Memaparkan catatan dengan label RIBUT. Papar semua catatan

PAS MUAR BANTU MANGSA RIBUT


Pas terus optimis bantu mangsa ribut


JALAN JUNID – Pas Kawasan Muar terus optimis menabur bakti dengan membantu dan mendekati masyarakat setempat terutamanya mereka yang ditimpa kesusahan.

Terbaru, mereka menziarahi sebuah keluarga yang menjadi mangsa ribut sehingga mengakibatkan kedai makan milik mangsa mengalami kerosakan teruk rentetan daripada kejadian tersebut.

Yang Dipertuanya, Abu Bakar Mohd Lajat menyampaikan sumbangan wang kepada keluarga itu bagi meringankan beban mereka dalam usaha meneruskan agenda membantu masyarakat yang ditimpa kesusahan.

“Kami sentiasa bersedia untuk membantu masyarakat dalam kesusahan sama ada melalui sumbangan dalam bentuk tenaga mahupun wang ringgit.

“Bantuan diberikan ini membuktikan kam sentiasa bersama-sama dengan rakyat dan seterusnya mengurangkan jurang antara pemimpin dengan rakyat,” katanya kepada Sinar Harian.

Menariknya, kunjungan itu turut disertai kira-kira lima ahli Unit Amal Pas Kawasan Muar bagi membantu membersihkan bumbung kedai yang tercabut dipukul ribut.

Sementara itu, mangsa ribut, Abd Rauf Abd Rahman berkata, dia terkejut melihat kepulan angin berpusing-pusing menghala ke kedai makan miliknya dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 6 petang itu.

Menurutnya, ketika kejadian, terdapat empat pelanggan yang sedang menikmati hidangan.

“Semasa kejadian, keadaan kucar kacir dan peralatan seperti pinggan mangkuk bertaburan.

“Saya sangat bersyukur kerana tiada pelanggan yang cedera dan kerugian dianggarkan sebanyak RM 10,000,” katanya.


sumber : http://www.sinarharian.com.my/johor/content/story8387966.asp


Read More

PAS MUAR BERBAKTI KEPADA MANGSA RIBUT


Pada hari Sabtu 30 Oktober 2010, angin yang bertiup kencang telah merobohkan khemah di warong kepunyaan  Sdr. Abd. Rauf  b. Abd. Rahman di Jalan Jonid, Muar, bersebelahan Taman Cempaka.. Selepas kejadian tersebut beliau telah menghubungi pihak Bomba dan JPA untuk memohon bantuan  namun tidak mendapat sebarang maklum balas. Beliau seterusnya menghubungi YB Dr. Mohammad Taslim (ADUN Maharani) keesokan harinya  untuk mendapat bantuan.Kerosakan dianggarkan bernilai RM10,000.00.

Tindakan segera telah dibuat oleh PAS Kawasan Muar dan Pusat Khidmat ADUN Maharani pada hari Ahad 31 Oktober 2010.Ust. Hj. Abu Bakar Md Lajat  ( YDP PAS Muar ) mengetuai lawatan kerja bersama Unit Amal PAS Kawasan Muar  di bawah kepimpinan Sdr Farid Nasir dan ahli-ahli  jawatankuasa DUN Maharani. PAS Kawasan Muar telah menghulurkan bantuan  kewangan  sementara Unit Amal dan ahli-ahli jawatankuasa DUN Maharani membantu  membuka dan mengemas khemah yang runtuh dan patah. Turut hadir sama wartawan dari Sinar Harian.

Teruk...khemah terbalik !

Sdr  Abd Rauf menerangkan peristiwa tersebut kepada wartawan Sinar Harian.

Unit Amal Muar bertungkus lumus membantu.

Sdr Farid,Ketua Unit Amal PAS Muar ,sentiasa bersedia berkhidmat.

Pakar Unit Amal PAS Muar membantu.

Sdr Abd Rauf sama mengemaskan kerosakan warongnya.

 Sumbangan ikhlas PAS Muar disampaikan oleh YDPnya,Ustaz Abu Bakar.

Sdr Abdul Rauf sungguh berbesar hati dengan sumbangan yang diberi oleh PAS Muar,Unit Amal Muar dan ahli-ahli jawatankuasa DUN Maharani.Beliau menghubungi semula YB Dr Mohammad petang itu juga merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga.

Alhamdulillah,tanggungjawab kami tertunai sudah.Ini adalah sebahagian daripada khidmat masyarakat yang dilakukan oleh PAS Muar sepanjang masa sejak dahulu lagi.

Berita di atas disiarkan dalam Sinarharian Rabu 10 November 2010






Read More

MUSIBAH - RIBUT,KEBAKARAN DI DUN MAHARANI


Malang tak berbau.Sdr Ahamd yang tinggal di Pt Hj Baki Jalan Abdul Rahman,Muar telah ditimpa musibah apabila bengkel keretanya terbakar pada pagi Jumaat yang lalu.Sebuah kereta yang sedang dibaikki hangus terbakar dan bengel beliau ranap.Pasukan Bomba dan Penyelamat Muar berjaya memadam kebakaran dan mengelakkan daripada merebak ke rumah beliau bersebelahan bengkel.

YB Dr mohammad dengan ditemani oleh Sdr Hamidun Omar telah menziarahi beliau dan memberi sedikit sumbngan.Moga Allah ganti kehilangan ini dengan rezeki yang bertambah.Amin.

  YB Dr Mohammad menyampaikan sumbangan kepada Sdr ahmad

 
 Kawasan bengkel habis terbakar.

DI BAWAH INI PULA LAWATAN  YB DR MOHAMMAD DAN ROMBONGAN
MELAWAT  3 KELUARGA MANGSA RIBUT DI PT AMAL JALAN DATO HJ KOSAI MUAR 


Eh..ada pula khazanah lama di tempat kejadian! Mesin getah (BERIS GETAH)
yang masih boleh berfugsi jika diservis. 

Rumah mangsa tanpa bumbung.YB Dr Mohammad,Sdr A Razak dan Sdr Rozi
meninjau kerosakan 

Sedikit sumbangan daripada kami dan Halwa DUN Maharani








Read More