Memaparkan catatan dengan label prk tenang. Papar semua catatan

PRK TENANG - MALAM PENENTUAN DI DEWAN SERBAGUNA LABIS


MALAM PENENTUAN DI DEWAN SERBAGUNA LABIS - PENJUMLAHAN UNDI

Sabtu 30 Januari 2011 adalah hari penentuan PRK N05 Tenang.Setelah berusaha dan bermunajat bersungguh-sungguh pejuang-pejuang Pakatan Rakyat terpaksa menerima hakikat bahawa mereka belum menang di DUN Tenang. Sebagai menunaikan tanggungjawab parti, Alfadhil Ustaz Abdullah Hussein , Ketua Dewan Ulamak PAS Johor, bersama-sama dengan Wakil Calon,  telah di beri amanah untuk mengahdiri majlis penjumlahan undi PRK Tenang dan seterusnya menerima keputusan PRK Tenang yang telah pun diketahui secara tidak rasmi.

Meraikan kemenangan adalah sesuatu yang dinanti-nanikan tetapi menghadapi kegaglaan memerlukan semangat juang yang jitu dengan keyakinan Allah telah pun mencatat amal baik kita dan Islam pasti menang akhirnya.Dengan rasa penuh tanggungjawab Ustaz Abdullah Hussein telah mengetuai rombongan seramai 10 orang untuk menghadiri majlis tersebut.Mereka yang Allah pilih termasuk Ustaz Abdullah Hussein, Wakil Calon, YB Dr Mohammad Taslim dan isteri, Puan Rubiah Raffee serta anaknya Mohd Azhar, Sdr Rozi Md Nor dan isteri, Ustazah Siti Nur Mupit, Puan Aminah dan beberapa orang lagi.Mereka  sebahagiannya tidak menduga akan dapat diberi peluang ini. Mungkin inilah hikmah terperangkap oleh banjir  di Masjid Jamik Labis yang bersebelahan dengan Pusat Penjumlahan Undi.

Tiket SPR untuk pas masuk dewan penjumlahan undi.

 

Satu lagi pas masuk .

Gembira... YB Dr Mohammad bertemu sahabat sekolah lama (SDARIAN)
Sdr Rabiey, Pengarang 'Holistik' terbitan Pejabat Menteri Besar Johor.


YB Dr Mohammad bersama rakan se Dewan Negeri :
YB Datuk Osman Sapian dan YB Datuk Hamid.   


Di dalam Dewan bersama YB Exco Dato' Ahmad Zahari,
YB Datuk Hamid dan YB Asojan (kanan,duduk).


 
Bermesra sebelum keputusan rasmi diumumkan.



 
Wakil PAS tenang menerima keputusan : Sdr Rozi, YB Dr Mohammad, 
Ustaz Abdullah dan Wakil Calon.
 


Muslimat Muar dalam Dewan semasa Penjumlahan Undi:
Puan Rubiah Raffee, Puan Aminah dan Ustazah Siti Nor.


YB Dr Mohammad memperkenalkan Ustaz Abdullah 
kepada Speaker Dewan Negeri Johor, YB Dato' Ali,
Kelihatan juga Sdr Rozi M Nor.

Wakil calon berbincang dengan Pegawai SPR.


Wartawan mewawancara Wakil Calon.




 
YB Dr Mohammad dikerumuni pemberita dan TV9.
Rasa macam menang Pilihanraya 2008 ! 
Sdr Rozi bersama tunai tanggungjawab.



 
Meraikan kemenangan - kurang daripada sasaran majoriti 5000.


Saat kemenangan BN

SEKADAR IMBASAN KEMBALI, KENANGAN KETIKA PENJUMLAHAN UNDI PRU 12
PARLIMEN MUAR, DUN MAHARANI DAN DUN SG BALANG: 


Debaran menunggu keputusan rasmi PRU 12, Mac 2008, Dewan Sekolah Tinggi Muar.
Dari kiri: Sdri Nah Budin (Parlimen Muar) , Dr Mohammad Taslim (DUN Maharani)
dan Sdr Malik Md Diah (DUN Sg Balang).



Read More

HARI MENGUNDI DI KG PAYA MERAH, LABIS TIMUR


 HARI MENGUNDI DI LABIS TIMUR

Hari Mengundi, Ahad 30 Januari 2011


YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani dan isteri serta anaknya bercadang untuk  ke  Sawah Baru (tempat pemeriksaan kesihatan ), Ayer Panas dan Redong (nostalgia ceramah malam terakhir ! ) selepas melawat FELDA Cempelak dan FELDA Cempelak Barat. Jam sudah menunjukkan 2.00 petang dan belum ada tanda-tanda hujan akan berhenti. Dalam perjalanan ke Pekan Labis air sudah mula menutupi jalan di Km2 Labis. Beginilah keadaan jalan:

Jalan dipenuhi air, mencemaskan !

Ladang sawit ditenggelami air di sepanjang jalan. Tawakkul demi tugas.

Hajat tak kesampaian keadaan  sangat mencabar. Hujan turun dengan lebatnya dan banjir sudah bermula di Kg Paya Merah.Tak mengapa. Mereka merayu undi di hadapan Dewan Serbaguna Kg Paya Merah..Pengundi di sini yang didaftarkan di Sekolah Menengah Kamrul Ariffin tidak jauh dari sini tidak dapat mengundi kerana banjir. Tiada kenderaan polis , tentera atau bomba yang datang mengambil pengundi. Terbayang kehampaan di muka pengundi yang rata-rata menyokong Pakatan Rakyat 

Petugas PAS dan Pakatan Rakyat terus bekerja dengan semangat membara untuk memenangkan Calon PAS. Kegigihan muslimat dan seluruh petugas sangat membanggakan. .

Alhamdulillah, selamat sampai di Kg Paya Merah sahaja..
Bersama YB Idham Lim dan  Sdr Shaari.

Pertemuan nostalgia dengan Sdr Hamka Hj Hassan.Beliau mengetuai konvoi
Calon DUN Maharani PRU 12 yang lalu.Maharani kehilangan  beliau yang sekarang
membantu PAS Paya Jaras !


 
Kenangan PRU 12 di DUN Maharani : Terima kasih Hamka 
yang mengetuai konvoi di hari mengundi.

Puan Rubiah dan petugas meraih undi.Kenderaan Pakatan Rakyat
terus berkhidmat dalam hujan lebat.


Perayu Puteri UMNO dan remaja (macam budak sekolah je ?)

Hebat muslimat, hujan tidak mematahkan semangat mereka.
Puan Rubiah terus merayu undi walaupun hujan.


Kg Paya Merah  mula banjir.Ini kawasan di hadapan tempat mengundi.

Penduduk ini mengeluh, tiada bantuan datang.

YB Dr Mohammad bercadang melawat sahabat-sahabat di Sawah Baru, Redong dan Ayer Panas, malangnya banjir menyebabkan hubungan terputus.Beliau kembali ke Pekan Labis, di sambut oleh banjir........

 Dataran Labis dipenuhi air.

Banjir di Dataran Labis. Kelihatan dua buah kereta ditenggelami air.

 
 Kempen dalam banjir di Pekan Labis.




Petugas bersedia membantu.

Pada masa semua jalan keluar dari Labis ke Muar,Segamat dan Yong Peng dinaikki air. Nampaknya ke Masjid Jamik Labislah tempat berteduh sementara menunggu waktu solat dan menunggu air banjir surut. Di masjid ini ramai sahabat-sahabat terkandas. Rahmat banjir, tanpa dirancang rombongan YB Dr Mohammad dan Sdr Rozi serta muslimat  dari Muar diberi amanah pergi ke Dewan Penjumlahan Undi bersama Ustaz Abdullah Hussein dan Wakil Calon.Nampaknya tiada pemimpin besar Pakatan Rakyat lain yang bersama dalam dewan........Tunggu berita seterusnya......









Read More

PRK TENANG - MERAYU UNDI DI FELDA


PRK TENANG 30 JANUARI 2011 - ADUN MAHARANI MERAYU UNDI

HARI MENGUNDI DI DUN TENANG TELAH TIBA . AHAD 30 JANUARI 2011 MELAKAR PERISTIWANYA TERSENDIRI. YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, berasama isteri, Puan Rubiah Raffee, dan anaknya Mohammad Azhar sebagai jurufoto melapangkan masa melawat tempat mengundi, bertemu pengundi, petugas parti dari kedua-dua belah pihak.

 Bulan mengambang menyambut petugas dan pengundi
dalam hujan lebat.


Tempat mengundi yang pertama beliau lawati ialah FELDA Cempelak di ikuti dengan FELDA Cempelak Barat. Walaupun  hujan lebat petugas-petugas PAS tetap komited dan bersemangat tinggi. YB  Dr Mohammad dan keluarga disambut mesra oleh petugas-petugas yang datang dari negeri Johor sendiri dan luar Johor.Mereka berganding bahu menjalankan amanah Allah untuk memenangkan Islam.

YB Dr Mohammad dan isteri bersma muslimat.



Bersedia untuk menyampaikan mesej 'Ubah Sekarang, Selamatkan Malaysia'

Suasana di FELDA meriah.



Salam dihulur, persahabatan termetri.

Salam perjuangan.....kami sudah menang di sisi Allah  !

Keluarga pejuang melatih anaknya berjihad.


Bersama sahabat-sahabat dari Negeri Sembilan.



Jalinan ukhuwah bersama penyokong dari Melaka.
Kita jumpa lagi di Merlimau.

YB Dr Mohammad beri tazkirah kepada perayu BN !

Kita berlainan ideologi tetapi ukhuwah Islamiah tetap wujud.
Semoga Allah beri mereka hidayah.








Read More

PRK TENANG - MALAM TERAKHIR


ADUN MAHARANI BERSAMA PEMIMPIN PAKATAN RAKYAT BERKEMPEN DI DUN TENANG DI MALAM TERAKHIR

Sabtu 29 Januari 2011 adalah hari terakhir kempen pilihanraya kecil DUN Tenang. Pakatan Rakyat terus menyampaikan mesej perjuangan untuk kemenangan PAS dalam PRK DUN Tenang pada 30 Januari 2011.Cahaya kemenangan telah mula memancar dengan bulan purnama menyinari Tenang.


YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani,  telah diberi kepercayaan untuk turun ke DUN Tenang pada malam  terakhir kempen dengan mengadakan ceramah  di Bukit Mambai,Tenang Stesen dan Redong. Walaupun cuaca sejuk dengan hujan turun renyai-renyai para pengundi dan penyokong tidak jemu-jemu mendengar penerangan daripada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sempena PRK DUN Tenang ini.


Di Bukit mambai ahli-ahli Makkal Sakti termasuk ketuanya En. Kannan turut hadir memberi semangat dan sokongan padu kepada PAS.Ceramah disampaikan oleh YB Ustaz Mohd Firdaus Jaafar, Ahli Parlimen Jerai, diikuti oleh YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, Sdr Hanipa Maidin dan YB Dato' Sri Nizar Jamaludin.


 YB Dr Mohammad berucap di Bukit Mambai.


Giliran YB Mohd Firdaus menyampaikan amanat.

 Perbincangan sebelum majlis bermula.

 YB Dato' Seri Nizar turut berada di Bukit Mambai
bertemu pengundi dan memberi amanat.

 Sdr Hanipa Maidin, Peguam PAS, turut bersama.


YB Idham Lim berkempen di malam terakhir di Redong.
YB Dr Mohammad juga turut memberi amanat terakhirnya sebelum tengah malam.

 

Ucapan rayuan terakhir YB Dr Mohammad kepada pengundi-pengundi di Redong - 
tamat tepat jam 12.00 malam 






Ceramah - Kg Redong
Saturday, 29 January 2011, 9:00pm - 11:00pmby  n05tenangHits : 159

Ceramah N.05

Tarikh : 29 Januari 2011
Masa : 9 Malam
Tempat : Kampung Redong
Penceramah :

1. Tuan Hj Mohamad Sabu - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS
2. YB Khalil Idham Lim - ADUN Titi Serong
3. YB Taufek Abd Ghani - Ahli Jawatankuasa Kerja PAS
4. YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh - ADUN Sungai Abong

5. YB Dr Mohamad Taslim - ADUN Maharani
6. Ustazah Nuridah Salleh - Ketua Dewan Muslimat

Semua dijemput hadir

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Day 8: Between hope and 'si kiao kiao'
Jan 29, 11 12:25pm
 
FREE TENANG LAST DAY What's happening in the by-election campaign in the state constituency of Tenang? Quotable quotes, planned events and unplanned incidents as they take place in N5.
9pm: PAS ceramah at Dataran Cikgu Mala (Wayang Pacak); Felda Tenang; Felda Cempelak; Felda Cempelak Barat; Kampung Sawah Baru; Kampung Redong; and Bukut Mambai.
Speakers: Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Zulkefly Ahmad, Mumtaz Md Nawi, Dr Hatta Ramli, Wan Abd Rahman Wan Latif, Nasir Zakaria, Idris Ahmad, Abu Bakar Chik, Mazlan Aliman, Tuan Ibrahim Tuan Man, Dr Siti Mariah Mahmood, Khalil Idham Lim, Taufek Abd Ghani, Mat Sabu, Suhaizan Kaiat, Nuridah Salleh, Sheikh Ibrahim Salleh, Mohamad Taslim and Zailah Yusof.

Mari kita doakan kemenangan Cikgu Mala yang mewakili PAS - Pakatan Rakyat dalam PRK DUN Tenang esok, 30 Januari 2011. 



Read More

PRK TENANG - ADUN MAHARANI MULA BERKEMPEN DI UPU SAWAH BARU


BERSAMA ADUN MAHARANI DI UPU SAWAH BARU DUN TENANG

Petang Ahad 23 Januari 2010 - Sekali lagi, di atas permintaan ramai, team YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, diberi penghormatan  kembali menjalankan  tugas di Kg Sawah Baru, DUN Tenang.Kali ini seperti biasa beliau diiringi oleh isterinya, Puan Rubiah Raffee, muslimat Kg Parit Sawah Baru dan muslimat dari Seri Gading Batu Pahat. Sungguh bersemangat team ini nampaknya.


Hari ini YB Dr Mohammad di sambut dengan  senyuman oleh calon PAS DUN Tenang, Cikgu Mala. Posternya je.......Tak mengapa, Cikgu Makrof Abd Mutalib bersama anak lelakinya ada in person di UPU Sawah Baru ini. Beliau menghadiahkan kami JUS FAQIH, satu produk minuman sunnah yang baru dalam pasaran. Terima kasih Cikgu. Bertuah calon kita mendapat sokongan padu daripada suami tercintanya Rasanya macam dah menang kita... InsyaAllah. Teruskan perjuangan !

YB Dr Sheikh Ibrahim Salleh, ADUN Sg Abong , berkempen di UPU Labis, juga mengadakan pemeriksasan perubatan percuma. Mantan YB Senggarang, Dr Ramli Kari pula bertugas di UPU Redong  termasuk di kawasan orang asli.


 Cikgu Mala tersenyum  menyapa semua pengundi......UNDILAH PAS !


YB Dr Mohammad di pagar masuk ke SKB Sawah Baru, Pusat Mengundi UPU Sawah Baru 


Ya, projek segera, dapat pagar baru sekolah ini. 

  
Satu lagi projek instant - parit baru ! 
Rakyat perlukan pembangkang dalam Dewan Negeri
supaya projek diagihkan secara adil, tidak menunggu pilihanraya sahaja.


YB Dr Mohammad dan rombongan disambut oleh Ustaz Hashim Jusoh (YDP Sri Gading) 
yang mengetuai UPU Sawah Baru.UPU ini juga dijayakan bersama ahli-ahli PAS dari
Sri Gading, Perlis dan Sabah.


Memang kami bertuah dapat  bertemu Cikgu Makrof, suami Cikgu Mala di UPU Sawah Baru.
YB Dr Mohammad dan isteri tidak melepaskan peluang merakamkan  pertemuan ini.


Tugasan bermula ....YB Dr Mohammad dan teamnya bertemu pemgundi.
Kakak ini cukup menghormati tetamu.Kami dipersilakan duduk di kerusi 
tetapi beliau selesa di lantai sahaja.


Anak muda ini memberi kami semangat.Sebenarnya di mana sahaja 
ada penyokong gerakan Islam.
 

 Warga emas disantuni, yang sakit dirawat.


Pak Cik ini rupaya berasal dari kampong bersebelahan kampong Dr Mohammad di Muar !
Jangan bimbang, walaupun dacing ditampal di dinding rumahnya, undinya belum tentu ! 


 YB Dr Mohammad dan isteri merakamkan pertemuan dengan orang kampongnya.


Ya, T-shirtnya menunjukkan prinsipnya tetapi YB tidak putus asa...lambang BULAN
ditunjukkan dan poster ini kami hadiahkan  untuk beliau buat pilihan.


Pak Cik ini juga asalnya dari Muar, baru keluar  hospital kerana terjatuh.
YB pun ada bawa ubat. Pak Cik nak bayar, tapi hari ini rawatan percuma Pak Cik !


Pangkah BULAN, undi Cikgu Mala ya Pak Cik !

 

 Nenek ini khabarnya dah tak sabar nak pergi mengundi. Doakan  beliau 
berubah hati dan beri peluang kepada PAS.
Ini sumbangan kami Nek.

Hari ini kami kembali ke markas dengan penuh kesyukuran.Misi berjaya. InsyaAllah semuanya akan berakhir dengan satu lagi kerusi DUN untuk PAS - Pakatan Rakyat. TAKBIR !!! 

Gambar-gambar sepanjang aktiviti di UPU Sawah Baru ini dirakammkan oleh Sdr Mohammad Azhar Mohammad.Terima kasih kami ucapkan kepada anak muda ini.





Read More