Memaparkan catatan dengan label maulidur rasul. Papar semua catatan
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433H TAMAN BUNGA RAYA MUAR
Posted in: maulidur rasulTaman Bunga Raya Jalan Temenggong Ahmad Muar menyambut Sambutan Maulidur Rasul pada pagi Ahad, 11 Mac 2012 mulai jam 9.00 pagi. Ia dimulakan dengan majlis perarakan sambil berselawat dan dengan paluan kompang bermula dari rumah Tn Hj Zulkifli Abu Bakar hingga ke Surau Taman Bunga Raya.Suasana hening pagi minggu menjadi meriah apabila anak-anak penduduk taman ini keluar berarak bersama-sama lebih 30 orang pelajar tahfiz Madrasah Al Manar Parit Sakai Muar.
Majlis Sambutan Maulidur Rasul secara besar-besaran dengan perarakan adalah julung-julung kali diadakan di Taman ini. Pengerusi Pakatan Surau Taman Bunga Raya, Tuan Hj Ibrahim Joned adalah penggerak utamanya dengan kerjasama seluruh ahli jawatankuasa surau dan penduduk setempat.YB Dr Mohammad Taslim merupakan Bendahari surau ini sejak ia mula dibina.
Majlis di Surau dimulakan dengan bacaan doa oleh penduduk taman ini, Ustaz Budiman diikuti sdengan bacaan al Quran oleh qari jemputan, Tn Hj Mohd Rabu bin Tasrif.Selepas majlis selawat upacara kemuncaknya ialah syarahan Maulidur Rasul oleh Ustaz Hj Sidek bin Md Raus, Pegawai Khas Agama kepada YAB Ketua Menteri Melaka.
Majlis penyampaian hadiah dan cenderamata telah disempurnakan oleh YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani. Cenderamata merupakan tulisan khat berbingkai hasil tangan Tuan Pengerusi Pakatan sendiri.
Majlis jamuan diedarkan dalam dulang mengikut sunnah dan tradisi nasi ambang Johor.
YB Dr Mohammad bersama Tn Hj Ibrahim, Pengerusi Pakatan dan
Tn Hj Zulkifli, AJK Pakatan.
Anak-anak tak sabar nak berarak.....
Tn Hj Ibrahim bersama sebahagian daripada anak-anak
Taman Bunga Raya yang akan berarak.
Kompanh jidur bersedia untuk mengiringi perarakan.
YB Dr Mohamad menyampaikan cenderamata kepada Penceramah,
Ustaz Hj Sidek Md Raus, Pegawai Khas Agama kpd YAB Ketua Menteri Melaka.
YB Dr Mohamad menyampaikan cenderamata kepada Penceramah,
Ustaz Hj Sidek Md Raus, Pegawai Khas Agama kpd YAB Ketua Menteri Melaka.
YB Dr Mohammad menyampaikan cenderamata kepada
Ustaz Budiman yang membacakan doa.
Cenderamata untuk Ketua Perarakan. Di sebelah kanan ialah
Tuan Imam Surau, Hj Md Noh Mohamed .
Cenderamata untuk Tn Hj Zulkifli.
Basikal sumbangan Tn Hj Othman Mohamad dan Tn Hj Samsury Salleh
untuk peserta perarakan yang bertuah.
Tuan Hj Samsury menyampaikan sumbangan basikal
kepada Nurfatihah.
Ustaz Masral dan pelajar Tahfiz Madrasah Al Manar Pt Sakai
menjadi ntetamu undangan.
Alhamdulillah, majlis berjaya.Dari kanan, Tn Hj Zulkifli, Tn Hj Ibrahim,
Tn Hj Othman (bilal) dan Tn Hj Hasan (SU Surau).
SAMBUTAN MAULIDUR RASIL 1433H PERINGKATNEGERI JOHOR DI MUAR
Posted in: maulidur rasul
MAULIDUR RASUL 1433H
Sambutan Maulidur Rasul 1433H Peringakat Negeri Johor telah diadakan di Muar pada 5 Februari 2012. Sambutan tahun ini membawa kelainan apabila DYMM Sultan Ibrahim sendiri mencemar duli untuk berarak bersama rakyat pada pagi tersebut. Sudah lama majlis berarak sempena Maulidur rasul ini dihentikan di Johor. Dalammsuasana pagi yang meriah perarakan bermula jam 7.45 pagi mulai dari padang Sekolah Tinggi mengelilingi bandar sejauh 2 kilometer dan berakhir di Masjid Jamik Sultan Ibrahim.
Pelbagai lapisan rakyat, pelajar sekolah, pertubuhan-pertubuhan, jabatan kerajaan dan swasta turut serta berarak.

Read More

Dalam titah perasmian majlis baginda beliau memberi kejutan kepada rakyat Muar dngan mengisytiharkan kan bahawa Bandar Muar adalah Bandar Diraja. Beliau menyeru supaya rakyat menjaga kebersihan bandar ini sesuai denagan penaiktarafan sebagai Bandar Diraja,
Tuanku tiba untuk memulakan perarakan dengan diiringi oleh YAB Menteri Besar Johor. |
Ketibaan YAB Menteri Besar Johor.
Seawal jam 7.00 pagi YB Dr Mohammad dan YB Dr Sheikh Ibrahim bersedia di padang.

YBDr Mohammad diiringi oleh Sdr Alif Baharum untuk berarak bersama.

Tuanku Sultan disambutmesra oleh rakyat setibanya di Masjid Jamik Sultan Ibrahim.

Majlis santapan diraja selepas sambutan.

Amiin.... doa dibacakan oleh Dato' Pemangku Mufti Johor.

YBDr Mohammad di majlis santapan.

YAB Dato' Menteri Besar Johor dikerumuni wartawan slepas majlis sambutan.
Beliau menyambut bagaik pengisytihanMuar sebagai Bandar Diraja.

MAULIDUR RASUL 1432H - ADUN MAHARANI BERSAMA RAKYAT
Posted in: maulidur rasulThe Star Thursday March 31, 2011
Muslims urged to stay united
MUAR: Muslim community leaders were urged to discard political differences and focus on strengthening unity among the believers in their area.
Special officer to Mentri Besar for the Maharani constituency Datuk Mohd Ismail Mohd Shah said they should not divide Muslims with political ideologies.He said Muslims in the country should be united as they all believed in God and practiced the same values and teaching as required by the Quran.
“We may have different political ideologies, but when it comes to Islam, we are all brothers.
“We call on all Muslim community leaders, especially religious teachers and politicians to spread the true values of Islam,” he said when opening a Maulidur Rasul night at Masjid Al-Hikmah in Kampung Parit Kadhi here recently.
Mohd Ismail added that it was important for these leaders to promote such understanding to ensure that the Muslim always remained united.
He said it would be dangerous if Muslims from one political party regarded their bretheren from rival parties as enemies although they lived in the same village and prayed in the same mosque.
Earlier, organising committee chairman Datuk Zulkhairi Ahmad thanked those who had contributed fund for the mosque to organise its Maulidur Rasul celebration,
He said the residents in Kampung Parit Kadhi were also fortunate to have the Pahang Religious Department deputy director Ustaz Badli Shah Allaudin to give a religious ceramah..
The Maulidur Rasul celebration was also attended by Maharani assemblyman Dr Mohammad Taslim.
source : http://thestar.com.my/metro/story.asp?file=/2011/3/31/southneast/8366688&sec=southneast
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1432H DI SURAU AL SYAMS,PARIT SAMSU MUAR
Posted in: maulidur rasul
MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI SURAU AL SYAMS, PARIT SAMSU, JALAN TEMENGGONG AHMAD, MUAR
YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, mempunyai jadual yang padat pada hari Ahad, 10 April 2011 yang lalu.
Bermula dengan memenuhi undangan Majlis Walimah, diikuti dengan Majlis Sambutan Maulidur Rasul dan Haul Sheikh Abdul Qadir Jailani Madrasah Ribat Parit Perupuk Muar serta Perasmian Peetubuhan Kebajikan Manaqib Syeikh Abdul Qodir Al-Jaelani di Kampong Parit Keroma Laut,Jalan Junid Muar, kemudian Majlis Sambutan Maulidur Rasul di Surau Al -Syams,Parit Samsu Muar dan akhirnya Mesyuarat Penuh AJK Kerja PAS Kawasan Muar pada lewat malam.
Keistimewaan Sambutan Maulidur Rasul di Negeri Johor ini ialah ianya disambut sepanjang tahun.Setiap surau dan masjid biasanya menyambut Maulidur Rasul sebagai acara tahunan.Ustaz-Ustaz mempunyai jadual yang ketat sepanjang musim ini.
Surau Al-Syams (nama yang dicadangkan oleh Ustaz Muhidir) , Parit Samsu Muar menjemput Ustaz Muhidir Tamjis, seorang Ustaz Bahasa Arab Cemerlang dan pendakwah, untuk menyampaikan ceramahnya. YB Dr Mohammad Taslim sebagai ADUN Maharani dijemput bersama meraikan majlis tersebut.Diantara tetamu jemputan ialah Pengerusi JPMM Maharani yang mewakilkan Wakil Khasnya, Datuk Penghulu dan juga pemimpin tempatan.
Sambutan daripada muslimin dan muslimat sungguh menggalakkan.
Gambar-gambar di sekitar Majlis:

Pengerusi Sambutan, Cikgu Shuib, memulakan majlis.
Tn Hj Supaat kelihatan bersama.
Tn Hj Supaat kelihatan bersama.
Kata-kata aluan daripada Pengerusi Surau, Tuan Hj Supaat bin Abu Kamit.
Ceramah daripada Ustaz Muhidir Tamjis.
YB Dr Mohammad Taslim - self potrait.
Diantara tetamu kehormat : Tn Hj Mahpop,WakilKhas Pengerusi JPMM Maharani,
dan Datuk Penghulu.
Bunga Telur untuk YB Dr Mohammad Taslim.
Terima Kasih Pengerusi dan AJK Surau Al-Syams, Parit Samsu Muar.
MAJLIS MAULIDUR RASUL SURAU AL KUDUS MUAR
Posted in: maulidur rasul
MAJLIS MAULIDUR RASUL SURAU AL KUDUS, LORONG PERKASA, JALAN HAJI JAIB, MUAR
Surau Al Kudus di Lorong Perkasa Muar tidak ketinggalan menyambut Maulidur Rasul untuk tahun 1432H ini. Majlis dimulakan dari jam 6.30 petang, hari Selasa 29 Mac 2011 yang lalu.
Ustaz Iskandar Abd Hamid diberi penghormatan menyampaikan ceramah pada malam tersebut. Kupasan perjuangan Rasulullah yang beliau sampaikan cukup menarik dan berkesan.

Pengerusi Surau, Tuan Haji Shamsudin Hj Ali, menyampaikan
ucapan aluan.
Tetamu khusyuk mendengar ucapan Pengerusi Surau.
Qari Jemputan, Ustaz Hj Katemon Hj Misran (Imam Masjid Jamek Al Mubarak,
Kg Kelantan Muar), mengalunkan ayat-ayat suci al Quran sebagai pembuka majlis.
Ceramah Maulid oleh Ustaz Iskandar Abd Hamid
Pada malam tersebut YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, turut dijemput untuk menyampaikan Ceramah Kesihatan mengenai Kencing Manis, Darah Tinggi dan Penyakit Jantung. Dengan kehadiran ramai warga emas pada malam tersebut memang sesuai sekali tajuk tersebut. Masa sangat terhad untuk memberi makluman secara terperinci. Walau bagaimanapun YB Dr Mohammad menawarkan khidmat pemeriksaan kesihatan percuma kepada penduduk setempat seperti yang biasa beliau lakukan dalam DUN Maharani khususnya.
MAULIDUR RASUL PASTI AR RAHMAH - BADAN KEBAJIKAN TAMAN SRI TEMENGGONG 2011
Posted in: maulidur rasulSambutan Majlis Maulidur Rasul gabungan Badan Kebajikan Taman Sri Temenggong Muar dan PASTI Ar Rahmah telah selamat dianjurkan pada pagi Ahad 27 Mac 2011 yang lalu. Kesepakatan penduduk setempat dan PASTI ini membuahkan hasil mengeratkan silaturrahim seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah sendiri .Menurut Pengerusi Badan Kebajikan ini, Sdr Uzair Abd Hamid, kali ini jamuan disediakan secara bergotong royong oleh penduduk sendiri.
Doa anak soleh cemerlang, Ahmad Ibrahim. YB Dr Mohammad
dan Pengerusi Badan Kebajikan, Cikgu Uzair Abd Hamid di belakangnya.
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh penerima Anugerah Calon Cemerlang Negeri Johor SPM 2010, Ahmad Ibrahim bin Zakaria. Inilah penghormatan yang dapat diberi kepada beliau dan juga sebagai motivasi kepada pelajar dan ibubapa di Taman ini khususnya. Majlis ini berjaya menyumbang derma sebanyak RM500.00 untuk persediaan beliau melanjutkan pelajaran ke luar negara.Sekarang beliau sedang mengikuti Diploma Tahfiz Quran di Darul Quran (JAKIM). Dalam masa 3 bulan sahaja beliau telah berjaya menghafaz 13 juzuk al Quran ! Alhamdulillah dan tahniah.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani. Ceramah Maulidur Rasul pula di sampaikan oleh Ustaz Nazri Abd Samad.
Majlis ini telah dirasmikan oleh YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani. Ceramah Maulidur Rasul pula di sampaikan oleh Ustaz Nazri Abd Samad.
SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DI SK PARIT BAKAR TENGAH MUAR
Posted in: maulidur rasul, SEKITAR MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUL RASUL
YB Dr Mohammad Taslim ,ADUN Maharani, telah dijemput bersama-sama menyambut Maulidur Rasul di Sekolah Kebangsaan Parit Bakar Tengah,Muar hari ini,2 April 2010.Beliau bersama pengiringnya Sdr Mohd Rozi Md Nor,Pengerusi Lajnah Kebajikan DUN dan Kawasan Muar telah disambut oleh Guru Penolong Kanan 1,Cikgu Ali Long, dan Pengerusi PIBG Ustaz Hamzah serta guru-guru SKPBT.Suasana meriah pagi tersebut dimulakan dengan perarakan murid-murid dan guru-guru sambil berselawat.
Majlis diteruskan di Dewan sekolah dengan sambutan kompang,bacaan ayat-ayat suci al Quran,berzanji,nasyid dan tahlil.Ceramah maulid disampaikan oleh Ustaz Mohd Nizam.
Selepas jamuan YB Dr Mohammad mohon diri kerana pergi melawat kematian seorang penduduk di Parit Besar Jalan Temenggong Ahmad Muar.

Sumber : skpbt.myportal.my

SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PASTI AR RAHMAH - BADAN KEBAJIKAN TAMAN SRI TEMENGGONG,MUAR
Posted in: maulidur rasul
Hari ini,Ahad 28 Mac 2010 jam 8.00 pagi, satu lagi sejarah tercatit bagi penduduk Taman Sri Temenggong,Muar dan pelajar-pelajar PASTI Ar Rahmah, Taman Sri Temenggong, Muar.Ukhuwah di antara Pengurusan PASTI Ar Rahmah dan Badan Kebajikan Taman Sri Temenggong Fasa 3 terserlah dengan mengadakan Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431H bersama untuk tahun kedua berturut-turut.Kerjasama yang terjalin sejak 5 tahun yang lalu dengan lahirnya PASTI Ar Rahmah di Taman ini dikukuhkan dengan pelbagai aktiviti bersepadu di Taman dan di PASTI.
Sdr Rahmat Ismail selaku Pengurus PASTI Ar Rahmah di dalam ucapan alu-aluannya menerangkan tentang fungsi dan kejayaan PASTI Ar Rahmah sejak 5 tahun yang lalu.Beliau menyampaikan penghargaan kepada ibu bapa di Taman ini dan sekitarnya yang memberi sambutan hebat sejak tertubuhnya PASTI ini sehingga bangunan PASTI tidak dapat menampung bilangan pelajar yang sentiasa bertambah.Bangunan PASTI ini di imarahkan dengan aktiviti bacaan Yasin bulanan,kuliah,solat terawikh dan aktiviti pelajar PASTI bersama penduduk setempat.Aktiviti sukan juga diadakan di padang bersebelahan PASTI.
YB Dr Mohammad Taslim selaku ADUN di kawasan ini mengucapkan tahniah di atas sokongan dan kerjasama penduduk setempat dalam mengadakan majlis seperti ini yang patut dicontohi oleh Taman-Taman lain.Beliau bersedia memberi kerjasam sepenuhnya untuk menjadikan Taman ini selamat,selesa didiami dan isyaAllah diberkati Allah.Beliau difahamkan bahawa sebuah tapak untuk surau telah diluluskan oleh Pejabat Tanah.Beliau menyeru agar usaha disegerakan supaya surau ini dapat segera disempurnakan pembinaannya untuk manafaat semua penduduk.
Pendakwah terkenal yang diundang khas dari Segamat,Al Fadhil Ustaz Mohamad Rozali Jamil Al Hafiz mencurahkan ilmu beliau lebih satu jam dengan hujah Al Quran dan Hadith.
Majlis juga diserikan dengan persembahan nasyid oleh pelajar-pelajar PASTI Ar Rahmah dengan bimbingan guru-guru yang diketuai oleh Cikgu Sazlina Abdul Rahman.
Akhirnya jamuan nasi beriani diedarkan dengan se ekor kambing sumbangan seorang penduduk Taman,setelah semalam suntuk mereka bergotong royong menyediakan hidangan.Semangat gotong royong yang semakin pupus tetapi mampu diamalkan oleh ahli-ahli Badan Kebajikan Taman Sri Temenggong Fasa 3,Muar yang diPengerusikan oleh Sdr Huzir Abd Hamid.

TAHNIAH KEPADA SEMUA.MOGA ALLAH BERKATI ANDA SEMUA.
Sdr Rahmat Ismail,Pengurus PASTI Ar Rahmah membuka majlis.
Beliau juga Timbalan Pengerusi Badan Kebajikan Taman Sri Temenggong Fasa 3
Ustaz Iskandar,Pengacara majlis mengalu-alukan hadirin
Sdr Ismail,pemimpin perarakan khusyuk berdoa
Perarakan Maulidur Rasul bermula...
Majlis Sambutan Maulidur Rasul 1431
Himpunan Muslimin Taman Sri Temenggong
Hjh Rubiah Raffee (dua dari kiri),isteri YB Dr Mohammad,bersama muslimat
Muslimat juga pencinta Rasulullah....sama berarak mengelilingi Taman
YB Dr Mohammad bersama Penceramah Ustaz Rozali dan Sdr Rahmat
Pelajar PASTI Ar Rahmah memulakan persembahan
Hadiah untuk Si Kecil Penasyid
Giliran YB Dr Mohammad Taslim,ADUN Maharani berucap
Penceramah Undangan,Ustaz Mohd Rozali Jamil Al Hafiz
Inilah PASTI Ar Rahmah,Taman Sri tTmenggong,Muar
Adun Anda
Y.B. DR. MOHAMMAD BIN TASLIM
ADUN MAHARANI ( PAS )