk Laut
            pada hari Rabu 3 Mac 2019
            (lihat liputan di semua akhbar Cina pada hari Khamis 4 Mac 2010)

3. Program Taklimat dan Dialog  Bersama Jabatan Pertanian Muar
           pada Hari Jumaat 5 Mac 2010
           jam 3.00 petang hingga 5.30 petang
           di Pejabat DUN Maharani di Parit Bakar Muar

4. Program Gotong-royong di Jalan Hj Yunos dan Lorong Cik Mat
          pada Hari Ahad 7 Mac 2010
          jam 8.00 pagi

5. Program Pemeriksaan Kesihatan Percuma oleh YB Dr Mohammad Taslim
         pada hari Ahad 7 Mac 2010
         jam 5.00 petang - 6.30 petang
        di Warong Pak Mail di Jalan Hj Yunos Muar

6. Program Yasin Malam Jumaat
       pada Hari Khamis 11 Mac 2010
       iam 7.15 malam
       di Surau Orang Kaya Abu Bakar,Parit Bakar,Muar

7. Program Solat Jumaat 
      pada Hari Jumaat 12 Mac 2010
      di Masjid Al Hikmah, Parit Kadi,Muar

8. Program Sukan Rakyat
      pada Hari Ahad 14 Mac 2010
      jam 8.00 pagi
     di PASTI At Taqwa,Pt Amal Laut,Jalan Joned,Muar

9. Kempen Derma Darah bersama Hospital Pakar Sultanah Fatimah Muar
     pada Hari Ahad 21 Mac 2010
     jam 11.00 pagi - 3.00 petang
     di Wetex Parade,Muar

10. Kempen Daftar Pengundi Baru 
      pada Hari Ahad 21 Mac 2010
      jam 11.00 pagi - 3.00 petang
      di Wetex Parade,Muar

11. Pertandingan Bola Sepak 9 Sebelah
        pada 25 April 2010
        di Padang Luar Stadium Muar

Hubungi  kami untuk maklmat lanjut: Tel Pejabat 069812981, 0196870671
Kami mengalu-alukan sumbangan tuan-tuan - masa,penyertaan dan kewangan
Sila ikuti maklumat selanjutnya dari semasa ke semasa,terima kasih.



Read More