Memaparkan catatan dengan label saman trafik. Papar semua catatan
KADAR BARU KOMPAUN SAMAN TRAFIK -TARIKH TUTUP
Posted in: polis, saman trafikPENGUMUMAN : Kadar Baru Kompaun Saman Trafik
by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Tuesday, November 30, 2010 at 2:12pm
________________________________________________________________________________
Tarikh Tutup Diskaun Saman 50 PeratusSekiranya saman tersebut gagal dijelaskan sehingga 28 Februari ini, nama mereka akan disenaraihitamkan, namun tetap boleh menikmati insentif 50 peratus jika ingin membayarnya selepas itu.
Bagi saman diperoleh mulai 1 Disember pula, pesalah trafik boleh mendapatkan insentif itu sekiranya menyelesaikan bayaran saman dalam tempoh 30 hari daripada tarikh saman dikeluarkan.
Pesalah trafik akan memperolehi insentif 50 peratus diskaun sekiranya membayar saman dalam tempoh 15 hari daripada tarikh saman dikeluarkan.
Insentif 30 peratus diskaun pula akan diberikan kepada mereka jika menyelesaikan saman selepas 15 hingga 30 hari dari tarikh saman dikeluarkan.
Bagaimanapun selepas tarikh itu, pesalah trafik akan diminta membayar saman pada tawaran sebenar selama sebulan dan jika masih gagal, nama mereka akan disenaraihitamkan.
Maklumat daripada Ketua Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Rosli Mohd. Nor (dalam Utusan Malaysia , Isnin 13 Disember 2010)
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )
