PROGRAM JALINAN BESTARI KOMUNITI JOHOR 2, 2010
Posted in: khidmat masyarakat, Program UTHMUniversiti Tun Hussein Onn bersama Kerajaan Negeri Johor telah menganjurkan Program Jalinan Bestari Komuniti Johor 2,2010 dari 6 hingga 8 Ogos 2010 di Mukim Parit Bakar,Muar,Johor (dalam DUN Maharani).Tahun lalu Program yang sama telah diadakan di Mukim Serom, Muar.Di antara objektif Program ini adalah untuk menjalinkan ukhwah dan kerjasama dalam kalangan siswazah dengan masyarakat luar,memberi peluang masyarakat berinteraksi,mendekati dan memahami fungsi institusi pengajian tinggi awam dan membudayakan sikap menyumbang bakti dan berkhidmat kepada masyarakat.
Program ini dilaksanakan oleh Fakulti Pendidikan Teknikal UTHM dengan tema "Ilmu Dikongsi Bersama".Pengisian Program dilaksanakan oleh Pelajar-Pelajar FPTek dengan bimbingan Staf FPTek dan melibatkan penduduk Mukim Parit Bakar,Muar.Bebrapa orang pelajar luar negara seperti Sudan,Somalia,Yaman juga turut serta.
YBhb Prof Dato' Mohd Noh Dalimin (Naib Canselor UTHM) 
bersama YB Dato' Razali (di tengah-tengah)
dan En Zainal (wakil Pegawai Daerah Muar)
bersama YB Dato' Razali (di tengah-tengah)
dan En Zainal (wakil Pegawai Daerah Muar)
Perasmian Program ini telah di sempurnakan oleh YB Dato' Razali b Hj Ibrahim,Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia di Sekolah Menengah Tengku Mahkota,Jalan Temenggong Ahmad,Muar pada petang Jumaat 6 Ogos 2010.
YB Dr Mohammad Taslim selaku ADUN Maharani telah di jemput menghadiri Program ini oleh Unit Perhubungan Awam,Pejabat Naib Canselor,UTHM.Beliau diiringi oleh Tn Hj Abd Rahman Lajim,Sdr Hamidun Omar dan Sdr Tupin Ngadian,Terima kasih diatas keperhatinan pihak UTHM memberi peluang ADUN Maharani bersama masyarakat dalam Program tersebut.
YBhg Prof Dato' Dr Mohd Noh Dalimin (Naib Canselor) bersama 
YB Dato' Razali Ibrahimmelancarkan Buku 'Globilasasi Pendidikan Parit Bakar,Muar'.
 
YB Dato' Razali Ibrahimmelancarkan Buku 'Globilasasi Pendidikan Parit Bakar,Muar'.
YB Dr Mohammad bersama Prof. Madya Kamarudin dan 
Prof Madya Hj Sapon Ibrahim (Pengerusi JK Pelaksana Program).
Prof Madya Hj Sapon Ibrahim (Pengerusi JK Pelaksana Program).

YB Dr Mohammad (belakang)  bergambar bersama VVIP,Pensyarah dan AJK Program 
 
  VVIP bersama AJK program 
Cikgu Minhad menerima anak angkat 
Keceriaan terbayang di wajah keluarga dan anak angkat ini 
Masa untuk menjamu selera.YB Dr Mohammad bersama 
VVIP di meja utama.
VVIP di meja utama.
YB Dr Mohammad,YBhg Dato' Naib Canselor (berbaju Melayu) , 
YB Dato' Timbalan Menteri Belia dan Sukan (di kirinya) dan tetamu-tetamu kehormat
di meja makan.
______________________________________________________________
 
YB Dato' Timbalan Menteri Belia dan Sukan (di kirinya) dan tetamu-tetamu kehormat
di meja makan.
______________________________________________________________
| UTHM Tabur Bakti di Mukim Parit Bakar, Muar |   |   | 
sumber: http://www.uthm.edu.my/v2/content/view/636/229/lang,en/
Dalam menyokong usaha  kerajaaan bagi meningkatkan sosio budaya masyarakat setempat, Universiti  Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan satu program  kemasyarakatan di Mukim Parit Bakar, Muar. Program ini bertujuan untuk mendedahkan  para pelajar (bakal pendidik) dengan persekitaran kehidupan masyarakat  Malaysia dengan mengenali budaya, cara hidup dan sosioekonomi penduduk  setempat serta mengaplikasikan segala ilmu yang dipelajari dalam  mewujudkan ikatan ukhwah dan meningkatkan kemahiran insaniah pelajar  dalam pengurusan bagi memenuhi aspirasi negara. 
Program Jalinan Bestari Komuniti dijalankan di Mukim Parit Bakar, Muar ini pada 6 hingga 8 Ogos 2010. Program ini melibatkan lima buah kampung iaitu Kampung Parit Raja,  Kampung Parit Amal, Kampung Parit Amat, Kampung Parit Unas dan Kampung Parit Pinang Seribu. Seramai lebih daripada  500 orang pelajar, pensyarah dan juga staf UTHM  terlibat dalam program ini. Selama 3 hari 2 malam, mereka berkumpul  bersama-sama masyarakat di Mukim Parit Bakar untuk menjalankan  aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan memberi manfaat bagi masyarakat  setempat. Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan ialah ceramah  Penggunan ICT dalam P & P, ceramah perubatan islam, pameran, khidmat  kesihatan percuma, perkhidmatan mobile teknikal, gotong-royong,  khidmat rawatan alternatif, sukaneka, pertandingan mewarna, pertandingan  gubahan, masakan dan jahitan serta rewang sekampung.  
 Program Jalinan Bestari  Komuniti yang diadakan oleh UTHM ini merupakan siri kedua. Program siri  kedua ini diadakan adalah dorongan dari keberkesanan Program Jalinan  Bestari Komuniti Siri Pertama yang telah diadakan di Dun Serom pada  tahun 2009. Program siri pertama ini telah disempurnakan oleh Yang  Berhormat Menteri Besar Johor, Dato' Haji Abdul Ghani bin Othman.  Lantaran itu, kejayaan program yang diadakan di Dun Serom telah menjadi  pemangkin kepada  UTHM khususnya pihak Fakulti Pendidikan Teknikal bagi menjadikan program ini sebagai program tahunan. 
Selain daripada mengadakan  aktiviti-aktiviti kepada penduduk setempat, pihak universiti juga  menyampaikan bantuan dan sumbangan kepada masyarakat di Mukim Parit  Bakar. Sumbangan-sumbangan tersebut  adalah komputer, karbinet besi, meja bacaan, rak buku, pasu bunga  plastik dan juga anak-anak pokok buah-buahan. Hasrat murni UTHM ini  sedikit sebanyak dapat memenuhi keperluan dan sekaligus dapat memberi  makna kepada masyarakat  setelah 3 hari 2 malam warga UTHM berkampung di Mukim tersebut.  
Program ini lebih bermakna apabila  Yang Maha Mulia Raja Zarith Sofiah bte Almarhum Sultan Idris Shah  berkenan mencemar duli untuk bersama-sama warga UTHM dan semua lapisan  masyarakat di Mukim Parit Bakar untuk bergotong-royong di majlis Rewang Warisan  yang diadakan pada malam 7 Ogos 2010 di perkarangan Sekolah Menengah  Kebangsaan Tengku Mahkota. Rewang Warisan ini diadakan adalah sebagai  persiapan untuk mengadakan jamuan Kenduri Sekampung yang telah diadakan  pada 8 Ogos 2010.  
Keberangkatan YMM Raja Zarith Sofiah adalah sempena Kembara Mahkota Johor yang berlangsung pada 7 hingga 9 Ogos 2010. Baginda  juga turut serta dalam melakukan aktiviti-aktiviti tradisional yang  diadakan pada malam Rewang Warisan tersebut, antaranya seperti  menggiling lada, mengikir kelapa, menumbuk dan aktiviti-aktiviti  tradisional yang lain.  
Upacara Perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berhormat Datuk Razali Ibrahim,  Ahli Parlimen Muar yang juga Timbalan Menteri Belia dan Sukan pada 6  Ogos 2010 di Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku Mahkota pada jam 3.00  petang.  
Dikeluarkan oleh: 
Shafry Salim 
Pegawai Perhubungan Awam Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)
Batu Pahat, Johor. 
Tel: 07-453 7025 / 019-7571007 
Emel:   shafry@uthm.edu.my Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )

 

Pejabat DUN Maharani
Translator
Demi Masa
 
Dana Kebajikan DUN
Arkib Blog
- 
        ▼ 
      
2010
(259)
- 
        ▼ 
      
Ogos
(38)
- MERDEKA..MERDEKA....MERDEKA...........
- SUMBANGAN RAMADHAN 1341H - KG PARIT KEROMA MUAR
- AURAT OH AURAT
- AURAT DALAM ISLAM
- ADUAN RAKYAT (JALAN DAUD) : PARIT BARU,JALAN BARU....
- CAN A NON-MUSLIM ENTER THE MOSQUE ?
- SUMBANGAN RAMADHAN YB SERDANG
- YB DAP DI SURAU - PENJELASAN YB TEO dan PERMOHONAN...
- YB DAP DI SURAU
- SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL - MUBARAK
- POLITICS - PENANG UNDER PAKATAN RAKYAT
- LAGI SUMBANGAN RAMADHAN 1431H - PAS CAWANGAN BANDA...
- ISU 'GUAN ENG GANTIKAN AGONG'
- PEMUDA PEWARIS PIMPINAN
- ADUN MAHARANI IN THE NEWS
- MASALAH SAMPAH : BERI KERJASAMA
- UNIT AMAL PAS MUAR BAIKI RUMAH
- SUMBANGAN RAMADHAN 1341H DI PARIT AMAL LAUT MUAR
- 2 TAHUN LALU : KENDURI PRU 12 - PAS MENANG
- SUMBANGAN RAMADHAN 1341H PAS PT RAJA DARAT
- SAMBUTAN BULAN KEMERDEKAAN PASTI AR RAHMAH MUAR
- ADUAN RAKYAT : TANAH MENDAP DI DUN MAHARANI -Berit...
- ADUAN RAKYAT : TANAH MENDAP DUN MAHARANI - Utusan ...
- ADUAN RAKYAT : TANAH MENDAP DI PARIT KEROMA - sina...
- PERUTUSAN RAMADHAN TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ
- RAMADHAN: BATALKAH PUASA ?
- ISU PENIAGA MELAYU KOMTAR PULAU PINANG
- GIANT MECCA CLOCK
- TERIMA KASIH,TERIMA KASIH,TERIMA KASIH 5
- PERUMAHAN BINA BARU MAIJ
- GOTONG ROYONG BANTU WARGA INDIA
- KEM SEMARAKM RAMADHAN 1431H
- TAZKIRAH RAMADHAN - AS-SYAHID HASSAN AL-BANA
- PROGRAM JALINAN BESTARI KOMUNITI JOHOR 2, 2010
- PROGRAM ZIARAH ADUN MAHARANI
- SENARAI ANAK SYARIKAT JCORP 2009 - UNTUNG ? RUGI ?
- PERBELANJAAN SPR DALAM PILIHANRAYA KECIL 2008 - 2010
- GOTONG ROYONG ADUN MAHARANI - JKKK SRI JONG
 
 
- 
        ▼ 
      
Ogos
(38)
 





2