PAS MUAR BERBAKTI KEPADA MANGSA RIBUT


Pada hari Sabtu 30 Oktober 2010, angin yang bertiup kencang telah merobohkan khemah di warong kepunyaan  Sdr. Abd. Rauf  b. Abd. Rahman di Jalan Jonid, Muar, bersebelahan Taman Cempaka.. Selepas kejadian tersebut beliau telah menghubungi pihak Bomba dan JPA untuk memohon bantuan  namun tidak mendapat sebarang maklum balas. Beliau seterusnya menghubungi YB Dr. Mohammad Taslim (ADUN Maharani) keesokan harinya  untuk mendapat bantuan.Kerosakan dianggarkan bernilai RM10,000.00.

Tindakan segera telah dibuat oleh PAS Kawasan Muar dan Pusat Khidmat ADUN Maharani pada hari Ahad 31 Oktober 2010.Ust. Hj. Abu Bakar Md Lajat  ( YDP PAS Muar ) mengetuai lawatan kerja bersama Unit Amal PAS Kawasan Muar  di bawah kepimpinan Sdr Farid Nasir dan ahli-ahli  jawatankuasa DUN Maharani. PAS Kawasan Muar telah menghulurkan bantuan  kewangan  sementara Unit Amal dan ahli-ahli jawatankuasa DUN Maharani membantu  membuka dan mengemas khemah yang runtuh dan patah. Turut hadir sama wartawan dari Sinar Harian.

Teruk...khemah terbalik !

Sdr  Abd Rauf menerangkan peristiwa tersebut kepada wartawan Sinar Harian.

Unit Amal Muar bertungkus lumus membantu.

Sdr Farid,Ketua Unit Amal PAS Muar ,sentiasa bersedia berkhidmat.

Pakar Unit Amal PAS Muar membantu.

Sdr Abd Rauf sama mengemaskan kerosakan warongnya.

 Sumbangan ikhlas PAS Muar disampaikan oleh YDPnya,Ustaz Abu Bakar.

Sdr Abdul Rauf sungguh berbesar hati dengan sumbangan yang diberi oleh PAS Muar,Unit Amal Muar dan ahli-ahli jawatankuasa DUN Maharani.Beliau menghubungi semula YB Dr Mohammad petang itu juga merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga.

Alhamdulillah,tanggungjawab kami tertunai sudah.Ini adalah sebahagian daripada khidmat masyarakat yang dilakukan oleh PAS Muar sepanjang masa sejak dahulu lagi.

Berita di atas disiarkan dalam Sinarharian Rabu 10 November 2010






0