BANTUAN PERSEKOLAHAN DUN MAHARANI 2011


Pusat Khidmat DUN Maharani dengan kerjasama Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Muar telah menganjurkan program tahunan Bantuan Persekolahan 2011 pada pagi Ahad, 26 Disember 2010.
Program diadakan di dataran Pusat Perdagangan Parit Bakar Muar. Di Kompleks ini juga terletaknya Pusat Khidmat DUN Maharani yang di terajui oleh ADUN Maharani,YB Dr Mohammad Taslim dengan dibantu oleh ahli-ahli jawatankuasanya.


Program ini mendapat kerjasama erat daripada YDP PAS Muar ( Us Abu Bakar Lajat) ahli-ahli jawatankuasa PAS Kawasan dan DUN Maharani , Majlis Tindakan DUN Maharani (Pengarahnya Sdr Abu Bakar Ismail), Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan PAS Kawasan Muar (Pengerusinya Sdr Rozi Md Nor) , PAS Kawasan Muar, penyumbang-penyumbang setia program ini dan masyarakat tempatan dan dari luar DUN Maharani.Ini merupakan Program Tahunan yang dijalankan setiap tahun sebelum PAS memenangi DUN Maharani lagi.


Tahun ini seramai 181 orang pelajar sekolah menegah dan sekolah kebangsaan daripada golongan kurang berada telah dipilih untuk menerima sumbangan berupa beg sekolah, vaucer pakaian sekolah dan buku kerja PMR dan SPM untuk mereka yang akan menduduki peperiksaan tersebut pada  tahun hadapan.Kami mengucapkan terima kasih kepada PAS Kawasan Muar yang merupakan sponsor utama di samping rakan Pakatan Rakyat daripada PKR, pertubuhan dan individu yang telah bermurah hati menghulurkan sumbangan juga muslimin , muslimat dan pemuda  ahli-ahli PAS yang bertungkus lumus bergotong royong menjayakan majlis ini.Kami rasa bangga dan berterima kasih kepada rakan-rakan peniaga di Pusat Perdagangan Parit Bakar ini yang sentiasa memberi kerjasam dan membenarkan kami menggunakan dataran ini untuk program-program kami.


Di bawah ini  adalah sebahagian daripada gambar-gambar yang sempat kami rakam pada hari tersebut.




  
  
 
 
 












0