Memaparkan catatan dengan label pilihanraya kecil. Papar semua catatan

PRK P094 - MUSLIMAT MUAR DI HULU SELANGOR DI HARI PENAMAAN CALON


Dewan Muslimat PAS Muar sentiasa terkehadapan apabila berlaku Pilihanraya Kecil sejak PRU 12 yang lalu.Bagan Pinang,Manik Urai,Kuala Terengganu,Permatang Pasir.........sebut sahaja mereka akan sama-sama berjuang memenangkan Pakatan Rakyat.Malahan mereka telah pun membuat persediaan untuk ke Sibu,Sarawak bulan hadapan !

Dengan diketuai oleh Ketua Dewan Muslimat (DMPM) merangkap Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Johor,Puan Fatimah Ismail dan diiringi oleh Puan Norhayati Bachok (Timbalan Ketua DMPM merangkap Timbalan Ketua DMPJ) dan Puan Rubiah Raffee (isteri YB Dr Mohammad Taslim ADUN Maharani) dan Puan Zalina Bacik,  mereka bertolak dari Muar pada hari Jumaat 16 April 2010 terus ke Sungai Buaya Hulu Selangor.Puan Norhayati memandu MPVnya pergi dan balik.Hebat mereka ni.Mereka kembali ke Muar pada hari Ahad malam Isnin dan sampai jam 1.00 pagi.Alhamdulillah sebahagian daripada tugasan telah selesai.

Di hari  penamaan calon,Sabtu 17 April 2010, mereka disambut dengan gulungan kawat berduri.Satu pengalaman baru di PRK kali ini.Nasib baik mereka tidak terlanggar kawat duri ini tetapi malang bagi Samy Vellu yang terkena kawat ini !.

Inilah Bilik Gerakan Kg Sungai Buaya tempat muslimat Muar dan Negeri Johor ditugaskan.




Puan Rubiah Raffee (isteri YB Dr Mohammad Taslim) di atas bukit di hari penamaan calon

Puan Rubiah,Puan Fatimah dan Puan Norhayati gagah memegang bendera

Penyokong DAP di celah-celah himpunan rakyat

Puan Siti Fatimah Awang (Ketua Halwa PAS Johor),tiga dari kanan,bersama muslimat Johor

Muslimat siap berselempang,sedia untuk berjuang

Rehat sebentar: Puan Rubiah,Puan Zabedah (Bendahari DMPN Johor) dan Puan Fatimah

Tetap ceria selepas berjalan kaki 3 kilometer ke tempat penamaan calon

Taaruf di rumah penginapan muslimat Johor

Menunggu sahabat di Bilik Gerakan Sg Buaya selepas berkempen

Di rumah Puan Ann (duduk kanan sekali) bersama Muslimat PAS Kiambang Sari

Rumah Peneroka FELDA Kg Sg Buaya.Ada perubahan?
Di kawasan inilah muslimat berkempen dan merayu undi




Read More

PILIHANRAYA KECIL BAGAN PINANG-PENAMAAN CALON



Sabtu 3 Oktober 2009 di Bagan Pinang:

Johor tidak ketinggalan menghantar wakil di hari penamaan calon pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang.Dengan semangat membara mereka bersama lautan ahli dan penyokong Pakatan Rakyat memberi sokongan moral kepada calon PAS yang mewakili Pakatan Rakyat.


Dewan Muslimat PAS Muar juga menghantar wakil di hari penamaan calon.Mereka terdiri daripada Puan Norhayati Bachok (Timbalan Ketua DMPMuar),Puan Rubiah Raffee (isteri YB Maharani), Puan Norhayati Sulaiman (AJK DMPMuar) dan Puan Zalina.Pengalaman yang sungguh berharga melihat suasana pilihanraya kecil di DUN yang akan dirampas rakyat untuk diserahkan kepada PAS-Pakatan Rakyat.

Kiri: Dato' PJ PAS Johor Dato' Mahfoz Mohamad bersama isteri melangkah gagah ke medan juang
Kanan: Kelihatan Muslimat PAS Muar (Hjh Rubiah-isteri YB Dr Mohammad-Maharani, Norhayati Sulaiman,Norhayati Bachok,Zalina) juga Pn Norhayati Bidin (SU DMPNJ)


Lautan manusia mengiringi calon PAS


(Kiri): Bersama isteri calon Bagan Pinang....( Kanan): Puan Rubiah bersama Cik Kumutha


NO to ISA (Samad) kata Muslimat Muar, Pn Norhayati dan Pn Rubiah (isteri YB Maharani)


Ahli Kelab Penyokong PAS di hari penamaan calon


Read More