PROJEK 121 SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR 2010 -2012


Pendidikan Agama Negeri Johor bermula sejak Tahun 1895 ketika pemerintahan Sultan Abu Bakar.Pada masa ini terdapat 552 buah sekolah agama dalam Negeri Johor..Sebanyak 384 buah sekolah mempunyai bangunan sendiri sementara 168 buah menumpang di Sekolah Kebangsaan atau balai raya.

Kerajaan Negeri Johor hanya mampu memperuntukkan RM15 juta setahun bagi membina  5 atau 6 buah sekolah agama.Untuk memenuhi keperluan terhadap sekolah agama yang semakin bertambah Kerajaan Negeri Johor mengambil pendekatan pembiayaan kreatif bagi membina 121 sekolah agama dalam tempoh 2 tahun (Oktober 2010 - September 2012) dengan kos RM280 juta.

Pada bulan Ogos 2010 yang lalu Kerajaan Johor telah melantik MysysNet Development Sdn. Bhd.sebagai pemaju utama.Pembayaran akan dilangsaikan dalam tempoh 15 tahun (sehingga tahun 2025).Menurut Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri Johor,Dato' Hamsan Saringat,mulai tahun 2010 hingga 2025,setiap tahun kerajaan Negeri Johor akan membuat pembayaran sebanyak RM19.5 juta  kepada pemaju.Ini meramngkumi bayaran untuk 97 buah sekolah dari Fasa Satu hingga Fasa Empat yang akan ditanggung oleh Kerajaan Negeri (70%) dan Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) sebanyak 30%.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MusysNet Development Sdn. Bhd. ,Mohd Sees Mohd Ali, 30 kontraktor tempatan akan dilantik dengan keutamaan akan diberikan kepada kontraktor dari daerah di mana projek yang tersenarai dijalankan.

Daerah
Bilangan Sekolah
Johor Bahru
 24
Batu Pahat
 24
Muar
 18
Pontian
 13
Ledang
 11
Segamat
 10
Kulaijaya
   6
Kluang
   5
Kota Tinggi
   5
Mersing
   5
Jumlah
121


0