KETUANAN MELAYU - TINDAKAN ISA ?


Memo Editor
Siasat teks ucapan Presiden PKR

SENAI– Siasatan secara terperinci perlu dilakukan terhadap teks ucapan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkenaan isu ketuanan Melayu sebelum mengenakan sebarang tindakan kepadanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Maharani yang juga Pengerusi Penerangan Pas Bahagian Muar, Dr Mohamad Taslim berkata, mereka yang menuduh Dr Wan Azizah perlu memahami keseluruhan isi ucapan itu daripada terus kenakan tindakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Menurutnya, perlaksanaan ISA tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya jika kesalahan itu masih boleh disiasat dan sekiranya didapati memang bersalah, tindakan undang-undang boleh digunakan.

“Jangan mudah gunakan ISA kerana ia kelihatan menzalimi seseorang tanpa usul periksa. Jangan buat rakyat keliru fungsi ISA yang sebenarnya.

“Takkanlah baru cakap sahaja dah kena tindakan ISA. Siasatlah betul-betul dan jika memang benar Presiden PKR itu bersalah, gunakan saluran yang sepatutnya untuk kenakan tindakan undang-undang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, di sini semalam.

Mohamad berkata, masyarakat perlu memahami perlaksanaan ISA yang sebenarnya, kesalahan apa dan ciri bagaimana seseorang itu boleh dikenakan tindakan tanpa dibicarakan di mahkamah terlebih dahulu.

Sementara itu, Pemuda DAP Johor, Tan Hong Pin ketika diminta mengulas perkara yang sama turut menyarankan supaya pihak tertentu menyerahkan perkara itu kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan lanjut.

‘Serahkan kepada polis untuk buat kerja dan mereka boleh siasat dengan menggunakan akta sesuai tanpa terus guna ISA. Jangan tuduh dan menghakimi tanpa siasat kalau tiada bukti kukuh,” katanya.

Kelmarin, Penasihat Undang-undang UMNO, Datuk Mohd Hafarizam Harun dalam satu kenyataan secara wawancara dengan UMNO-online.com menyarankan ISA dikenakan terhadap Dr Wan Azizah kerana mengeluarkan kenyataan berkenaan ketuanan Melayu semasa Kongres Nasional PKR, Sabtu lalu.

Beliau berpendapat, ISA perlu dilakukan oleh pemain-pemain utama dalam PKR, DAP atau Pas yang masih lagi terus mempersoalkan kedudukan dan hak istimewa orang Melayu kerana mereka cuba mewujudkan kebencian terhadap kaum itu.

Jelasnya, perkara yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan adalah perkara yang tidak boleh dipinda malah terlarang untuk diperkatakan.

http://www.sinarharian.com.my/sh/johor/content/story8489377.asp

SINARHARIAN  Isnin 6 Disember 2010

Berita Am
Johor johan Edible Landskap

Kerajaan perlu tegas


Siasat teks ucapan Presiden PKR


Tahap kesedaran masih rendah


Media dimonopoli sebelah pihak


Belanja RM9.29 bilion untuk makan, minum





0