Lajnah Pengguna PAS Negeri Johor hari ini telah melancarkan Kelab Protes  BN = Barang Naik Peringkat Negeri Johor. Pelancaran kelab ini  disempurnakan oleh Naib Presiden PAS, YB Dato' Mahfuz Omar yang juga  merupakan Ahli Parlimen Pokok Sena di Pusat Tarbiyah PAS Kawasan Muar,  Parit Pechah, Muar.
Turut hadir dalam majlis ini adalah YB Dr. Mohamad Taslim, ADUN  Maharani, Ybhg. Ustaz Abu Bakar Lajat, YDP PAS Kawasan Muar, YBhg. Tuan  Haji Malik Mohd Diah, timbalan YDP PAS Kawasan Muar, wakil dari Lajnah  Pengguna PAS Johor dan wakil pimpinan PAS Johor, YBhg. En. Yatin Sarpan,  Ketua PKR Cabang Muar, pimpinan Pakatan Rakyat Muar, Pemimpin  Masyarakat dan NGO.
Muar merupakan destinasi pertama kempen Kelab Protes BN di negeri Johor.  Selepas ini, jelajah Kelab ini akan bergerak ke seluruh Negeri Johor  bermula esok.
Kenaikan tarif utiliti bebankan kita & JCorp.
ADUN Maharani, YB Dr. Mohamad Taslim memulakan ucapan beliau dengan ungkapan "BN adalah Barang Naik, PR adalah Price Reduced."
Krisis kenaikan harga yang melanda negara ketika ini sangat membebankan  rakyat Marhaen. Di Johor, rakyat dibebankan dengan kenaikan tariff air  yang tertinggi di Malaysia sedangkan Kerajaan PR Selangor mampu  menyediakan kemudahan bekalan air percuma untuk rakyatnya.
YB Dr. Mohamad turut mendedahkan sekali lagi mengenai JCorp yang  sehingga kini menanggung hutang sebanyak RM 6.4 billion. Sedangkan dalam  masa yang sama, JCorp adalah merupakan antara syarikat yang hebat,  menerima banyak anugerah.
|  | 
| YB Dato' Mahfuz diteruramah oleh Sinar Harian |  | 
 
 Tahun depan JCorp perlu melunaskan bond  terbitannya yang akan matang bernilai RM 3.6 billion. Mentri Besar Johor  telah pun mengeluarkan kenyataan bahawa JCorp tidak akan menjual  aset-aset besar miliknya. 
 
 Dari maklumat yang diterima oleh YB Dr.  Mohamad, JCorp akan menerbitkan bond baru bernilai RM 2.5 billion bagi  melunaskan bond bernilai RM 3.6 billion itu yang akan matang tahun  depan. Adakah ini cara pengurusan yang bertanggungjawab? Menggunakan  kaedah "gali lubang,tutup lubang".
YB Dato Mahfuz pula memulakan ceramahnya dengan menjelaskan mengenai sebab PAS menubuhkan kelab ini.
"Krisis Kenaikan Harga Barang adalah merupakan persoalan kelaparan dan  makanan yang menjadi keperluan kita.Kos sara hidup telah meningkat  dengan mendadak ketika ini. Peningkatan perbelanjaan juga boleh  menyebabkan krisis keluarga, kerana ia berpotensi untuk menimbulkan  kecurigaan suami terhadap isteri," ujarnya.
Tambah beliau lagi, "Kaum isteri sekarang ini berhadapan dengan  kesukarannya untuk berbelanja barang keperluan dapur dengan wang saku  pemberian suami. Namun begitu, adalah bukan satu rahsia lagi bahawa kaum  wanita sememangnya bijaksana dalam berbelanja dan berjimat-cermat.
Isu peningkatan kos sara hidup ini lebih besar. Bukan hanya sekadar  harga barang naik namun ia turut melibatkan perbelanjaan pendidikan  anak-anak yang meningkat, harga tarif utiliti yang semakin mahal dan  lain-lain.
Walhal pendapatan rakyat kekal ditakuk yang sama dan kecil namun  perbelanjaan keluarga semakin meningkat. Ini menyebabkan berlakunya  defisit terhadap poket rakyat.
Peratus Kenaikan Harga Barang dari 2008-2011. Gula Pasir mengalami kenaikan sebanyak 66% dalam tempoh ini. Ayam 1 kg  bersih naik sehingga 37%. Susu bayi 1.8 kg mengalami peningkatan  sehingga 28%. Teh tarik dan Roti Putih pula 25% dan 20% masing-masing.  Hal ini berlaku, Kerajaan Pemerintah telah mengurangkan subsidi atas barang -barang keperluan tersebut.
 Apabila berlaku defisit dalam Belanjawan, Kerajaan Pemerintah telah  berbelanja hampir RM 100 juta sebagai yuran Konsultan Luar Negara untuk  menubuhkan Makmal Rasionalisasi Subsidi. Tugas konsultan ini amat mudah  sekali apabila memberikan cadangan untuk pengurangan subsidi sedikit  demi sedikit kerana ketika ini subsidi yang ditanggung Kerajaan  Pemerintah adalah tinggi. Adakah masuk akal cadangan sebegini dibayar  dengan harga RM 100 juta.
Subsidi pertama yang ditarik adalah subsidi petroleum. Ini adalah punca  utama sebabkan kenaikan harga barang. Ini dipanggil kenaikan berangkai.  "Mana ada barang yang boleh dihantar guna tikar terbang P. Ramlee. Zam  Zam Ala Kazam, barang pun sampai ke kedai, tak perlu guna lori," seloroh  YB Dato' Mahfuz.
Punca sebenar defisit belanjawan adalah kerana negara tiada kemampuan  untuk membayar hutang. Bukan kerana subsidi. Kalau kita menguruskan  ekonomi dengan baik dan telus, kita akan mampu menjelaskan hutang  mengikut jadual dan memberikan subsidi dalam masa yang sama. 
 
 Contohnya  Kedah. Walaupun tidak mempunyai hasil yang banyak tapi Kerajaan PR Kedah  tidak membuat pinjaman baru dengan Kerajaan Persekutuan dan masih mampu  membayar hutang yang dibuat Kerajaan BN dahulu mengikut jadual. Hal ini  adalah kerana ketelusan dan kecekapan urus tadbir Kerajaan PR Kedah di  bawah pimpinan Menteri Besar, Ustaz Azizan Razak.
Ketirisan dan kebocoran yang berlaku ini telah menyebabkan masalah  defisit ini semakin buruk. Malaysia mempunyai hasil yang banyak. Sumber  carigali minyak, percukaian dan lain-lain. Apabila Pemimpin Negara tidak  amanah adalah punca kemelut ini. Sekiranya Pemimpin Negara ini amanah,  sudah pasti Allah akan mengurniakan barakah.
Malahan, apabila kita berinfaq, Allah akan memberikan rezeki berlipat  kali ganda. Itulah barakah Allah. Kerana itu, Islam menyatakan "tangan  yang memberi adalah lebih baik dari yang menerima."
Pemerintah hari ini langsung tidak memikirkan bagaimana untuk menampung  perbelanjaan agar tidak berlebihan. Pemerintah yang ada hari ini  mengamalkan Politik Tidak Amanah . Pakatan Rakyat akan menukarkan politik Pemerintah hari ini kepada Politik Amanah
Defisit Belanjawan Negara boleh dikurangkan tanpa mengambil daripada  rakyat. Ini barulah dinamakan kebertanggungjawaban. Memang benar dalam  Islam membenarkan perkara ini berlaku namun selepas Pemimpin berkorban  dahulu. Ini pemimpin kaya raya sebaliknya rakyat dihimpit semahu  mungkin.
YB Dato' Mahfuz turut mendedahkan persoalan mengenai kerja-kerja  penambahbaikan bangunan Parlimen yang sedang dilaksanakan sekarang ini.  Projek ini adalah menggunakan sistem runding terus. Sekiranya kalau  tidak mahu melaksana open tender sekalipun, gunalah selective tender  setidak-tidaknya.
Projek Bangunan Sementara Parlimen ini telah diserahkan kepada syarikat  bernama TRC iaitu  sebuah syarikat yang membina rumah untuk mantan PM, Tun Abdullah Badawi  yang bernilai RM 11 juta. Kerajaan melalui JKR telah menetapkan harga  siling iaitu RM 24 juta namun tiada syarat-syarat agar kos ini tidak  meningkat naik. Akhirnya, apabila bangunan sementara ini siap, kosnya  telah meningkat kepada RM 31 juta sedangkan perabut-perabut dan  peralatan di dalamnya adalah merupakan barang-barang sedia ada sebelum  ini.
 
 
YB Dato' Mahfuz turut menyentuh mengenai jumlah bayaran bil Elektrik  bagi Kediaman Rasmi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang  bernilai RM 160 ribu sebulan, dan bil air bagi kedua-dua kediaman rasmi  ini bernilai RM 32 ribu sebulan. Ini menunjukkan betapa pembaziran yang  banyak berlaku, sedangkan dalam masa yang sama, Pemerintah menyuruh  rakyat untuk menjimatkan penggunaan elektrik dan air.
 
 
Belanjawan Pakatan Rakyat 2012
 
 
 
 YB Dato' Mahfuz juga telah mendedahkan kandungan Belanjawan Pakatan  Rakyat 2012 seperti yang diumumkan oleh Ketua Pembangkang di Parlimen  siang tadi.  Belanjawan 2012 oleh Pakatan Rakyat      akan memperuntukkan RM220  bilion berasaskan kepada sasaran untuk mengekang      defisit pada kadar  4.4% daripada KDNK. Belanjawan PR ini adalah melibatkan penjimatan RM  14 billion dari kadar yang dibelanjakan oleh BN, namun, melalui  pengurusan wang negara yang       lebih berhemah, telus, bertanggungjawab dan berkesan, jumlah RM220  bilion      ini akan memberi 20% nilai tambah kepada rakyat
Untuk kandungan penuh Belanjawan Pakatan Rakyat 2012, sila klik [
SINI]
 
 
 
Goods and Service Tax (GST)
 
YB Dato' Mahfuz turut menjelaskan bahawa Perdana Menteri telah menyebut  bahawa GST memang tidak dapat dielakkan perlaksanaannya selepas  Pilihanraya Umum nanti. Ketika ini, tidak semua rakyat dikenakan cukai.  Hampir 70% dari jumlah rakyat Malaysia adalah tidak layak dikenakan  cukai, namun apabila GST dilaksanakan, 85% daripada rakyat akan terheret  untuk membayar cukai. Majoriti barangan dan perkhidmatan akan dikenakan  cukai menjadikan peningkatan kos sara hidup yang ketara.  
 
 
Beliau turut berseloroh, GST adalah Gasak Sampai Terlentang. Apabila  mereka mula gasak, kita, rakyat biasa inilah yang akan terlentang sambil  disambut gelak tawa hadirin yang hadir. Penyelesaiannya adalah rakyat  harus buat perubahan. UMNO umpama cicak yang tersepit di celah pintu.  Khurafat Politik Masyarakat Melayu sedang terhakis dengan dahsyat ketika  ini ekoran asakan dari PAS selama 60 tahun ini. Pakatan Rakyat juga  dengan memanfaatkan penggunaan teknologi ICT telah berjaya mendidik  rakyat untuk memahami pelbagai isu yang melingkari dan cuba dimainkan  oleh UMNO/BN. UMNO/BN cuba untuk melagakan hubungan parti-parti dalam  Pakatan Rakyat, namun rakyat sekarang semakin bijak untuk menilai.
 
Hudud, Melayu dan UMNO
 
 
|  | 
| Rakyat mendapatkan buku album Kenangan 9 Julai | 
Beliau mengakhiri ucapannya dengan berbicara mengenai persoalan Hudud  dan juga Melayu. Beliau memperjelaskan bahawa Karpal Singh dan DAP  berbeda pendapat dengan PAS berhubung isu Hudud ini kerana DAP merasakan  bahawa Hudud tidak selari dengan Perlembagaan Persekutuan. Tetapi  Perdana Menteri menolak Hudud atas alasan Hudud tidak sesuai dengan  masyarakat majmuk manakala Timbalan Perdana Menteri pula menyatakan  suasana negara belum cukup kondusif untuk melaksanakan hukum hudud.  Persoalan yang dibangkitkan adalah, adakah PM dan TPM sebagai orang  Islam ingin mengatakan bahawa Hukum Allah ini tidak sempurna? Inilah  salah satu contoh kemunafikan politik UMNO.
  
 UMNO telah membuktikan bahawa mereka tidak pernah ikhlas memperjuangkan  Islam dan juga dalam masa yang sama UMNO turut menggadaikan kepentingan  Melayu. Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan untuk menghapuskan  kuota Melayu/Bumiputera, namun menariknya kata-katanya semula dan  menuduh wartawan memanipulasi kata-katanya. Memang hak Melayu/Bumiputera  telah lama pupus semenjak zaman Tun Mahathir lagi. Kuota Pendidikan  digantikan dengan sistem meritokrasi, MRSM dibuka 10% kepada bukan  Bumiputera dan Matrikulasi juga turut dibuka kepada bukan Bumiputera. 
 
 Antara contoh-contoh yang diberikan ini, adakah orang Melayu hari ini  masih perlu bergantung harap kepada UMNO? Hak Melayu/Bumiputera tidak  diperjuangkan lagi, Islam pun tidak diperjuangkan, jadi apakah  relevannya UMNO kepada orang Melayui sekarang ini? soal beliau menutup  ucapannya malam tadi. 
 
Dalam majlis ini juga, Lajnah Penerangan PAS Pusat telah mengedarkan  buku album Kenangan 9 Julai sebagai memperingati perhimpunan Bersih 2.0.