Memaparkan catatan dengan label mesyuarat Dewan Negeri Johor Mac 2010. Papar semua catatan
MESYUARAT KEEMPAT DEWAN NEGERI JOHOR 2010
Posted in: mesyuarat Dewan Negeri Johor Mac 2010Jurutulis Dewan Negeri Johor memaklumkan bahawa Mesyuarat Keempat Bagi Penggal Persidangan Kedua Dewan Negeri Johor Yang Ke-12 akan diadakan sebagaimana ketentuan berikut:
Tarikh : Selasa, 16 Mac 2010
(selama 1 hari)
Masa : 9-30 pagi - 1-00 petang
Tempat : Dewan Persidangan
Aras 2, Dewan Negeri Johor
Kota Iskandar
79000 Nusajaya
Pakaian : Lelaki - Pakaian Kebangsaan atau Lounge Suit
berwarna gelap (bersongkok bagi dif-dif Islam),
Wanita - Pakaian Kebangsaan atau sarung dan blaus
berlengan panjang atau skirt yang sekurang-
kurangnya paras lutut dan blaus berlengan panjang.
Soalan-Soalan Mulut dan Bertulis dan Rundingan-Rundingan hendaklah dihantar tidak lewat daripada hari Selasa, 2 Mac 2010, jam 1.00 petang.
Ucapan-Ucapan Tangguhan Mesyuarat hendaklah dihantar tidak lewat daripada hari Selasa, 9 Mac 2010, jam 1.00 petang.
Jika Tuan-Tuan dan Puan-Puan mempunyai soalan-soalan untuk diajukan dalam Dewan Negeri Johor sila hubungi wakil rakyat Tuan-Tuan atau hubungi YB Dr Mohammad Taslim (ADUN Maharani) melalui nombor telefon 012 9349944.
Terima Kasih
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )
