Memaparkan catatan dengan label sukan. Papar semua catatan
GELANGGANG BADMINTON PARIT SAKAI DARAT,MUAR - PROJEK ADUN PAS
Posted in: Harakah, KEBAJIKAN, sukan, The Star
PROJEK BERSAMA ADUN MAHARANI DAN
ADUN SG ABONG MEMBINA GELANGGANG BADMINTON
Seorang wakil penduduk Kg Parit Sakai Darat, Muar, Tn Hj Mesman Hj Parman, mengadu kepada ADUN Maharani, YB Dr Mohammad Taslim dan ADUN Sg Abong, YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh, mengenai gelanggang badminton di halaman rumahnya yang sudah rosak teruk. Gelanggang yang dibina ditanah yang diwakafkan di halaman rumahnya ini dibina lebih 20 tahun yang lalu dan tidak pernah dibaikpulih. Belia, remaja dan kanak-kanak di kampung ini memanafaatkan gelanggang ini untuk permainan badminton dan takraw. hampir setiap petang dan malam.Kerosakan yang berlaku ini menyebabkan mereka kehilangan tempat beriadah. Mereka telah memohon kepada banyak pihak yang berkenaan tetapi hampa.
Kawasan ini di Lorong Hj Parman, Pt Sakai Darat, Muar merupakan kawasan sempadan di antara DUN Maharani dan DUN Sg Abong. Kedua-dua ADUN kawasan ini berbincang dan mengambil keputusan untuk membantu penduduk di sini khususnya para belia membina semula gelanggang ini. Dengan kerjasama Dewan Pemuda PAS Muar maka projek membina semula gelanggang ini, di bawah pengurusan Sdr Ayub Suleiman, dimulakan pada hari Rabu 4 April 2012 dan disambung semula pada keesokan harinya.Kerja-kerja terakhir gelanggang berukuran 25 kaki x 46 kaki ini akandilakukan pada hari Jumaat 6 April 2012.
YB Dr Mohammad dan YB Dr Sheikh Ibrahim sangat berterima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan projek ini yang dianggarkan kosnya RM5000.00. Kerjasama di antara wakil rakyat DUN Maharani, DUN Sg Abong, Dewan Pemuda PAS Muar, PAS Kawasan Muar dan Bakri menunjukkan kekuatan ukhuwah dan kerjasam diantara ahli-ahli pas di dua kawasan ini dalam mmenjalankan tanggung jawab kepada rakyat dalam merialisasikan slogan Negara Berkebajikan PAS. Masyarakat akan dapat menilai dengan tiada peruntukan kerajaan wakil rakyat PAS masih boleh menjalankan aktiviti untuk rakyat. Insyaallah jika diberi peluang menerajui kerajaan slogan Negara Berkebajikan akan menjadi realiti.
Read More

Kerja-kerja awal dilakukan pada hari Rabu 4/4/2012
YB Dr Mohammad membanatu menabur simen pada hari kedua.
Dah licin gelangang ini nampaknya....
YB Dr Sheikh Ibrahim turut turun padang memantau kerja-kerja
kebajikan ahli-ahli PAS.
Sdr Salman dari Harakah menemubual Tn Hj Turimen.
Kerja hampir selesai.Kelihatan YB Dr Sheikh Ibrahim berbincang santai
bersama Sdr Hamdan (STAR) dan Sdr Abu Bakar (Pengarah MTD Maharani).
YB Dr Sheikah Ibrahim menyerahkan gelanggang
kepada Tn Hj Turimen.
Giliran Tn Hj Turimen menerima penyerahan gelanggan dpd
YB Dr Mohammad.
Orang yang paling gembira ,Tn Hj Turimen, kerana anak-anak
buahnya akan dapat beriadah semula digelanggang ini.Beliau melahirkan kesyukuran
dan terima kasih di atas usaha murni ADUN PAS membantu mereka.
Sumbangan kecil ini sangat bermakna kerana tidak semudah itu
mendapatkan bantuan dpd pihak berwajib.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Harakah 9-12 April 2012
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Monday April 9, 2012
For
a good cause: Dr Mohamad (third from left) and land owner Tumiran
Parman (second from left) shaking hands to mark the handover of the
badminton court built by him and Dr Sheikh (left) in Kampung Parit Sakai
Darat in Muar.
source : http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2012/4/9/southneast/11070860&sec=southneast
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Monday April 9, 2012
Building badminton court for youths in village
MUAR: Two state assemblymen here had pooled their
resources to build a badminton court for youths in Kampung Parit Sakai
Darat to take up the sport.
Maharani assemblyman Dr Mohamad
Taslim and Sungai Abong assemblyman Dr Sheikh Ibrahim Salleh had decided
to share the construction cost as the village was located at the border
of their constituencies.
Dr Sheikh Ibrahim said Kampung Parit
Sakai Darat stretched from Jalan Temenggung Ahmad in the Muar
parliamentary to Jalan Datuk Haji Kosai in the Bakri parliamentary.
“Since
the villagers here happened to live at the border of the two
constituencies, we decided to share the construction of the court.
“There used to be a badminton court
here built some 20 years ago but it had long been damaged,” he said
during a visit to Kampung Parit Sakai Darat near here.
Dr Sheikh
Ibrahim said a villager Tumiran Parman, who owned the land, had sought
assistance from him and Dr Mohamad for some allocation to build the
badminton court.
Commenting on the matter, Dr Mohamad, a Muar PAS
division leader, said the court cost about RM5,000 and was completed in
two days by a group of skilled villagers.
He said although both
he and Dr Sheikh Ibrahim were PAS assemblymen, the badminton court was
meant for all youths and children in the village to use.
Dr
Mohamad added that many of the villagers were Umno supporters but they
decided to shed the political difference in the interest of sport and
communal activities in the village.
“We hope the village would
one day produce talented badminton players and the villagers to take
good care of the court,” he said. source : http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2012/4/9/southneast/11070860&sec=southneast
KEJOHANAN FUTSAL PIALA KETUA PEMUDA PAS MUAR 2012
Posted in: sukan
KEJOHANAN FUTSAL PIALA KETUA PEMUDA PAS MUAR
GALAXY D'FUTSAL JALAN JUNID MUARAHAD 29 JANUARI 2012
Dewan Pemuda PAS Muar yang diketuai oleh Sdr Faizul Salleh telah menganjurkan Kejohanan Futsal Piala Ketua Pemuda PAS Muar pada hari Ahad 29 Januari 2012. Majlis pendaftaran di Galaxy d'Futsal ,Jalan Junid Muar bermula sejak 8.00 pagi lagi. Malam sebelumnya undian telah diadakan di Pejabat HPA Pekan Parit Bakar Muar. Sambutan hebat daripada pemuda-pemuda dalam daerah Muar, Bakri, Ledang,Batu Pahat dan Melaka menyaksikan 42 buah pasukan dipilih walaupun pada peringkat awalnya hanya 32 buah pasukan yang akan didaftarkan. Beberapa buah pasukan terpaksa ditolak pendaftaranya kerana kesuntukan masa.
Menurut Sdr Muhd Taqiuddin Che Man, SU Kerja DewanPemuda PAS Muar, yuran penyertaan hanyalah RM50.00 sahaja dengan hadiah utama sebanyak RM500.00 berserta medal. Kejohanan kalah mati ini dapat memberi peluang para pemuda melakukan riadah dan aktiviti yang bermanafaat.Pihak Dewan Pemuda PAS Muar sentiasa menganjurkan program berkala untuk anak-anak muda ini. Sebelum ini pwertandingan bola sepak telah dianjurkan. Program yang akan datang mungkin pertandingan bowling.
Kejohanan ini mendapat sokongan daripada ADUN Maharani sendiri, YB Dr Mohammad Taslim , yang turut menaja 3 buah pasukan. Beliau hadir pada permulaan majlis di sebelah pagi.
YB Dr Mohammad Taslim bersama Ketua Pemuda PAS Muar,
Sdr Faizul Salleh (duduk kanan), Sdr Taqiuddin di kanannya dan orang-orang kuatnya.
Sdr Faizul Salleh (duduk kanan), Sdr Taqiuddin di kanannya dan orang-orang kuatnya.
Galaxy d'Futsal tempat kejohanan berlangsung.
Jika anda berminat menyewa gelanggang ini hubungi 019-7226902.
Jika anda berminat menyewa gelanggang ini hubungi 019-7226902.
Urusetia Kejohanan bersiap sedia sejak jam 8.00 pagi lagi.
YB Dr Mohammad bersama Team 'Funny Kick' yang ditajanya.
Tahniah anak-anak muda ini yang berjaya hingga ke peringkat suku akhir !
YB Dr Mohammad bersama team yang akan mengambil bahagian.
Selamat berjuang dengan semangat kesukanan !
All the best ! YB Dr Mohammad memberi semangat kepada peserta-peserta.
Suspense - Di antara pengurus pasukan mengawasi anak didik masing-masing.

Siap sedia !

Ada gaya johan ni ....

Doa perasmian......
Siap sedia !
Ada gaya johan ni ....
Doa perasmian......
Sepakan pertama bermula......
Lawan tetap lawan !
Waktu zohor dah sampai....
Anak-anak soleh tunaikan solat zohor....
Muslimin contoh..... tidak lupa Allah walau di mana....
Dua pasukan yang akan berentap dalam separuh akhir.
Pasukan ini bersedia merebut tempat ke Pertandingan Akhir !
Hadiah wang tunai, piala dan medal sudah tersedia.
Pertandingan berterusan selepas solat zuhur.Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YDP PAS Muar, Ustaz AbuBakar Lajat. Beliau seterusnya menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Para peserta nampaknya berpuas hati dengan penganjuran Kejohanan ini yang telah dapat berjalan dengan lancar.
Sumber gambar: sebahagian dpd Sdr Ayub Suleiman dan fb Sdr Abdul Samad, Sdr Faizul Salleh dan Sdr M. Taquiddin. Terima kasih.
SEPETANG BERSAMA KELAB TAKRAW PARIT PUNGGUR MUAR
Posted in: sukan
SEPAK TAKRAW TARIKAN BARU BELIA MAHARANI
Pada hari Khamis 19 Mei 2011, jam 6.00 petang YB Dr. Hj. Mohammad B. Taslim, ADUN Maharani, telah meluangkan masa bertemu dengan pemuda-pemuda di padang Kelab Takraw Parit Punggur Jalan Temenggong Ahmad Muar. Beliau diiringi oleh Setiausaha Politiknya serta Pegawai Khasnya Sdr Hamidun Omar dan Sdr Fuad, AJK DUN Maharani.
Kelab ini akan menganjurkan Kejohanan Sepak Takraw pada 22 Mei 2011 akan datang bertempat di beberapa buah gelanggang Sepak Takraw dalam DUN Maharani. Menurut Urusetia Penganjur penyertaan terbahagi kepada 2 katogeri iaitu senior dan junior. Sempena lawatan tersebut YB Dr Mohammad telah menyumbangkan beberapa biji bola dan net sepak takraw, T-Shirt dan sedikit wang sagu hati kepada pihak penganjur. Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih di atas sumbangan yang diberikan sebagai galakan dan keperhatinan kepada usaha murni kelab ini. Menurut Penganjur tujuan pertandingan ini diadakan adalah untuk mencari dan membina pelabis-pelapis baru sukan takraw khususnya di DUN Maharani ini.Ia juga riadah yang memberi manafaat dan mengeratkan silaturrahim sesama belia. Memandangkan remaja sekarang kurang berminat dengan sukan takraw diharapkan pertandingan ini menjadi pencetus dalam mengaktifkan sukan Sepak Takraw.

Latihan pesat oleh peserta-peserta
YB Dr Mohammad bermesra dengan Pihak Penganjur.
Pemuda-pemuda ini sungguh berbakat...
Sumbangan bola Takraw, net dan T-shirt kepada Penganjur.
Sumbangan wang tunai kepada Penganjur.
PERTANDINGAN TAKRAW SG BALANG-MAHARANI
Posted in: sukan
PERTANDINGAN TAKRAW DUN SG BALANG VS DUN MAHARANI
Satu petang di Warong Parit Amal Jalan Seri Tanjung Muar : YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani, telah diberi penghormatan merasmikan Pertandingan Persahabatan Sepak Takraw di antara Pemuda DUN Sg Balang dan Pemuda DUN Maharani.Program ini dianjurkan bersama oleh Sdr Fuad dan Sdr Murad Ismail untuk mengeratkan silaturrahim di antara mereka .Ia juga memberi peluang kepada belia kita dengan tunjuk ajar daripada beberapa orang pemain veteran sepak takraw.
Sebanyak 10 pasukan telah mengambil bahagian dalam suasana meriah dengan disaksikan oleh pengunjung-pengunjung warong tersebut dan orang ramai. Semua pemain berpeluang menerima cenderamata berupa hamper setiap pasukan. InsyaAllah program ini akan diteruskan pada masa yang akan datang dengan penganjuran yang lebih besar untuk memberi peluang seberapa ramai peserta.
YB Dr Mahammad mengucapkan tahniah kepada pihak penganjur kerana berjaya menarik minat belia-belia menghidupkan permainan sepak takraw yang menjadi sukan pilihan ramai satu masa dahulu.Moga ramai bakat baru dapat dicungkil untuk mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa kelak.

YB Dr Mohammad bersama-sama AJK Pertandingan
dan sebahagian daripada peserta.
dan sebahagian daripada peserta.
Teka di mana bola....
Masa untuk menerima cenderamata.
Di akhir majlis YB Dr Mohammad juga menerima hamper daripada
wakil penganjur, Sdr Fuad.
wakil penganjur, Sdr Fuad.
PERTANDINGAN BOLASEPAK 7 SEBELAH DAERAH MUAR
Posted in: bolasepak, sukan
Persatuan Pengadil Daerah Muar telah menganjurkan Pertandingan Bolasepak 7 Sebelah pada hari Ahad 23 Mei 2010.di padang bersebelahan Stadium Muar.Sebanyak 20 buah pasukan telah mengambil bahagian.Pertandingan ini diadakan secara liga.
Pertandinga ini telah dirasmikan oleh YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani.
AJK Pertandingan ini terdiri daripada Pegawai-Pegawai Persatuan Pengadil Daerah Muar::
Pengerusi : Tuan Haji Abu Bakar bin Basar,
Naib Pengerusi: En. Shafei bin Doriat
Setiausaha : En. Shokri bin Senin,
AJK Kerja: En. Zulkifli bin Bahanan,
Tuan Syed Abu Bakar,
En. Nasir bin Hamidon,
Semua Pengadil Daerah Muar

YB Dr Mohammad bersama -sama Pengadil-Pengadil Daerah Muar
Team Bandar 'B' TST3 turut mengambil bahagian.
Team ini mewakili PAS Cawangan Bandar 'B' dibawah kelolaan Sdr Rahmat.
YB Dr Mohammad ialah Ketua Cawangan PAS Bandar 'B'
YB Dr Mohammad bermesra dengan bekas Pengadil Kebangsaan.
Mereka mencadangkan supaya disediakan tempat duduk untuk penonton
di tepi padang ini.
YB Dr Mohammad bersama Naib Pengerusi Persatuan Pengadil,
En. Shafie Doriat.
YB Dr Mohammad bersedia merasmikan Pertandingan
Ini dia sepakan mula pertandingan.......
Cenderamata untuk YB Dr Mohammad.
Persatuan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada:
Tuan Hj Mislan b. Hj Karmani,Pegawai Daerah Muar
YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani
YB Tuan Hj Tahir b. Mohd Taat,ADUN Bukit Serampang
YB Dato Dr Sharuddin b.Md Salleh,ADUN Jorak
YB DR Sheikh Ibrahim Salleh,ADUN Sg Abong
YB Senator Hjh Noriah bt Mahat
Tuan Hj Azman b Arof,Pengerusi Syarikat Mayang Sari
En. Mohammad bin Salleh
Majlis Perbandaran Muar
Jabatan Pertahanan Awam.
KEJOHANAN BOLA SEPAK 9 SEBELAH PIALA YB ADUN MAHARANI 2010
Posted in: sukanMuar Ahad 25 April 2010
Sekreteriat Pemuda DUN Maharani di bawah Pengarahnya Sdr Abdul Razak Sulaiman dan dibantu oleh Sdr Farid Nasir telah mengadakan Kejohanan Bolasepak 9 Sebelah merebut Piala ADUN Maharani,YB Dr Mohammad Taslim.Kejohanan ini diadakan di Padang bersebelahan Stadium Muar.
Kejohanan yang menawarkan hadiah wang tunai yang lumayan,Piala dan Medal ini telah menarik 19 pasukan menyertainya.Mereka bukan sahaja terdiri daripada peserta dari DUN Maharani tetapi juga menarik peserta dari Tangkak,Serom,Bukit Pasir,Sg Abong,Temiang,Parit Sulong dan Melaka.Beberapa buah pasukan tidak dapat menyertai kerana terlibat dengan pertandingan bola sepak di tempat mereka.
Cuaca pagi itu yang cukup baik menambah suasana meriah,setiakawan dengan semangat kesukanan yang tinggi .Turut hadir dalam Kejohanan ini nialah YBhg Ustaz Abu Bakar Lajat (Yang Dipertua PAS Muar), Sdr Malik Md Diah (Naib YDP PAS Muar),Tuan Hj Mohamad Taib (Ketua Lajnah Penerangan PAS Muar) dan Ustaz Yuhanas Miswan (Setiausaha Dewan Pemuda PAS Muar) mewaili Ketuanya.
Majlis dimulakan dengan sepak muala oleh YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani.Dalam ucapan beliau sebelum menyampaikan hadiah beliau mengucapkan tahniah kepada Jawatankuasa Penganjur Kejohanan yang berjaya menganjurkan Kejohanan ini sempena dua tahun PAS memenangi Pilihnraya di DUN Maharani.Ucapan terima kasih juga kepada YDP Majlis Perbandaran Muar yang membenarkan Kejohanan ini diadakan di padang ini.Beliau mencadangkan supaya Kejohanan seperti ini dapat diadakan dalam Stadium Muar yang telah siap dibina semula.Melalui sukan diharapkan anak-anak muda ini akan lahir sebagai ahli sukan dan pemain bola sepak pelapis untuk Daerah Muar dan Negeri Johor.
Ahli-ahli Jawatankuasa Pengaunju bersama YB Dr Mohammad
dan duduk dari kiri ialah Sdr Abdul Razak,TuanHj Mohamad Taib,Sdr Malik
dan Sdr Rahmat Ismail
YB Dr Mohammad bersama team MKG FC dari
Multimedia University Melaka
Pemain menunggun giliran dengan debaran.....
Warming up oleh team MKG FC
Sebuah lagi team bersedia memanaskan badan
Anak muda dari team MKG FC ni nampak hebat.....
tunggu berapa gol dia sumbat !
Selamat berjuang...YB Dr Mohammad diiringi oleh Sdr Abd Razak
dan Sdr Malik diperkenalkan kepada pemain perlawanan pembukaan
dari MKG FC
Kejohanan kali ini dimenangi oleh Otai FC dari Majlis Perbandaran Muar dengan menggondol wang tunai RM1000.00,Piala dan Medal.Pemain mereka, Sdr Ali memenangi Piala Pemain Terbaik.Hadiah Kedua dimenangi oleh LPFC dari Tangkak dengan wang tunai RM500.00,Piala dan Medal.Hadiah Ketiga pula dimenangi oleh SB United dengan wang tunai RM200.00,Piala dan Medal dan hadiah Keempat merupakan Medal dimenangi oleh TS Temiang FC.
Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua peserta,pengadil dan seluruh ahli jawatankuasa dan penyumbang kepada kejayaan kejohanan ini.
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )